Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, 24 May 2011

nEvER sToP BeLieVinG!!

Assalamualaikum bloggie...

wah....it has been almost everyday.... i am really down with zero ideas to write. Let alone to think. I am tested with a new human in life who is such a pain-terrible-freak who'd messed with my Integrity. I can never easily believe in human....when thing like this occurred. It'll take probably another years...for me to start saying hello to newbies ...ever..again.

what is it with Trust that is so important to me?

1. Trust Gives you Honor.
We do not simply born with talented life. well at least not ALL of us. Some has to earn it...hard. People from all walks of life...hailed from different backgrounds and lineages. when you can give your trust..and the same time earning it with yr honesty and sincerity, it builds your humanity even more. It supposes to humble you down with manner and puts you high up in Integrity.

2. Trust Gives you Respect
When you trust the person you are involved with, be it personal relationship or work, there comes the respect. MUTUALLY. it shouldnt be forced to exist. You are willing to sacrifice for life to these types of people that will strengthen your respect and bond you even closer, AS HUMAN. not pigs...opssss:P

3. Trust Gives you Longlasting Friendship ( I repeat, LONGLASTING)..BFF 4eva k!
From the initial incident, one can go far with friendship. There is no smooth rides in this line, you go up and down TOGETHER. (got that?) You are there for each other through thick n thin and giving supports and encouragement to complete each other
( of coz not in a gooeey mushy kinda way demmit!) A friend would do ANYTHING for a Friend who is willing to take the Risk of Trust unto others. and it's not a waste if WE try!? am I right? Each and everyone of us Deserve that .....

4. Trust Gives you The World.
How else can I nicely put it in words? Trusting a person or group of people or who-ever, is not easy. Why can't we give ourselves THAT space? Put the little Ego of ours aside and feel the Bliss of Believing in People, Human. When we are willing to do all that...many happy returns for us...will slowly reward the waits. For every hurt and pain we cause onto Others...We will Surely Get it Back...Sooner or Later....InshaAllah.

In times, I constantly question myself why do people are obsessed in hurting others. Why can't they put a trust to it and Believe that Honesty will Prevail. Good Mankind is the Guarantee for a Better Prosperity.




dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Sunday, 22 May 2011

Checklist post-MATI?

Salam n hai untuk sesapa gak yg terjengah blog n baca entri kali ni....

Hari ni hari Isnin...pagi tadi x ade monday blues so semangat la nk g kerja..hehehe.....Kalau x, tengok membe2 kat opis, Isnin je mesti EL, hahahaha..x leh bangun sebab best bangun lambat Sabtu n Ahad kot...kikikiki~

Time2 lunch gini agak ngantuk sikit n pk ape nk buat so dat mr. tension n pakcik boring akan blalu pergi....n pk punye pk punya pk, apa kata update blog..hehehehe...( time rajin, rajin sesangat, time malas, bukak blog pon lom tentu)..

Mata ngantuk, hati sayu, tp otak ligat berputar. Pk sal mati, pk sal kjadian2 yg dah banyak blaku lately. Yang terbaru pasal Tanah Runtuh kat Hulu Langat tu...bagaimana bumi/tanah dikatakan bergerak, n aku pernah baca dulu yg salah satu tanda kiamat ialah bila bumi/tanah berjalan/beralih @ in other words, tanah runtuh, gempa kecil....

Kami sekeluarga dok kat apartment kat JB ni. Ade la 14 tingkat n rumah kami di tingkat 9. Tiap2 ari aku pk...kalau lah tengah kami sedap2 tengok tv ke, bbual ke, tdo ke, tibe2 gempa kecik jadi n meruntuhkan apartment kami. Kesian anak2 sakit, kesian dorang. macam mana nk selamatkan dorang sedangkan diri sendiri pon x tertanggung. Ya Allah....selamatkanlah aku dan anak2ku dari malapetaka yang x diingini. ..Amin

Sebab tu lately banyak pk sal mati. n entri kali ni aku macam nk cakap sal mati.Kita selalu buat checklist rite? Ada checklist 4 new mommy, barang baby, masuk umah baru la n laen2. tapi pernah x orang buat checklist untuk kematian? takut nanti dikatanya buang tebiat kan! hehe...
Pengalaman bertemu seorang ustaz yang kaya dengan pengalaman perubatan Islam membuatkan aku terpanggil untuk tulis2 sal checklist ni. Tambahan pulak sesuatu yang menimpa adikku Ketty Natalia buat aku sedar, mati x kira sapa, mati itu pasti..(takut)

Zaman sekarang ni ramai sangat yang suka sibuk2 nak jaga tepi seluar dalam orang. Opsss..! tapi x sedar yang seluar sendiri dah lama terkoyak. Hakikatnya,kita kena muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum sibuk sangat nak tahu hal orang. Lebih baik kita pk urusan2 yg kite blom buat , x terbuat lagi @ mungkin x mampu nk buat..

