Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, 17 July 2010

cita-cita bila dewasa..lawak kanak-kanak:P

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya terhadap diri sendiri kepada pelajar-pelajarnya. Guru tersebut meminta semua pelajar memperkenalkan diri masing-masing dan memberitahu cita-cita mereka apabila besar kelak.
Abu berdiri dan berkata: "Nama saya Abu bin Bakar. Apabila saya besar nanti, saya nak jadi juruterbang cikgu. Saya nak bawa ayah dan ibu saya mengelilingi dunia. "
Bagus Abu, kata guru gtersebut. Baiklah, seterusnya..
Seorang murid perempuan yang duduk di tepi jendela bangun dan seraya berkata: "Nama saya Norita bt Ahmad cikgu. Bila besar nanti, Ita nak jadi surirumahtangga dan ada anak yang comel dan ramai."
Bagus Ita. Menjadi surirumahtangga adalah cita-cita yang bagus. Ok, siapa lagi?
Maka Johan berdiri dan berkata: " Nama saya Johan bin Jiman cikgu. Bila besar nanti, say bercita-ciota utk membantu Ita mencapai cita-citanya .......
Guru tadika tersebut tersenyum sendirian...

Friday, 16 July 2010

Doa Melembutkan Hati

1) DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK YG KERAS..
Amalkan baca Ayat dari Surah Taaha : 1-6 dan Surah Al-Hajj:21 di dlm segelas air dan buat air minum utk anak yg agak degil dan keras hatinya...

2) DOA MEMBUAT HATI SUAMI/ISTERI/ANAK2/IBUBAPA/SAUDARA MARA
Amalkan baca Surah Al-Baqarah : 165 dan hembus diubun-ubun / kening org tersebut..

3) AYAT PELEMBUT HATI UNTUK BERJUMPA DGN ORG YG DIHAJATI
Amalkan baca Surah At-Taubah 128-129 semasa berjumpa / bertentang mata dgn orang tersebut.

Saturday, 10 July 2010

MENGHITUNG HARI...

KAndunganku dah masuk 35 minggu...Alhamdulillah Syukr pada Allah...denyut nadi anakku ini makin kuat dr hari ke hari mnjadikan aku begitu rapat dengannya. Tidur malam ku juga tidak pernah lena dek kerana ketukan, tendangan , tusukan yang dibuat oleh baby ini. Walaupun sakit, namun aku bahagia....inilah yang dikatakan bahagia...


Alahan gatal di kakiku juga tidak kurang hebatnya....Maha Besar Allah...Dia sahaja yg mengetahui betapa gatalnya , betapa peritnya alahan ini mnyebabkan kakiku amat buruk sekali...akan ku usahakan dengan sesuatu bila sudah habis berpantang nnt....sudah tentu parut2 di kakiku ini akan menjelekkan diriku di hadapan suami...namun aku redha jika ini dugaanMu Ya Rahim...


Hati juga kadang-kadang tidak tenang saat2 akhir begini..kadang-kadang aku terbayangkan jika tiba-tiba perutku memulas untuk bersalin dan abang tiada di sisi..bagaimana Fateehah, Putra n Azky? Walau puas hati n benak mengajar diri agar tawakkal pada Allah..namun jauh di sudut hati, perasaan bimbang tetap ada..


harapanku agar kelahiranku kali ini dimudahkan seperti yang sebelumnya....Semoga berkat kesabaran dugaan2 yanng menimpaku sejak akhir2 ini bisa mnjadikan aku kuat dan redha ketika itu...HArapan yang palin besar ialah..aku ingin suamiku ada bersama ketika saat kelahiran bayi kami nanti..dan inilah hadiahkuy yang ke-4 kepadanya , tanda Cinta dan Kasih aku kepadanya kerana Allah Taala..


Pada suamiku, ampunkan dosa ayang dunia akhirat, dosa yg ayang sengajakan atau tidak, dosa jika tidak mentaati arahan dan permintaan abang, dosa ketika x sengaja memalingkan muka dan memberikan punggung ayang pada abang, dosa jika abang rasa ayang belum cukup menghormati abang, dan juga halalkan makan minum ayang selama ayg bersama abang dan redha kan ayang dunia akhirat.


Sekiranya ayang tewas semasa bersabung nyawa untuk memberi abang satu lagi baby nanti, ayang harap abang akan jaga, didik dan asuh anak2 kita sebaiknya. Insya Allah..ayang akan tunggu abang dan anak2 di Padang Mahsyar kelak..


Peringtan untuk diri sendiri...kuatlah, tabahlah, tawakkallah ...Yakinlah pada Allah bahawa kesabaran yanng kamu amalkan akan bawa kebahagiaan pada kamu...

Friday, 9 July 2010

SYED AREEF PUTRA AL-ATTAS


Alahai,,,,

ni lah namanya hati..mmg x sabar. Pagi2 rutin aku mmg nak anak2 amek buku n blajar meanwhile aku wat keje aku la ..biasalah weekend ni lah baru nk pegang capai semua benda..kain yg x lipat, baju y x abis basuh, mop lantai..ermmm....isteri n ibu yg bkerjayalah katakan.

Hari ni Putra x ingat lagi huruf B. PAdahal semalam dah ajar, petan, malam, tiap2 hari nk bg dia ingat huruf B. but still x ingat. Last2 hari ni Putra kena rotan ngn aku. Aku jerit kat telinga dia....BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB..ingat x?

Putra tau nangis je lah. Geram aku. Aku cakap, selagi Putra x ingat, NO SUSU, NO MAKAN,....n aku kurung dia dlm bilik dia..biar dia rasa.

AKu mmg pantang kalau anak2 susah nk alert pasal study ni. Bair dia tahu betapa pntingnyaa ilmu n pelajaran. Kami org x senang, so..ilmu ni je lah yg dapat aku wariskan untuk anak2 nnt..

Nak arapkan hubby 4sure la, dia bz keje, projek sana sini...n harapkan semua bnde kat umah pada aku...n inilah pengorbanan yang aku kena buat.

Makin sakit hati bila pengorbanan di pandang sambil lewa dan tidak dihargai. Bukan bermakna aku x ikhlas n nak harapkan pujian suami atas semua yg aku buat kat umah ni, but @ least some appreciation la..but Alhamdulillah..abang tau apa yg aku buat. Cuma abangn x suke aku tlampau garang ngan anak2. Nak wat macam mana, mmg x leh handle. Kalau x garang dorangn x takut n x buat. Dah la aku je y ngadap dorang kat umah ni...

erm..SYED AREEF PUTRA AL_ATTAS............nasib kamu lah dapat umi macam ni. Dah la garang, tegas n selalu kata NO(in certain situation la). Duduklah Putra dalam bilik tu n try ingat huruf B tu.

YA ALLAH, berilah aku kekuatan, kesabaran dan kelapangan dada n hati dalam mndidik anak2 ku...Jadikanlah mereka anak2 yg cerdik pandai, sempurna akal fikiran , fasih lidah mmbaca Quran, dan akhlak seperti Rasulullah SAW....

10 Sebab Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !



10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita.

patah hati

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA

Friday, 21 May 2010

KISAH SI PENJUAL TEMPE JE...

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap
untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam
suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan
perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang
soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan
tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia
pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata
pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,
Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya
yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai
di pasar kesemua tempenya akan mas ak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah
keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan
hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan
jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika
lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu
hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah
mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka
sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada
Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu
dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,
tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia
berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur
pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum
menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa
hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau
dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah
tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan
apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan..