Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, 24 July 2010

Selawat syifa'


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

AlhamduliLlah...selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. aku dapat lagi menjalani kehidupan pada hari ini, dengan nikmat2 yang tidak terkira dan tidak terhingga. diatas nikmat kesihatan pada hari ini....

Selawat syifa adalah salah sebuah selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan, dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan menyembuhkan penyakit.

Walaupun pernah dikatakan selawat ini akan mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. menurut Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'words by words'. apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang, penyembuhnya adalah ALLAH....
Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang. dan insyaAllah selawat syifa' juga bole dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.... yakinlah pada Allah...Dia yang Memberi..maka Dia juga yang pasti mengambilnya semula....


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Thursday, 22 July 2010

Peringatan Buat Wanita

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
--------------------------------------------------------------------------------


1. Pertama urusan yang ditanyan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah .ha. dan Maimunah .ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib .a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari .ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku. Aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
pergi. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.


23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
pergi. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
pergi. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
dan. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Nota dari penyusun :
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumah tangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allahlah akan datang. Rumah tangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat di tempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Di samping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah SWT Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa lah hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan contohnya masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dan sebagainya.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat seperti menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumah tangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah SWT akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat Islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah. Waallahu'alam.

"Andainya dikau jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu.."

dugaan lagi..

Hari ini aku x g ofis..sejak malam semalam aku tkena berak2..kikiki..sampai kul 4 pg pon masih jugak tkucil2..penat campur ngntuk sebab x tido...
sedar2 dah kul 8 lbh pagi n subuh pun telepas...bukan aku sengaja pun...tp bangun2 je sebab nk iron uniform suamiku yg harus tetap bkerja demi sesuap nasi....aku gagahkan jua..walaupun pening2 n sakit perut..
then aku n anak2 sambung tido lagi smbil rehat2 kan kaki n perut...anak2 aku hidangkan ngn Cd2 yg agak bpekdah untuk mereka...smabil baring2 kat tilam anak2 aku dijamu ngn cerita barbie, lu pk la sendiri n apa lagi pun aku x tau..seb baek ada teeha yg sanggup melayan adik2 dia...tq teeha~
abang balik dalam kul 5 lbh gitu..malangnya abang bawak khabar x best...adusss...x sanggup nk dengar....." Ayang...lif rosak la...ada orang kopakkan...sian ayang..mcam mana ayg nk turun nnt nk g keje..yg pntingn watnye nk tberanak macam mana/ nk g amek MC pon abang sian mikirkan ayang....."
alamak.......mmg mnyedihkan betul. bab nk turun tu ok la jugak...tp nk mndaki naik sampai tingkat 9 nnt macam mana? adik dgn kaki n jari kecil n langkah masih kecil tu pon mst penat nk mndaki jugak nnt...
tp aku mmg perlu kepada MC untuk cover arini....cuti aku dah burst...ada la lagi 9 ari..tp dah x leh amek sbb nk nunggu bulan 12 nnnt cuti x de da...TJ x bagi amek cuti lagi..so i have to get de MC..huhuhu..sob..sob..sob..macam mana:?
knp la ada org yg sanggup nk rosakkan lif ni? x de moral langsung..x de tamadun langsung..orang2 macam ni layak idup dlm gua batu je..gerammm...mnyusahkan org lain dgn kpuasan dia..tu satu hal..yg pihak maintenannce pon satu, lif ada dua, tp satu je ok, yg lagi satu khabarnya setahun yg lepas lagi dah rosak n x dibetulkan...ada india mabuk yg bakar suis n plug dia...adusss....kalau aku dapat india ni, mau aku bakar2 jari dia..bia dia rasa..saat2 macam ni mmg perlu kpd lif..tp bayangkan macam mana jiran2 aku kat tingkat 10, 11, 12 n 13 tu nk turun? sedangkan aku kat tgkat 9 ni pon pk 2-3 kali nk turun..dorg lagi la...x kan nk ponteng sekolah..?

Ya Allah...Kau Maha Bkuasa, maka Lakukanlah sesuatu buat hamba2Mu di Pangsapuri Pahlawan A ni....aminnnnn~











dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Monday, 19 July 2010

ALASAN MENGAPA CINTA HARUS DIPUPUK DAN DIJAGA

Suatu kali seorang teman bertanya
kepada saya:
“Lady, ada 2 pilihan untukmu.

Menikah dengan orang yang kau
cintai

mencintai orang yang kau nikahi

Mana yang kau pilih?”


Saat itu spontan saya memilih yang
kedua: mencintai orang yang saya nikahi (menikahi saya).

“Kenapa?”

Hhm… , kenapa?

Sebab jodoh adalah hal yang pasti,
meski masih menjadi misteri bagi orang-orang yang belum menemukannya.
Sedangkan mencintai adalah hal yang berbeza. Mencintai seseorang saat
belum ada hak atasnya, bagaikan menggenggam bara. Jika Allah berkenan
menjadikannya pendamping seumur hidup, maka bara itu akan menjelma
menjadi energi untuk meciptakan kebersamaan yang indah. Tetapi, jika
Allah tidak berkenan mempersatukan, bara itu akan membakar, dan bisa
jadi menghanguskan diri sendiri.

Lebih dari itu, pilihan kedua rasanya
lebih aman dari berbagai penyakit hati, yang bisa jadi mengotori niat
suci menikah karena Allah.

Itu jawaban saya saat itu. Tetapi,
beberapa jenak setelah itu, saya termenung, mencoba berfikir lebih
dalam dan menyelami jauh ke dalam lubuk hati. Lalu, saya pun
meneruskan pertanyaan itu kepda kawan saya yang lain.


Dan dia menjawabnya sama dengan jawapan yang saya berikan tadi.
Tetapi, saya ragu atas jawapan itu.......benarkah begitu?

Pilihan pertama, menikah dengan orang
yang saya cintai, boleh mengalirkan energi dan semangat untuk meraih
sesuatu yang menjadi dambaan hati. Dan tentu adalah hal yang sangat
menyenangkan bisa berdampingan dengan orang yang dicintai, tidak ragu
mengumumkannya kepada public, tidak malu mengekspresikannya, sebab
cinta itu sudah dilegalkan.



Pilihan kedua, mencintai orang yang
saya nikahi, hhmm… pasrah, menerima nasib. Ah tidak, saya
menterjemahkannya menjadi bentuk syukur kepada-Nya. Sebab apa yang
telah Allah pilihkan untuk kita, tentu itulah yang terbaik. Maka,
kenapa tidak memaknai rasa syukur itu dengan mengupayakan cinta,
menumbuhkan dan merawatnya.

Bukankah jika saat ini saya mencintai
seseorang (padahal belum ada hak saya atasnya), itu tidak tumbuh
begitu saja? Ada masa-masa, ada hal-hal, ada peristiwa yang membuat
saya mencintainya. Lalu, kenapa hal-hal itu tidak bisa ditumbuhkan
kepada orang yang sudah Allah pilihkan untuk saya?


Tetapi, sekali lagi, betapa
menyenangkan jika yang pertamalah yang menjadi pilihan, menikah
dengan orang yang saya cintai, sebagaimana Fathimah yang menikah
dengan Ali, sebagaimana Khadijah yang menikah dengan Muhammad.


Tetapi, kalaupun akhirnya Allah memilihkan orang yang lain, maka pilihan kedua pun bukan hal yang
tidak menyenangkan. Tidak ada yang tidak mungkin. Sebab cinta memang
harus diupayakan.


Bagaimana dengan anda? Apakah akan menikah dengan orang yang anda cintai, atau akan mencintai orang yang anda nikahi?












dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

cerita di pagi2 buta..

Memang penat hari ni. Rasa x selesa pon ada...kat opis smalam pon rasa x selesa je..tp sbb keje aku layankan jugak. Nak lepak lam surau lama2 pon wat sakit pinggang je sbb x berlapik tilam...dgn perut yg dah memboyot dan tggu masa nak meletop ni mmg buat aku x selesa.

balkik rumah lagi penat sebab kena wat keje umah. Spaa lagi nak buat kalau bukan kau? Kadang2 aku gunakan khidmat suara aku yg agak nyaring ni dgn memekik Teeha supaya mnolong aku..." teeha.....tolong capai pnyapu, sapu umah..umi nka kemas dapur n nak jmur kain...."
Sampai malam pon keje x abis dan kain yg nk dilipat pon masih bnyak berbaki...

Mesti nak tanya, mana suami akak kan? Biasalah .....suamiku memang bz memanjang....cari duit, cari projek katanya, adal sikit...itulah alasan yg slalu aku dengar...

mmg susah jadi ibu tunggal.walaupun bukan dalam erti kata menjadi 'ibu tunggal' yg sebenarnya, namun keperitan dan kesengsaraan yg ditanggung oleh setiap 'ibu tunggal' yg rela tidak bkahwin dan mmperjuangan nasib dan masa depan anak2 dapat aku rasa sedikit sebanyak.

Namun agak berbaloi kpd ibu tunggal yang real kerana mereka sebenarnya faham hakikat bahawa mereka adalah IBU TUNGGAL dan TIDAK ADA SUAMI.....berbanding dengan mereka yang masih bergelar isteri kpd seorang lelaki namun dapat dilihat lagak, cara, dan masa mereka diurus sendiri seolah2 mereka juga ibu tunggal @ ibu tunggul...

Bila kita nk mmpersoalkan tntg t/jawab yg harus digalas bersama antara suami/isteri mmg mudah untuk kita menyenaraikannya namun agak sukar bg pasangan sekarang untuk melaksana dan menggalas t/jawab tersebut. Biasanya isteri akan lebih terbeban dengan t/jawab2 rumahtangga tersebut di samping terbeban dengan himpitan perasaan sendiri...

