Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday 7 September 2011

When nobody understands your suffering , Allah understands...... believe me!





In your pain and despair fighting sihir/black magic

Nobody seems to understand your suffering

They verbally and physically attack you left right and centre

Don’t despair

Allah Subhana Wa Taala knows what you go through

HE understands your anguish, frustation and discomfort

Allah is the best Healer.

Ya Tobib Man La Tobib Lahu

Oh Healer of those who have no healers




dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Tuesday 6 September 2011

Hina? Jangan Hina!





Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab: ayat 58:- Maksudnya: " Mereka yg menyakiti orang-orang mu'min lelaki dan perempuan, terhadap suatu perkara yg tidak mereka lakukan, sesungguhnya mereka memikul fitnah dan dosa yang nyata".


Di dalam sebuah hadith yang sohih, Baginda Rasulullah SAW bersabda:- Maksudnya: " Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain, diharamkan darahnya (yakni tidak boleh membunuhnya), hartanya (tidak boleh dirampas) dan kehormatannya (tidak boleh dicaci hina)".


Justeru itu, Islam sebagai agama kemulian, agama perdamaian dan agama perpaduan melarang keras umatnya daripada perbuatan menyakiti kaum muslimin yang lain dengan sebarang perilaku buruk dan cabul, atau dengan kata bicara yang lojik dan menghina, lebih-lebih lagi Islam melarang umatnya mengutuk, maki hamun, mencerca dan mengeluarkan kata-kata mencarut terhadap orang lain. Semua perilaku tersebut adalah termasuk di dalam kategori dosa-dosa besar yang dibenci oleh agama Islam maha suci. Kerana ianya tidak menawarkan apa-apa pulangan baik dan keuntungan yang memberangsangkan, melainkan ia akan menarik kepada perselisihan dan permusuhan di antara umat Islam.

Suatu kali, Baginda Rasulullah SAW bercerita: "Bahawa pada malam Baginda di israkkan oleh Allah,. Baginda telah melepasi segolongan manusia yg berkuku tajam daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan dada mereka sendiri tanpa henti, lalu memancutlah darah keluar beserta daging muka dan dada mereka koyak dalam keadaan yg amat mengerikan. Lalu Baginda bertanya kepada malaikat; Wahai Jibril! siapakah gerangan orang-orang itu? Malaikat Jibril menjawab: itulah, mereka yg memakan daging manusia (yakni suka mengumpat sentiasa dan mencemarkan kehormatan orang lain)".


Benarlah apa yg difirmankan oleh Allah di dalam surah Al-Hujurat, ayat 10 - 12, yang melarang kita daripada enam perkara yg boleh menjejaskan perpaduan dan keutuhan kita umat Islam.

1. Jangan mencemuh dan merendah-rendahkan puak atau orang lain.

2. Jangan sekali-kali menyata dan menjatuhkan keaiban orang lain.

3. Jangan panggil memanggil dengan panggilan yg buruk atau menghinakan.

4. Hindarilah diri daripada berburuk-sangka.

5. Jangan hendaknya suka mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain.

6. Jangan suka umpat mengumpat dan keji mengeji di antara kita umat Islam.

Marilah atas dasar dan semangat cintakan kehidupan yang diredhai Allah, sama-sama kita hidup dalam suasana harmoni, hidup saling hormat menghormati, saling kasih mengasihi dan saling bantu membantu di antara Islam lain.

Walau apa pun alasan kita, Islam melarang keras umatnya daripada sikap kutuk mengutuk, hina menghina dan mengeji orang lain. Sebagaimana kita tidak mahu orang mencarut dan menghina kita, maka begitulah juga orang lain.
Ermmmm....kat sisi Allah swt..kite ni sama je. Allah x tengok kita ni kaya harta ke, ade level ke, punye kerja bagus ke..tp kalau hati kita BUSUK wat ape kan? Kan kite ni dijadikan dr air yg hina, so...sama hina je kita ni sume....x payahla nak rasa diri tu mulia sangat dengan nak kutuk2 org, nak hina2 org...kang x sempat nak mintak maaf sesama hamba pulak kang...naudzubillah....

Kita ni jugak bukan tuhan, bukan ade kuasa nk hukum n nilai org mcm tu, mcm ni. Sbb kita ni sume pon, Allah yg nilai. So, x payah la sesuke ati nak nilai org , nak hukum orang sbb tu bukan sifat n kudrat kite pon! kita ni MANUSIA BIASA je. Di sisi Allah , kita HAMBA DIA.

Bukan berniat untuk mluah apa yang dirasa....cuma rasanya aku patut keluarkan apa yg ade, apa yg nk ditegaskan agar x mudah org sesama org nk pijak, nk hina, nk kutuk, nk hukum, nk nilai padahal......awak tu pon.....hehehehehe...kesian!

K lah~ semoga kite semua dpt pengajaran dlm entry kali ni. n semoga Allah jaga n plihara kite!amin~


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Monday 5 September 2011

RAMADHAN PERGI...SYAWAL PULA TIBA....

Alhamdulillah.............dpt jugak jumpa, n hadapi Ramadhan kali ni...entah dpt x jumpa tahun depan, sapa pon x tau...ape pon...banyak benda nk cite, tp nk ringkaskan pon pnjg gak..so, biarlah cite2 tu btapak pasak kat benak ni je...len kali kite cite..


Sempena Syawal ni.....aku nk mohon ampun dan maaf atas sume salah silap aku, samada silap tuturkata bicara maupon tingkahlaku...almaklumla...manusia kan..mana lps wat silap. tp dah tugas sesama kita utk maafkan sesama kita sbb Allah tu lagi Maha Pengampun..sapa pulak kita nk mengatasi bende2 tu..


Tahun ni, tema baju raya kitaorg anak branak ialah turqoise..padahal awal2 kitaorg nk cr purple..dark purple. tp oleh kerana saiz abi x de untuk baju cekak musang dia, maka kite decide amek kaler yg ade je.,...senang kan? hehehe...arap2 tahun dpn dpt pakai kaler purple dgn jayanya n epinya sbb tahun depan kiteorg bakal braya ngn org baru yg akan kuo pd Mac @ April 2012 nnt....doa2kan yek!
'
Last but not least....Selamat Ari Raya..Maaf Zahir dan Batin!



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan