Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, 9 October 2012

AHMAD ADAM SYUKRI...kamu buat anty menangis!!

Ahmad Adam Syukri.....

Maafkan anty. Anty terlewat untuk mengetahui kisah kamu..lantas menyenaraikan kamu dalam doa anty. Namun anty tahu..doa anty, juga doa mereka2 yg lain, tmasuk IBU kamu, kluarga kamu sudah Allah dengar, Allah terima. Namun kamu harus sabar sikit saja lagi sayang...Dari Allah kamu datang, pada DIA juga kamu pasti kembali.






Tersentuh  hati anty melihat kamu, wajah kamu, bentuk kamu, mata kamu, bibir kamu. Nyata sekali ujian Allah itu tidak mengenal siapa sayang, dan kamu harus bersyukur kerana kamu insan yang dipilihNya. Begitu juga ibu kamu, serta seluruh keluarga kamu. Maha Besar Allah yang menjadikan kita semua. Anty tahu keperitan yang kamu tanggung, kesempitan, tekanan yang ibu kamu tanggung, hadapi dari hari kelahiran kamu sehingga kini. Namun..janji Allah itu pasti sayang...Allah sentiasa bersama mereka yang sabar. Manisnya sabar itu bila kamu redha. Anty doakan yang terbaik utk kamu, Allah jua tahu apa yang DIA tetapkan utk kamu yg sekecil itu. Untuk Ibu kamu yang setabah itu..


AHMAD ADAM SYUKRI
Lahir: 4/3/12 TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PADA SARAF OTAK.
Lahir secara vacuum pada 04-03-2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan mengalami injured, telinga kanan tidak dapat mendengar kerana kerosakan. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal  amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak



Yang sayu, bila mendengar sendiri si ibu Noraisah begitu sabar dan tabah. Tidur cuma sejam sehari kerana menjaga Adam seperti menatang minyak yang penuh.

 
 
Allah pilih Noraisah Mohamad Malena (ibu Adam) untuk semua yang dia tanggung. Sebak bila dia:
“Jika saya pergi dulu, saya harap suami saya akan terus jaga Adam sepertimana saya menjaga Adam sekarang.
“Jika ini yang dianugerahkan Tuhan kepada saya, saya terima Adam. Saya doa semoga Adam akan sihat, kan Adam?” sambil bercakap sambil melihat Adam. Dicium Adam.
“Saya ingin nak lihat Adam sihat dan membesar dan memanggil saya, ‘Mama’”.
“Adam tidak pernah membebankan saya, kan Adam?” kembali melihat wajah Adam. 
 
Dan sama-samalah kita berdoa, seperti kata ibunya “saya akan jaga Adam selama mana Allah pinjamkan dia kepada saya. Saya bangga kerana dapat peluang menjaga seorang ahli syurga.


Tingat anak5 yang Allah pinjamkan untuk saya di rumah. Juga suami yang dipinjamkan. Juga diri, anggota badan segalanya yang tetap milik Allah....mohon dipanjangkan umo anak5 juga suamiku Tuhan..juga untuk adik Adam serta ibunya. Tabahkan hati mereka Tuhan. :(







Sunday, 23 September 2012

Bila Lupe menguasai!



 Wow!! hampir 3 bulan x update blog ni...adik makcik c Ketty a.k.a umi Kesya pon dah bnyk en3 dia post. Sebenarnya makcik hilang ingatan...hilang ingatan pd blog ni...bukan makcik x jengah, tp sebab xde masa, bz ngn anak5 makcik n kne bebel ngan kawan makcik ! wassup x bagi, fb x bagi, sume x bagi! Dia kata kn lbh baik bc quran! Semak quran..apal Quran!! Lat2 dia pulak ingatkan makcik pasal en3 15hb Mei 2011!! Adoyainye pon!!

Oleh kerana POKE beliau ni la..makcik "TER bukak" balik blog makcik n ringankan tgn update blog ni!

