Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, 2 November 2011


Assalamualaikum.....

Jom kongsi n telusuri sama2: moga smua dpt mnafaat~

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
ACTUAL: Doa supaya laki sayang adinda sorang saja dan bukan orang lain spt mentua, ipar dan bini bini yang lain. sayang mau lebih lebih dan elaun dan duit pasar dan credit limit mau kasi lebih lebih jugak.

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
ACTUAL: Laki bau hari, busuk dan belengas, bau asap dan diesel. Nak sentuh pun takut. Nak tegur tapi suami muka semacam saja, sebab boss sudah marah di opis. Baik diam saja dulu.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)
ACTUAL: Laki sudah satu hari berdepan dengan client dan boss boss, ni nak terangkan pulak pada adinda bini pasai kerja dan kegiatan. Nak cakap pun otak dah tepu.

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
ACTUAL: Adinda Bini pun nak cerita jugak apa yang terjadi di rumah atau di opis. Dua dua nak cerita tak dak sapa nak dengar. Mungkin kucing boleh dengar kot ? Bertanya mana pernah yang tepat, simpang sana dan sini. Rupa rupanya malam ni adinda nak tutup dapur dan nak pi makan di Bangsar... la kesitu pulak.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
ACTUAL: Untuk Adinda Bini yang memang sama handal macam laki dia, bila ada masalah, adinda ingat nak tolong selesaikan sama. Maka bermacam macam solution yang diberikan. Pemikiran adinda di opis sudah bawa balik kerumah... jadi problem solver sokmo...

6. Ruangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
ACTUAL: Laki tak pernah ada dirumah habis lagu mana? Laki balik saja, makan cepat cepat kemudian keluar ke masjid dan terus pi dengar ceramah UMNO ?? Bila balik dah lewat malam.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
ACTUAL: Mentua, ipar dan duai tak pernah beli hadiah, lagu mana nak tanya. Kalau tanya pun laki nak hadiah yang susah nak cari. Nak golf set baru, nak Enkei rim, nak Sheikh Abdul Basit punya cd set.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.
ACTUAL: Mentua asyik nak makan kari saja siang malam. Adinda dan anak anak mau makan itu masak lemak asam ler...

9. Beri pujian terhadap penampilan suami.-- rambut, wajah, pakaian-- kacak, kesederhanaan dan seumpamanya
ACTUAL: KAlau adinda puji itu laki, laki ingat adinda mengada ngada dan nak duit lebih. Atau laki ingat adinda nak kutuk laki.

10. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
ACTUAL: Kalau laki asyik nak merajuk saja... sampai empat lima kali sehari, sapa nak layan laki tu.. bukan budak budak umur 4 tahun.

11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai.- sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
ACTUAL: Laki mesti dan wajib tahu semua benda. Kalau laki tak tahu pun dipaksa jugak repair laptop dan mesin basuh. Kena bantu la ni jugak, malam ni jugak.

12. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
ACTUAL: "Wei cik abang, kalau awak sanggup tunggu saya sampai 2 tahun sebelum masuk meminang, tunggu 20 minit pun tak boleh ka ? "

13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
ACTUAL: dah la adinda kena balik awal dari opis nak masak masakan special, pi pasar malam sorang sorang, laki buat buat sibuk pulak tak nak balik. "Oi tok sah balik terus lagi senang la, tidoq la di opis tu.. besok pagi boleh tolong pak guard bukak opis, nanti saya hantarkan berus gigi"


14. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )
ACTUAL; Adinda pun kerja jugak di opis dan kerja lagi pulak dirumah. Kerja dirumah lagi banyak tak terkira dan tak campur nak bela yang berbin kan si laki tu. Kalau baju sehelai pun tak tau nak sterika, susah la lagu ni.


15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
ACTUAL: Adinda dah ucapkan sayang berbuih mulut, sampai masuk ke screen saver. Tapi laki buat dunno saja. Habis camne?

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
ACTUAL: Adinda bini yang solehah tak akan marah tak ketahuan hala. Kalau marah pun sebab laki yang start dulu. Laki yang banyak salah dan buta perut dalam rumah tangga.

17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.( jika boleh )
ACTUAL: Laki nak bercakap tak berenti henti. Suka bagi komentar bila tengok berita di TV3 atau NTV atau suka bersyarah macam dalam meeting... so sapa nak dengar. Kalau dok ulas apa yang Tok Guru kata, boleh jugak tumpang telinga.

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
ACTUAL: ALlah telah memberi manusia kepandaian dengan mencipta telefon bimbit, cellular phone, satellite phone, voice mail, email tapi laki ni tak mau dengar dan buat buat lupa... adinda suruh beli ice cream SODA laki pi beli ice cream magnolia satu baldi, habis macam mana nak buat ayaq sarbat...

19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
ACTUAL: Tok sah tanya... mana mana laki nak tidur dia akan tidur. Di meja komputer tengah baca Hizbinet atau bila tengah kemas dalam kereta pun laki tumbang.

20 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
ACTUAL: Ini rosak adinda punya tudung/jilbab dan rosak laki punya ikatan tali leher. Adinda punya jilbab bau minyak attar saja.... nanti salah sangka opismate suma.

21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
ACTUAL: 1. Pelanggan dan anak buah punya call pun tak sempat nak jawab, ini pulak nak call laki.. ATAU
2. Laki ni kena telefon selalu nanti dia lupa pulak kena beli barang itu dan ini. Kalau tak pun.. laki lupa terus semua benda, sebab ikut boss atau client pi duk buang masa.... tebas rumput 18 holes..


22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
ACTUAL: Apa lagi yang kena fikir... makan, pakai, rumah dan anak anak adinda yang jagakan. Kewangan adinda yang managekan. Kerja laki cari rezeki saja. Kalau dok fikir pasai umat atau pasai Yaumul Kiamat tak pa jugak ni dok pikiaq pasai nak improve handicap dan nak tambah lagi satu... bini...

23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
ACTUAL: Laki tu kalau tak diberi sokongan moral atau dirasuah dengan apekebende maka tak siap la benda yang dibuat tu lebih lebih lagi di rumah. Maka kena sokong selalu. Jerita macam tengok WWF....

24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaanyang sebenar selepas dia sejuk.
ACTUAL: Laki tu asyik nak marah saja. Dengan hujan pun marah, dengan kucing pun marah, semua benda amarah, sapa nak melayan laki tu. Adinda yang tak berdosa dan bersalah pun kena pitnah. Nak tunggu laki tu sejuk, sampai raya posa baru sejuk...

25. Bila meminta bantuan suami :-

* terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan.

* Beri pilihan kerja yang disukainya.

* jangan menyuruh-nyuruh

* gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
ACTUAL: Laki punya kewajipan ialah membantu adinda bini dalam semua benda dan semua hal. Mana boleh pilih pilih pulak. Laki patut tau dan arif dan mahir dalam serba serbi. Lain kali kalau tak tau jangan tipu sebelum kawin dulu..."kato abe tau lako lako.. hah buat ler"

26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
ACTUAL: Laki WAJIB, MUST telefon bini bila outstation. Jangan buat buat lupa pasai anak bini dirumah. Laki WAJIB dimarahi kalau lupa telefon rumah. Adinda bukannya orang gaji duk rumah sokmo.

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
ACTUAL: Kalau adinda sorang saja nak berdandan tapi laki asyik pakai pelikat busuk dan baju pagoda berlubang tak aci la lagu ni...

28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
ACTUAL: pendapat laki tak pernah yang sama dengan orang lain... habis camna. Kalau laki asyik kata UMNO parti Islam paling wahid saja.. nak buat lagu mana adinda.. adinda kena la jugak bangkang...

29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
ACTUAL: Adinda pegang sikit saja, dia nak lebih lebih. Adinda nak peluk peluk dan cuddle sahaja... tak lebih dari tu. Dah tu water heater tak berbaiki lagi.. nanti pneumonia lak .

30. Bila keluar berkereta:

- Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.)

- jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian.

- jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu.

- bersangka baik apabila tersesat jalan.
ACTUAL: Laki kalau tak ditegur maka makin sesat jalan, jadi sebelum mula berjalan pi cari peta dulu di map. com atau biar adinda yang drive.. laki boleh ngorok sebelah diam diam. Laki punya left brain kadang kadang tak jalan dan bini punya left brain lagi bagus.