Pernah x seumur hidup kita untuk tulis dalam kertas kosong apa yang kita telah lakukan pada hari ni? [rasa2 macam x pernah kan?]. Berapa banyak maksiat dan kesalahan telah kita lakukan tanpa sedar. Bila kita tulis diari,lazimnya kita akan tulis benda yang baik2 dan menarik minat kita sahaja. Tapi yang cacatnya kenapa x nampak? ( tension nye pk dosa.....Ya Allah....ampunkan aku!!! Suamiku...ampunkan ayang! Anak2 ku...ampunkan umi....Abah/Mak/Umi...ampunkan doty! )

Banyak benda yang kita harus perhatikan semula. Tentang kehidupan kita,apa yang telah kita berikan kepada orang yang kita sayang, apa yang telah kita buat untuk membanggakan diri sendiri dan yang paling penting apa yang kita telah lakukan untuk KEREDHAAN Allah..
Fikir2kan dan selamat beramal.. :)
harap kita dapat buat sesuatu yang menggembirakan semua pihak dan diri sendiri.

Kadang2 apa yang menurut kite menyusahkan pd awalnya boley menjadi kebahagiaan pd akhirnya..seperti mendung dilangit yg pada awalnya berkecamuk kilat dan petir, tp akhirnya jd butiran2 hujan yang mmbawa penghidupan.....indah sgt hidup ini jika semuanya kita lakukan, kite letak, kite susun dengan cantik seperti yang dah diterapkan dlma jaran Islam....namun ...


"Ya Allah...tuhanku yg Esa, tika mengenangkan rahmatMu, terasa diri ini kurang bsyukur, padaMu harusku mmohon ..moga syukurku bertambah dan kekal... Alangkah susahnya mendidik nafsuku yang sering melupakan dan melihat kebenaranMu.......Ya Allah....bantulah hambaMu ini dalam mendidik jiwa, mendidik nafsu dan diriku ini..amin~"





dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

azam kami semoga kami bjaya!






Alhamdulillah azam kami itu bukan azam yg 'bukan2' atau azam yg mgarut taw..ni azam yg mmg jitu lg InsyaAllah jika diizinkan boley mmberi manfaat pd yg lain juga...Idea tu dtg dr sahabat yg kini dekat dgnku my BFF...

Sahabat sejati sy ni bkn yg sLalu di sisi sy, tapi sseorang yg slaly diingati dlm bisikan doa di malam ari dan yg mnasihati sy dikala sy ilang kawalan diri dan kadang dia jugak yg teman sy saat sy rasa x de sapa yg faham diri...dan dia jugak yg sama2 mmberi kata semangat utk mencari redha Ilahi..

Xtelly...kami berazam nk hafal surah2 yg ade lam Quran...hehehehehe...ok ke idea ni? Kami bincang2, kami nk start ngn surah Luqman....n dat's Y la, post sy yg lepas, sy gunakan Surah Luqman utk sy jadikan modal mnulis. Alhamdulillah.....kami berdua blumbe2 nk hafal n sama2 saling mengingati...dia akan recall ngn sy kalau dia lupa n sy pon sama gak!

Lps ni kami nk hapal Waqiah pulak.....Fadilat surah Al-Waqiah ni ialah :

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.) dan;

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) dan lagi;

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al- Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


Banyakkan fadilat Surah Waqiah ni....x sabar nk start hapal yg ni pulak....Alhamdulillah sy dah dapat apal separuh dr Surah luqman n tgh 'cuti' skrg ni....hehehehhee...harap sgt dpt abiskn cepat2.. nnt nk tanya BFF sy, dia da apal samapai mana...tp dia brilliant...mesti cpt je catch-up ape2 pon..x pe la...asalkan usaha daya kami yg murni ni akan dinilai Allah dan semoga kami bjaya mengapal semua surah2 yga de dlm Furqan..amin~

Bye...








dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

PESAN UMI UTK TEEHA, PUTRA, AQEEL N OSO MUKHREEZ..





Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t . dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba Nya. Firman ALLAH s.w.t :

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)


Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasehati anaknya tentang hidup.

•Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
•Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.
•Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
•Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

•Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.
•Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.
•Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.
•Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.
•Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.
•Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.
•Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

•Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.
•Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.
•Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.
•Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.
•"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan badah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir.
•"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."
•Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.
•Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.
•Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.
•"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."
•"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan
•"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."


•"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:
1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu
.


Ya Allah....Kau jadikanlah anak2ku anak2 yg soleh dan solehah, rahmatilah hidup mereka dan kurniakanlah mereka dgn kesihatan , akal fikiran serta akhlak yg mulia ....