Memang makcik rasa blog makcik ni da sikit terabai....lebih2 lg makcik asyik bkepit dengan Samsung canggih makcik..( canggih la sangat!) Makcik bz la...kadang2 ade ms nk update, tp kadang2 makcik rasa ms tu lbh baik makcik gunakan utk anak5 makcik! Kan masa tu emas..n makcik x nk jd org yg rugi kerana demi masa tersebut!~

Tetiba pagi2 gini, makcik tpanggil untuk jengah blog ksayangan tempat makcik luahkan apa yg makcik rasa..tempat makcik nk share apa yg patut...hehe..(ni pon pinjam lappy sepupu makcik~ makcik teman My Kanda dtg brubat kt umah dia nih)

Pasal ilmu hitam...pasal sihir...pasal jin, pasal hantu, pasal syaitan, dan semua itu bkaitan dengan KUASA Allah yg Satu, TIADA 2 maupon 3..~

Semoga Suami makcik...anak5 makcik tselamat dr dengki khianat manusia maupon jin! Hujan2 gini makcik nk panjatkn doa bnyk2....kawan makcik kata waktu hujan2 lebat gini..lebih afdal bnykkan bdoa! tq kawan!! Jasamu makcik akan ingat sampai mati~ :)

Monday, 18 June 2012

Rupe-rupenye...

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah, dialah insan yang seringkali menyapu air matanya tatkala bersendirian.

               Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata penuh semangat dan perangsang kepadamu,
               Ketahuilah, tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah, dialah insan yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

               Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, 
               Ketahuilah, tatkala itu dia sedang membalut luka di dadanya setelah sekian lama.

Seseorang yang sering memberikan hadiah kepadamu,
Ketahuilah, dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

                Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
                Ketahuilah, dialah seorang wanita yang setia yang tidak mampu bersuara tatkala bersendirian.

Monday, 14 May 2012

pre=kenduri ksyukuran Babah n Abib plus Cukur jambul Aariz

Alkisah kali ni makcik nk story pasal psiapan kenduri kesyukuran sempena MIL n FIL makcik nk p Umrah, plus kenduri cukur jambul jantung ati makcik Syed Aariz Zeeqry yg dah nk masuk 2 bulan ni..
Majlis tu kami rancang nk buat pd 26hb Mei 2012 ni, kul 7.45 mlm kt umah MIL n FIL makcik kt Kota Tinggi, Johor.

Makcik punye selamba, satu ape pon makcik x buat..makcik berangan ada pari2 tolong buatkan ke? hhahhaha.....so..last wik makcik pon mula lah menempah kuih yg makcik idamkan...makcik ingat nk buat sendiri, tp nk jugak tempah...[malas la tu] makcik order apam polkadot..400 biji dik non! hehehe...ala x pe..sedekah kt budak2..xlupe jgk makcik tempah triffle ngn Noorul comel sahabt makcik kat opis....ssaje je..[malas lg la tu sobonarnyo...]hehhehe..

Pas tu tang goodies yg makcik nk edar kt geng2 marhaban nnt, makcik google je kt tenet ni n makcik ingat nk DIY je goodies bag tu..macam sonang aje.cuma sompat x sompat aje la makcik nk mciptanya...[mintx2 sempat]  ...ape yg akan makcik letak dlm goodies bag tu nnt...makcik rasa mggu dpn baru makcik sumbat! 
[  mana yg sempat je la tu nnt ] huahuahua...

Haaa...kali ni makcik create kad jemputan yg ala2 simple jek...gatai x tau nk buat ape time cuti lama gini, makcik design aje la..hehhehe...nk tgok? nah: 

comey kan muke Aariz..gorammmmmmm!!!


Makcik print x bnyak la...bg kat MIL n FIL edar utk bagian depa kt geng Yaasin nMarhaban Taman tu....pas tu bagian makcik nk edar kt kengkawan makcik belah JB nih! Boley la kn...@least nmpk gak effort makcik! smoga Allah kire! hehe....

Ok la..tu dulu utk en3 kali  ni...
nnt makcik hapdet lg!

salam~illal liqa'..

Wednesday, 9 May 2012

TeTApI


Kau bicara kau pinginkan syurga hakiki
tetapi...
Kau tidak rela menceraikan dunia yang mimpi

Kau bicara kau mahukan Muhammad si suami
tetapi...
Kau tidak tegar seberani Khadijah si isteri

Kau bicara kau mendamba hidayah Ilahi
tetapi...
Kau tidak rakus membuka pintu hati

Kau bicara kau buntuh kasih abadi
tetapi..
Kau tidak mencintai  kekasih Yang Esa ini

Kau bicara kau perlukan masa lagi
tetapi..
Kau tidak menyedari maut sedang menanti

Kau bicara tetapi itu tetapi ini
Kau bicaralah 'tetapi' sehingga kau tiada lagi.

Friday, 13 April 2012

✿ Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN ..


✿ Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA ..


✿ Belajarlah TAAT walau BERAT ..


✿ Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI ..


✿ Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN ..


✿ Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA ..

✿ Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI ..


✿ Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH ..


✿ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH ..


✿ Percaya bahawa Allah SWT sentiasa dsisimu ...::ndrk::