31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
ACTUAL: Laki punya masalah adinda kena dengar. Adinda punya masalah laki buat dunno saja. Lagi pulak laki punya masalah, laki sendiri yang cari penyakit.

32. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
ACTUAL: Suami asyik nak tengok berita tipu dan tengok bola saja. Adinda nak tengok saloma dan sarimah. "Oi pi beli tv satu lagi la di Court Mammoth, tengok la bola sampai mimpi bola..."

33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
ACTUAL: Adinda yang solelehah tak pernah malukan laki depan sapa pun, baik orang awam dan mentua dan sahabat handai. TAPI sang laki yang bersifat amarah tak kira masa, kira mau tiu saja tak kira time.

34. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
ACTUAL: Laki yang pemalu, tak mau pegang tangan. Takut opis mate dan orang masjid nampak. Berjalan pun laki 3 ela didepan dan adinda dibelakang macam orang Wahhabi yang depa dok bincang siang malam di Hizbinet.

35. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
ACTUAL: Adinda buat air sampai sejuk tapi laki lupa minum. Asyik sibuk dengan internet atau basuh kereta saja. Adinda akan buat air 5 gelen dalam peti sejuk dan laki boleh panaskan sendiri.

36. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.
ACTUAL: Laki asyik nak ke Kg Pandan makan kepala ikan saja. Mana tahan lagu tu. Adinda nak makan buffet la di NPC, PJ atau Continental.

37. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
ACTUAL: Adinda memang tahu berkelakuan dikhalayak ramai. Mak bapak adinda memang cukup ajar adinda bab ni. Masalahnya laki tu yang tak tau... mengaji saja tinggi, baca kitab banyak pun masih tak tau beretika... budak jaga kereta dan waiter pun laki boleh maki hamun.

38. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.
ACTUAL: Baju adinda cuma tiga jenis saja, baju kurung labuh, maxi atau jubah.. memang tak lama punyer.. jadi bersabar la sat. Laki tu nak pakai serban dan trim misai mau 1 jam masih senget lagi oi..

39. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
ACTUAL: Laki tu pun sama macam anak anak..2 X 5 jugak. Cuma besar saja sikit. Layan laki memang lebih dari anak anak. Tapi laki tak pernah layan adinda macam permaisuri pung ??? Habis guano mu nih ?

40. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa:- tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.
ACTUAL: Apa yang adinda beli tak pernah yang kena. Semuanya salah. Habis tu pi la beli sendiri. Duit laki sendiri jugak.

41. Tolong suami buat kerja dia di rumah.- cuci kereta, potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.
ACTUAL: "Oh banyak cantik. laki punya kerja adinda kena tolong. Ini kerja didapur ni laki tak mau tolong. Oi ada hamba sahaya ka dalam rumah ni, dalam akad nikah tak dak sebut pasai bini kena masak dan kemas rumah" Kalau laki potong rumput sikit pun penat baik tok sah buat kerja la... pi panggil mamat Indon di rumah panjang tu buat kerja la..

42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.
ACTUAL: Adinda dah layan laki macam raja hari hari tapi adinda haram tak dapat satu apa pun. Pahala adinda melayan laki, malaikat dah tak larat nak calculate dah. Adinda suruh beli jam Raymond Weil pun laki kata membazir...

43. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
ACTUAL: Adinda dah ajak dah nak pi rehlah, piknik, tamrin dan vacation tapi laki asyik sibuk saja. Asyik kerja kerja kerja. Kalau laki cuti pun nak pi cula undi saja atau ikut rombongan nak tengok bola..

44. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau " pulangkan paku buah keras ".
ACTUAL: Laki ni kalau tak ingatkan dia akan lupa. Laki akan buat kesalahan yang sama. Jadik kalau tak marah tang tu jugak.. la tu jugak, laki tak akan ingat punya.

45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
ACTUAL: Adinda dah hantar macam macam kad ucapan dari yang 12 riyal Hallmark sampai ke hotmail cybercard.. tapi laki tak pernah nak balas balik... Sedih la adinda bini. Dulu sebelum nikah laki asyik hantar kad dan bunga. La ni bunga plastik di Chowkit pun laki tak mau beli.

46. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
ACTUAL: Adinda nak urut dan massage therapy, nak pulih kan urat dan kesihatan. Laki pulak asyik salah sangka dan salah tangkap signal.

47. Layan suami sepertimana kita melayannya semasa baru2 kenal.
ACTUAL: Adinda yang solehah dah memang melayan laki macam raja TAPI laki ni yang lupa pada adinda. Laki ingat adinda ni hamba sahaya dan amah duk dirumah saja dan take adinda for granted.


Sekian lah sahaja. Semoga ada manafaatnya buat renungan semua...
Tidak bmaksud mengenakan sesiapa...cuma sekadar pemerhatian dan pengamatan dr kehidupan sendiri dan kenalan2 lain~ Wallahu a'lam..

dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Saturday, 29 October 2011

A. n. A. k

Salam Sabtu...JB ujan arini, time ni...bese la, da pian2 banjir ni kan...Bangkok pon masih banjir..apetah lg dgn Kelantan dan negeri pantai timur yg lain yg akan turut dilanda banjir~
Sedang sy jalan2 dlm kawasan favourite blog sy...sy jumpe beberapa soalan yg akak best jugak la utk dijawab...hehehehe...yook kite try jawab soalan2 kat bawah ni:

 1. How old were you when your first child was born
Kuang3....time tu umo saya 25 thn. kat surat branak Sharifah Fateehah Sofea pon tulis 25 ttahun..rasanya sedang2 elok la tu utk jd umi ..kan?

2) What month and year was your youngest child born?
Memandangkan anak sy dah 4 orang...(alhamdulillah)...so, yg paling kecik i.e SYED AQEEF MUKHREEZ tlh lahir pd 14hb Ogos 2010...kul 8.00 mlm, masa tu baru 2 ari sambut puasa....hehehheh...

3) How did you feel when you first found out you were pregnant?
6 bulan lps kawen ngn My Kanda, sy disahkan mengandung. Masa tu tak xpect pon ngndung sbb sy demam, So...g klinik utk check n amek ubat demam je la. maklumla, x pnh ade pngalaman kan? hahahhah...Then, doc soh wat pregnancy test. Punya la cuak, n bila doc gtaw result yg sy ngandung, sy tanya doc 2/3 kali...x pcaya. My Kanda senyum jek....hehehhe....menjadi la tu benih dia...n bsambungla keturunan dia....alhamdulillah...:)


4. Who did you tell first?
DAh tentu time g klinik tu My Kanda yg bawak....so, dia la 1st person yg tau sy mengandung...including doc n 2 nurse kat klinik Muo tu...

5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy?
Memang sy ni jenis yg x makan bnyk pon during pregnancy time. Makan ciput je. Perut pon kecik jek. Mcm x ngandung kata kawan2 sy...org2 tua plak kata, kulit perut nipis. So.....berat yg naik hanyala berta badan baby dlm perut...time sarat pon berat sy 54kg, nnt dah kuo baby tggal 49-50 kg je berat sy...ok kan? ( sbb tu hobi sy ialah MengandUNg....)

6. What did you crave while you were pregnant?
Masa pregnantkan teeha dulu...maklumla yg 1st kan....mcm2 jugak la nk makan. tp sume yg senang2 je..seingat sy, tiap2 ari nk makan Cheezy Wedges..seb baik opis dekat ngn KFC...ari2 tibai cheezy wedges tu....n makanan favourite sy ape lagi kalau bukan tau fu fah! yummmyyyy!!!


7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
Disebabkan ni anak ptama kami bdua....kami x kisah ape pon gendernya. Asal anak kami slamat, sempurna naggota badan, ckup akal fikiran, fasih lidah mmbaca Quran, kami terima je...n masa teeha dilahirkan, sy epi sbb sy mmg suka baby girl! My Kanda pon sama, atuk Rasul lagi la...suke tgok anak sy...Kluarga mertua pon sama...cucu keturunan dorang kan...:)

8. Did you have any complications during your pregnancy?
Alhamdulillah....sy x de ape2 pnyakit. Kturunan pon mmg z pnh ade penyakit. Cuma muntah2 awal preganncy tu...teruk jugakla....kalau x tahan time kete tgh jammed tu,, sy bukak je ppintu. x toleh kiri kanan dah! (x tahan....)