Syarifah Fateehah Sofea, Syed Areef Putra, Syed Aqeel Azky n Syed Aqeef Mukhreez...umi sayang kamu semua....dan umi bangga melahirkan kamu semua~



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Sunday, 15 May 2011

Saat aku kenal apa itu CiNta...n hope it will alwiz remain in my heart




Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi barang itu sangat istimewa.


Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar permintaan mu.


Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

terima kasih tuhan kerana menemukan aku dengan rasa cinta dan bahagia itu. walauku tahu sifatnya sementara, namun ku pasrah kerana aku insan yg lemah imannya...pandulah aku menuju cintaMu tuhan dan jangan Kau biarkan aku sendirian...sesungguhnya Engkaulah sebaik2 pewaris~ammin..



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Saturday, 30 April 2011

pelik tp benar sayang~

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…



Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:
- Mana ibumu?
- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?
- Tidak!
- Di mana pula abangmu?
- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.
- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?
- Tidak!
- لا حول ولا قوة إلا بالله
- Kakakmu di mana?
- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.
- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?
- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima surat dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. Surat yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada Surat yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!
















dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Wednesday, 30 March 2011

Appendicitis Dan Appendectomy...sian hubbyku...=)


Jumpe lg kat lembaran baru....n again start minggu ke -3 March aritu, rutin harian as well as mingguan jd bz sebab start bawak kes syariah whether sebutan maupon bicara kat Kota Tinggi, Johor. Memang bz n sampaikan teeha pon x sempat nk dilayan...Rossa yg tolong pick up teeha n tumpangkan teeha kat umh dia..huhu..(thanks Rossa).. n Allah duga lagi..(maknanya Allah sayangkan?) dengan sesuatu yg menimpa bucuk bacin kesayanganku a.k.a hubbyku....start Jumaat ( 25/03/2011) aritu, abang ngadu sakit perut, n oso kena cirit birit n pening kepala..kami x anggap bende tu serius sebab abang memang slalu sakit perut n ikut previous history abang penah kena admit sebab gastrik..kesian... Then 26/03/2011 kitaorang balik Kota Tinggi sebab nk jemput Putra n Aqeel balik JB....(rutin mingguan) n kami balik lewat malam. ..Sblum tu lupa nk cakap ; kitaorg gak g survey n then beli terus 2 Divan n 2 almari n 1 shoe rack..heheheh..pebat tol kemas ( lom abis kemas till now...) 27/11/2011 - abang masih sakit perut, n cirit birit...kesian tgok, tp abang tahan n survive sbb abang nk kena ikut course bawak lori anjuran IPK JB...n abang x lupa belikan aku 2b model ( da lama mintak..huhuhu) 28/03/2011- 1st day abang ikut course kat IPK...pepagi lg abang da bangun..sayu je tengok muka abang n dalam hati, aku sentiasa iringi perjalanan n pergerakan abang dengan doa2 ku n doa anak2 kami buatnye...sampai malam abang sakit perut n dia g Klinik Gemilang n doktor mintak refer kat GH sebab abang di'suspek' ade appendic... 29/03/2011- 2nd day abang ikut course n abang memang nmpk penat n letih je...n time lunch aku amek abang datang opis n tengok2 kan dia....then bile petang, abang kami ( aku n ASP akim) paksa abang g GH sebab abang kata sakit...n bermulalah saat penantian yg amat menyeksakan...biasalah kalau g GH ni...memang lembab n lambat....n @ last abang kena admit kat ward sebab bila doktor scan, abang ade 'minor appendic n still baby lagi but doktor advise buang je bende tu... Rasa cuak jugak sebab abang kena operate ..kesian dia..n demi kasih sayang n cinta yg x pernah ada belah bagi aku decided nk teman n tido kat siptal ni...(adoyaiiii) ..bukan ape..x selesa aku tengok pesakit2 ni tdo..kesian tol.. 30/03/2011- Kami still tunggu bile la dorang nk panggil abang turun g OT untuk dibedah...penat...n yg paling penat op koz la aku sebab sume aku kena buat sorang2...terkejar2 beb....n start kul 12.30tgh ari td..ramai tol kawan2 yg datang ziarah abang..termasok la geng2 JBG JB...( thanks to sume yg datang n mendoakan..) tapi still pelik sebab nk masuk OT pon kena Q n Q n Q..n pelik lagi sebab menapa doranng x tukar2 abang g 1s Class Ward? Sebab aku da bg GL aku...kompius lagi.....adoyaiiii~ JOm kite baca sikit tentang appendic ni...apa dia n macam mana bentuknya...ni pon aku try2 google n then jumpe lah info ni....;-



AAPPENDICTIS N APPENDECTOMY Definisi Appendix Appendix adalah tabung yang ujungnya tertutup dan sempit yang panjangnya sampai beberapa inches yang melekat pada cecum (bagian pertama dari colon) seperti cacing. (Nama anatomi untuk appendix, vermiform appendix, artinya tambahan yang seperti cacing). Lapisan dalam dari appendix menghasilkan jumlah yang kecil dari lendir yang mengalir melalui bukaan (mulut) ditengah dari appendix dan kedalam cecum. Dinding dari appendix mengandung jaringan lymphatic yang adalah bagian dari sistim imun utuk membuat antibodi-antibodi. Seperti keseluruhan dari colon, dinding dari appendix juga mengandung lapisan otot, namun lapisan ototnya berkembang dengan buruk.