Setuju atau tidak manusia sebenarnya memerlukan seseorang yang perlu menyokongnya, tidak kita siapa gelaran si penyokong itu. Isteri, Suami, Ibu , Ayah,Kaka, Abang, Adik, Kawan atau sebagainya. Namun hakikat manusia saling bergantung pada satu sama lain di zaman ini amat benar sekali. Sayang sekali penyokong yang diharapkan seringkali lupa / lalai/ cuai/ peranan amsing2 dan dlm tidak sedar membuatkan org lain rasa terbeban dengan himpitan asakan yang wujud...

kompleks x? ntha...tgah blur pagi2 ni..
mnunggu seseorang yang masih jugak x balik lagi. Alasan kejap lagi balik sudah basi aku dengar dan aku bosan dengan manusia sebegini...x faham / buat2 x faham/ x masuk ajar/ x reti bahasa atau ape?

knapa berbaur marah? kerana pintu tidakku kunci lalu dia mengabaikan keselamatan org2 yg patut dilindungi!!~

Kelebihan dan Keistimewaan Syaaban


MENGENALI BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan Puasa Sunat

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.
(Riwayat Nasaie).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat al-Tirmizi).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).





KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.

Beliau berkata lagi:
Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.

Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.


Wallahualam...

SETIAP KESULITAN ADA DISERTAI DGN KESENANGAN..YAKINLAH

Daripada Tafsir Jalalain (karangan Imam Jalaluddin Al-Mahalliy dan Imam Jalaluddin As-Suyuthi). Surah yang dibaca ialah Surah Al-Insyirah. Mungkin ada di antara kita yang selalu membacanya dalam solat atau surah ini menjadi antara surah yang dihafal. Di sini saya sertakan maksud ayat-ayat dari surah ini:


1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

2) dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4) dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5) oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6) (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7) kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

8) dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama meneliti surah ini. Pertama sekali saya mulakan dengan asbabul nuzul (sebab turun ayat) surah ini. Ibnu Abbas RA telah menceritakan bahawa ayat ini diturunkan ketika orang-orang musyrik mencela orang-orang muslim kerana kemiskinan mereka. Imam Ibnu Jarir telah mengetengahkan sebuah hadis melalui Al-Hasan yang telah menceritakan bahawa ketika ayat ini diturunkan, iaitu firman-Nya:


Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(ayat ke-6)
Lalu Nabi SAW bersabda:
“Bergembiralah (hai orang-orang mukmin) kelak datang kemudahan bagi kalian, kerana satu kesulitan sekali-kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan”.

Daripada ayat dan tafsir di atas, dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran iaitu:

1) Allah itu Maha Adil, tidak sesekali Dia meletakkan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya, seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:286). Ayat ini disokong dengan ayat keenam Surah Al-Insyirah di mana kesusahan akan disertai kemudahan.

2) Allah mengajar makhluknya bersabar dan yang paling penting percaya dengan janji Allah. Cuba sahabat bayangkan, andai kata kita tidak yakin bahawa kemudahan pasti datang selepas kesusahan pasti kita akan cepat melenting dan bertindak di luar batasan apabila kita diuji dengan ujian yang berat. Maka, dengan adanya janji Allah ini kita mampu membentuk diri menjadi insan yang redha dengan ujian yang menimpa.

3) Ayat ketujuh surah ini mengajar kita untuk bersifat sistematik. Subhanallah, betapa Islam itu agama yang memberi panduan untuk penganutnya bukan hanya perintah untuk melakukan ibadah semata-mata. Ini menunjukkan betapa syumulnya (sempurna) Islam. Ilmu pengurusan yang boleh dipelajari dari ayat ini ialah; kita perlu menyenaraikan kerja kita dan melaksanakannya mengikut keutamaan. Apabila selesai satu kerja, barulah kita melakukan kerja yang seterusnya.

4) Allah menyeru kita bersungguh dalam melakukan amal soleh. Ya, bersungguh-sungguh. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah. Saya mengingatkan diri sendiri juga untuk turut mengubah diri supaya lebih bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Kadangkala memang kita sudah siapkan sesuatu kerja, tapi adakah cukup usaha yang kita curahkan? Betulkah cara kita menyiapkan kerja? Adakah unsur leka dan lalai di dalamnya? Sama-samalah kita renungkan...

5) Akhir sekali ayat ini menyeru agar kita memohon kepada Allah untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan. Satu perkara yang saya terfikir; kaitan antara ayat 7 dan 8. Kaitan antara usaha yang bersungguh-sungguh dengan amalan berdoa. Ini menunjukkan bahawa tiada jalan pintas untuk kejayaan, ia perlu dirintis dengan usaha yang mantap dan akhirnya barulah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya.


Moga perkongsian berkenaan Surah Al-Insyirah dapat menjadi penyuntik semangat kita untuk terus berusaha serta yakin dengan ketentuan Allah tentang janji kesenangan selepas kesusahan. Sama-samalah kita meletakkan keutamaan dalam setiap pekerjaan kita dan akhirnya letaklah pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.


Sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri yang masih dan terus berada dalam proses pembelajaran.


Wallahua’lam..