9. How much did your first child weigh?
3.2 kg....sume tkejut sbb perut sy mmg kecik. w/bagaimanapon, alhamdulillah....teeha sihat, panjang 52cm, kulit sgt putih kemerah2an, n sgt la gebu n montoknya dia time tu...
teeha time 2 bulan...

masa ni umo Scha Al-attas da sbulan...time ni jambul dia nk kena cukur(w/pon rambot x dek!)



10. Was your first child early, late, or on time?
Teeha lahir pd 20/08/2005.....kat buku erah due date sy 10hb Ogos 2005..so...ade la lam 10 ari teeha x mo kuo tgok dunia lagi....agaknya bnyk janji2 yg blum dipatri lg ngn Yg Maha Kuasa...
11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
Alhamdulillah.....stiap anak tu ade rezekinya kan? w/pon idop kami sederhana, kami x pnh abaikan makan minum maupon akhlak anak2. Dulu, teeha, putra, azky pnh ditolong jaga by their babah n abib a.k.a nenek n atuk nya @ Kota Tinggi...so, mmg la anak2 sy ni diasuh dr segi akhlak. tp nama pon budak2, nakalnya tetap ade, sbb tu akal mereka bjalan. Kadang2 buleh ilang sabo...kena pukul sampai bebirat pon ade...haissshhh...org nama Noor Doty ni lom cukup sabo..garang sgt ngn anak2...tp w/pon pukul tetap ngn niat nk ajo mereka jd yg tbaik...x mo org ngata bila jd sesuatu....(jauh2kanla....)


12. What's your favorite part of being a mom?
Ermmmm....sy x pnh rasa menyesal mnjadi ibu kpd 4 org anak ini....melahirkan mereka merupakan kenangan dan memori indah buat sy...sy lahirkan keturunan n waris2 dr kelaurga Nabi SAW.....x pnh terlintas dibenak sy masa anak dara dulu nk kawen ngn org keturunan Syed ni..x pnh ade kawan nama Syed / Sharifah pon..tp Allah Maha Tahu kan..sy diberi kesempatan itu...setiap masa sy rasakan bharga kalau x bsama mereka. Sbb sy slalu ingat mati...kalau2 sy tlebih masa kat tmpt lain, sy mesti tingat kat anak2...kot x sempat nk ckp ngn mereka sy sayang mereka..ngn abi mereka pon mcm tu...tp kadang2 My Kanda ni rimas jugak kalau sy asyik nk bkepit jek! Bukan nk bkepit pon sbenarnya, tp nk masa bersama yg bkaliti..tu jek ! anyway..bangga menjadi ibu kpd anak2 My Kanda..semuanya minum susu dr badanku ini dan semoga ikatan, naluri kasih sayang kami sekeluarga btambah erat ..insyaAllah..amin!!


13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
Psoalan senang atau susah mnjadi ibu @ ayah ni sgt subjektif...Bila terlantiknya kita oleh Allah utk jadi ibu dan ayah,...maka sy rasa tanggungjawab & amanah itu harus digalas sebaiknya. Kita yg mncorak kehidupan anak2 kita, kita beri pndidikan, selebihnya, pilihan mereka yg pilih. Sy pcaya, jika dr kecik kita pasakkan dada n benak anak2 dgn ajaran2 Islam...insyaAllah...Islam juga ikutan dan mnjadi amalan hidup mereka...amin!

14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
Bsedia dr segi mental & oso fizikal....mmbesarkn ank2 ni mcm2 hal boleh blaku. Jgn risau soal kewangan sbb setiap anak itu ade rezekinya. percayalah!Bsiap sedia juga dgn bende2 baru yg bakal kita jumpe sbb setiap anak tu lain pmbawakan n sikapnya. Rajin2 kan diri dgn bnyk mmbaca buku2, artikel tntg keibubapaan dan yg penting DOA!!! Doa ibu kan makbul..insyaAllah...