Definisi Dan Penyebab Appendicitis


Appendicitis berarti peradangan dari appendix. Diperkirakan bahwa appendicitis mulai ketika bukaan (mulut) dari appendix kedalam cecum menjadi terhalangi. Halangan (rintangan) mungkin disebabkan oleh pembentukan lendir yang kental didalam appendix atau oleh feces yang memasuki appendix dari cecum. Lendir atau feces mengeras, menjadi seperti batu, dan menghalangi bukaan (mulut). Batu ini disebut fecalith (secara harafiah, batu dari feces atau tinja). Pada saat-saat lain, jaringan lymphatic dalam appendix mungkin membengkak dan menghalangi appendix. Setelah rintangan terjadi, bakteri-bakteri yang normalmya ditemukan didalam appendix mulai menyerang (menginfeksi) dinding dari appendix. Tubuh merespon pada serangan dengan memasang serangan pada bakteri-bakteri, serangan yang disebut peradangan. Teori alternatif untuk sebab dari appendicitis adalah robekan awal dari appendix yang diikuti oleh penyebaran bakteri-bakteri keluar dari appendix. Penyebab dari robekan macam ini adalah tidak jelas, namun ia mungkin dihubungankan pada perubahan-perubahan yang terjadi pada jaringan lymphatic, misalnya peradangan, yang melapisi dinding dari appendix. Jika peradangan dan infeksi menyebar melalui dinding dari appendix, appendix dapat robek (pecah). Setelah pecah, infeksi dapat menyebar keseluruh perut; bagaimanapun, ia biasanya terbatas pada area yang kecil yang mengelilingi appendix (membentuk bisul bernanah peri-appendiceal). Adakalanya, tubuh berhasil dalam membatasi ("menyembuhkan") appendicitis tanpa perawatan secara operasi jika infeksi dan peradangan yang menyertainya tidak menyebar keseluruh perut. Peradangan, nyeri dan gejala-gejala mungkin menghilang. Ini terutama benar pada pasien-pasien kaum tua dan ketika antibiotik-antibiotik digunakan. Pasien-pasien kemudian mungkin datang ke dokter lama setelah episode dari appendicitis dengan gumpalan atau massa pada bagian kanan perut bagian bawah yang disebabkan oleh luka parut yang terjadi selama penyembuhan. Gumpalan ini mungkin membangkitkan kecurigaan dari kanker. Komplikasi-Komplikasi Dari Appendicitis

Komplikasi yang paling sering dari appendicitis adalah perforasi (pelubangan). Perforasi dari appendix dapat menjurus pada bisul nanah periappendiceal (koleksi dari nanah yang terinfeksi) atau diffuse peritonitis (infeksi dari seluruh lapisan perut dan pelvis). Alasan utama untuk perforasi appendiceal adalah penundaan dalam diagnosis dan perawatan. Pada umumnya, lebih lama penundaan antara diagnosis dan operasi, lebih mungkin perforasinya. Risiko perforasi 36 jam setelah timbulnya gejala adalah paling sedikit 15%. Oleh karenanya, sekali appendicitis didiagnosa, operasi harus dilakukan tanpa penundaan yang tidak perlu. Komplikasi yang kurang umum dari appendicitis adalah rintangan dari usus. Rintangan terjadi ketika peradangan yang mengelilingi appendix menyebabkan otot usus untuk berhenti bekerja, dan ini mencegah dikeluarkannya isi-isi usus. Jika usus diatas rintangan mulai terisi dengan cairan dan gas, perut menggelembung dan mual dan muntah mungkin terjadi. Maka kemudian mungkin diperlukan untuk mengalirkan isi-isi dari usus melalui tabung yang dimasukan melaui hidung dan esophagus dan kedalam lambung dan usus. Komplikasi yang ditakutkan dari appendicitis adalah sepsis, kondisi dimana bakteri yang menginfeksi memasuki darah dan berjalan ke bagian-bagian lain tubuh. Ini adalah komplikasi yang serius bahkan mengancam nyawa . Untungnya, itu jarang terjadi **********************************************************************************


so...tu lah sikit sebanyak bende yg dapat aku kongsikan kat sini....semoga abang selamat n n cepat sembuh jua hendakNya...amin~





dilullabykan oleh noordotyrasulkhan