15. Did you always think you'd have kids?
Sy mmg sukakn budak2 w/pon sy ni garang...agaknya sbb tu sy dah ade 4 anak dlm masa 6 tahun ni...almost every year sy pregnant...alhamdulillah...n time kali pregnant, sy mesti x sabar nk tgok rupa anak yg bakal lahir...n mesti sy akan cakap Subhanallah....Maha Hebat Allah ini....

16. What's been the biggest surprise about motherhood?
mlahirkn 4 org c/mata inilah! lps lahirkn mereka, nurse ltk kt dada, sy cium n pluk....indah skali saat tu....:( tharu rs!!!

17. Are there things you miss about life before kids?
Ermmmmmmmmm...bnyk bnde sy da lupe..bnyk sgt bnde jd time kcik2...lupe sudaaa:p


18. How many children do you have?
4 dah!!! cpt je masa blalu...teeha a.k.a Scha Allatas dah nk naik Drjh 1 next year....:)


19. Do you plan to have any more children?
Yup.!!! sudah semestinya....x tau knp..tp sy suke mengandung n punya ramai anak2...mmg agak susah masa kecik, nnt bila kita dah tua..anak2 pulak yg mnyambung warisan kita...moga anak2 sy akan doakan sy dan My Kanda sepanjang masa...skrg ni pon, lps solat, teeha akan doa, n & adik2 akan ikut..doa kpd ibubapa...hehehehe...smg Allah mlindungi dan merahmati hidup anak2 sy...amin!!! in fact, skrg ni pon sy tgh pregnant..dreaming to have a girl pulak!!! tolong doakan yek!

20. Who's the mom that you admire most?
smua ibu didunia....tmasuk diriku...


my soul...my everything!! mmg cayang kamu smua....taun dpn mukhreez abi da x dukung, abi dukung baby to be deliver plk....ngeee:)



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Friday, 28 October 2011

Nak try Join...


ni la hadiah yg bakal dimenangi...FM..cantik kan?

Salam wbh..

ni 1st time sy try nk join contest mcm ni...
mula2 Noorul yang kenalkan...n baca masa blogwalking kat blog2 lain...so, kali ni, sy juz nkmncuba nasib je...mana tau ade rezeki baby...insyaAlah amin....hehehhe...
So..sesapa yg nk join, leh dtg SINI.....



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Wednesday, 12 October 2011

Wakil Nasyid PERKEP JBS...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...selawat dan salam buat Nabi Junjungan SAW serta para keluarga dan sahabat Baginda...

Alhamdulillah...sepatutnya kita menitip syukur ke hadrat Allah swt krn masih memberi kesempatan pada kita untuk masih lagi bernafas dan menikmati nikmat2Nya yang tidak terkira hebatnya, tidak ternilai banyaknya...dan sebesar2 nikmat yang DIA kurniakan iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.

HAri ni nmk kongsi cerita pasal saya jd wakil untuk groupm Perkep Johor Bahru Selatan bagi pertandingan Nasyid peringkat daerah. Eiiii...last2 minit dorang jemput n undang saya. Idea untuk jemput saya jadi solo ni datang dr My Kanda la...sapa lagi, sebab dia merupakan tenaga pengajar bagi group Perkep kali ni...hehehehhe...mmg menjadi minat My Kanda la...Alhamdulillah...ada jugak rupanya yang mengikuti dan menghargai bakat yang Allah kurnia pd My Kanda.

So..kami bakal menyanyikan lagu Rindu by Hijjaz...hurm...slow kan lagu ni? To be frank, mula2 dpt tahu lagu ni, saya mcm x berapa nk semangat sebab lagu ni kalau famly saya kata lagu 'meleweh'. Namun, saya percaya pada kata-kata My Kanda, yang sebenarnya kekuatan lagu ni terletak pada lirik dan solo yang membawa lagu ini. Gaya persembahan serta harmonization ialah perkara sampingan sahaja...(mcm nk sedapkan hati sendiri jek..hahahhah) Nak x nak, saya kuatkan jugak semangat nk bawak lagu ni sebaiknya. Cuma kami masih dalam proses mencari minus oe lagu ni tanpa ada suara latar by HIjjaz...sapa la dpt bantu kami saat2 akhir mcm ni. Apa x nya, kami ada 2 ahri je lagi utk berlatih dan pertandingan sebenar akan berlangsung 15 Oktober ni...alahaiiiiii~


gambar sekadar hiasan je...

Semoga Allah mudahkan setiap urusan kami nnt. dan semoga kami beroleh kejayaan dlm pertandingan tu nnt. X dapat no 3 pon, no 1 jadi lah....hahahahaha.( My Kanda kata: "ayang selalu simpan angan2 mcm tu") Saya pulak kata: X pela, tu jd motivasi utk ayang sendiri...ayang nk jugak menang w/pon ayang tau menanng kalah tu adat pertandingan!"

Bye...nnt kita sambun kat en3 lain pulak ok! Salammmmmm~






dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Sunday, 9 October 2011

05-08/10/2011.....Sabah dlm kenangan...

Alhamdulillah.....kalau en3 sebelum ni sy tulis pasal nk g Sabah...pd 05-10-2011 aritu, jam 09.30 pg, sy, teeha, putra n azky selamat sampai ke Kota Kinabalu, Sabah! My Kanda x dpt join sbb last2 minute cuti dia dibekukan. Mau x sy naik angin. Bukan senang nk plan sume ni. n kami jgk bukan di kalangan org senang utk dpt g tempat2 mcm tu selalu. Kami kan org sederhana je. Senang2 je dorg nk bekukan cuti...alahai.....Allah lebih tahu. Mukhreez pulak sbb dia demam.kesian nnt kat sana makin melarat!

So....1st day sampai, abang kak ina yg jemput kami kat KOta Kinabalu airport. Abang Asdin nama dia. OK la...then, kami terus gerak ke Kundasang....excited gila! maklumla, x pnh sampai kan...hehehhe~ Seb baik da dpt info sebelum tu, n google tgok mcm mana tempat dia. Sejuk sangat. Kul 3 kami sampai, dah banyak kabus. Cuaca kompomla sejuk n bkabus jek!


ni pic kat Kota Kinabalu Airport..

ni kat Kinabalu Pine Resort....cantik, banyak pokok Pine!

putra, teeha n azky ucukkkk!

wif my lil girl Sh. Fateehah Sofea








Kami bmalam di Kinabalu Pine Resort. Resort ni x provide air cond sbb cuaca sejuk. so, ade heater la. n ade jgk disediakan kipas. tp, anak2 sy tmasuk umi dorg, bila malam, tdo x pakai slimut pon. in fact, bukak kipas slow2 jek! hahaha...tu yg abi dorg kata, kulit kamu ni mcm kulit buaya/biawak pon ade...hahahha...
kami dpt 2 bed...umi tdo ngn azky, kakak ngn putra...heheheh


2nd day kami, kami dibawak bjalan ke Poring,kat Ranau. Ranau ni kecik je. Kalau kat JOhor ni macam bandar Yong Peng keciknya tu...n sebelum terlupa, rata2 org Sabah ni, sume pakai 4wheel drive.x pon Van. may b disebabkan faktor jalannya kot kan? so...Poring ni tempat kolam air panas. Mmg panas. celop2 kaki pon rasa panasnya, bukan main2. hehhe....dapatlah kami brendam utk buangn sel2 kulit yg da x elok ni....





ni antara tempat berendam yg disediakan...

Pas tu, kami terus turun dr Kundasang n gerak plk ke bandar KK. Ade la 2 jam lbh pjalanan kami. Sangatlah mengantuk. So...except driver, semua bantai tdo. da penat berendam la katakan. Smpai kat KK, kami check in kat Apartment Universiti. dekat ngn shopping compleks 1 Borneo. Ade 2 bilik je apartment ni. Ade gak swimmnig pool utk bebudak n makbapak budak..hahhaha...cuma cuaca kat KK ni agak panas la. n mnyebabkan kami anak beranak x dpt tdo sgt. sy malam2 pon bangun mandi, tambah2 lg tgh bbadan dua ni. lagi laaa....

3rd day- Kami jalan2 kat Pasar Filipin. Apa lagi, cr mutiara keje saya. Tp idok le borong bnyk2 sbb ongkos yg dibawak jugak saya budget2 kan. Bnyk lagi kperluan lain nnt! Kat sini sy perati ramai penjaja yg menjual brg seludup. tp barang2 tu ori la. May b dorang nk elak cukai. antara barangnya macam spec, jam tangan, telefon bimbit. macam2 la. semua branded2 n up to date. Sy pon ade grab sumthin...hehehehe...tp rahsia la....hahhah

ni la dia pasar filipin...
Secara ringkasnya, pcutian kami ke Sabah mmg sesuatu yg menyeronokkan. Nmaun hati sy x tenang juak sebab mummy yg jaga Mukhreez call gtaw mukhreez kena berak2. Ala siyan....so, mukhreez lemah sikit la. Kan sy kata Allah Maha Tahu, mujur abi dia ada. Abi bawak adik g klinik maimunah n dapatkan ubt utk dia. Doc x bg feed baby ngn susu dulu. bg air masak je. lagi la sy risau...tp sesampai sy kat JB, mukhreez da sihat spenuhnya. Alhamdulillah....cuma kami anak branak x dpt jumpe abi lagi sbb since Jumaat abi outstation...da rindu kat abi da sume....

ok la....tu saja utk en3 kali ni ye! untill we meet again~ salammmmmmmmmmmmm~




dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Sunday, 2 October 2011

KAMI AKAN KE SABAH....

Hrmmm....lama da x update rasanya. Lambakan kerja umah yg x pnh abis, diselangi dgn keadaa diri yg tgh berbadan dua ni, kadang2 pening, kadang2 penat, sume tu boleh membataskan keobsessan sy terhadap penulisan ini terganggu!

Life is full of surprises...n we never know wat will epen in our future days..arap2 Allah telah rencana sesuatu yg mampu kita tangani w/pon benda itu amat pahit buat kita...inshAllah, amin~

Kali ni nak kongsi tentang keterujaan sy nk fly ke Sabah. Lebih tepat lagi ke Kota Kinabalu. Tiket telah pon sy booking awal tahun aritu...semuanya gara2 ajakan kawan kat opis Sabrina Abdul yg memang kampungnya di Snadakan, Sabah. InsyaAllah, kami akan jengah rumah dia yg dikatakan nya tletak di atas laut. Kalau laut bgelora sangat, dorg sekeluarga kena berpindah...alahai..

So, nnt kami kat sana akan ke KUndasang. Rata-rat orang n kawan2 kata tempat ni best. Pemandangannya cantik, cuacanya sejuk.
Ni antara yg sempat sy search..nk tgok real nnt 5/10 ni...
 Nak sangat tengok time matahari terbenam kat sini sebab dorg kata cantik....rezeki baby dlm pewot sungguh....dpt dia teman umi jenjalan sebelum ape2 blaku pd umi...hehehhee...cuma, takut nnt anak4 x tahan sejuk je. Maknanye, kena standby pampers banyak sikit la nnt...ngeee:)

Ina kata nnt kami akan ke Poring. Poring ni kat Ranau. mcm kalau kita kat Msia ni, namanya Kolam Air Panas la...hehehhe...x sabo la. n dekat sini jugak ade Pekan Nabalu...tempat nk cr souvenier utk famly n kengkawan....so...nnt kan ye..hehehe

macam x panas je ek..haaa, nk tau panas x, nnt i rasa kat sana.


Arap sangat percutian kali ni akan bawa kenangan terindah buat kami anak beranak. n semoga ikatan kekeluargaan kami akan btambah erat..., InshaAllah....amin.

so...doakan kami dapat sampai ke sana dengan selamat, bercuti di sana dgn selamat n pulang dgn selamat....x sabo dah sebenarnya. jap lg, kami nk g cr keperluan yg perlu kami beli utk kami guna kat sana nnt....cuma kami nk cr camera la...nk pinjam sapa punya la nnt....ngeh3....(nmpk sgt kami x de camera!)


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Wednesday, 7 September 2011

When nobody understands your suffering , Allah understands...... believe me!





In your pain and despair fighting sihir/black magic

Nobody seems to understand your suffering

They verbally and physically attack you left right and centre

Don’t despair

Allah Subhana Wa Taala knows what you go through

HE understands your anguish, frustation and discomfort

Allah is the best Healer.

Ya Tobib Man La Tobib Lahu

Oh Healer of those who have no healers




dilullabykan oleh noordotyrasulkhan