Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Friday 23 April 2010

lama x menjengah

salam...agak lama blog ini tidak ku jengah, tidak ku peduli...kerana bz dgn rutin umahtangga sebagai pekerja, ibu, isteri dll...
agak2 dah sebulan lebih aku tinggalkan dunia blog ni...kekangan masa buat aku rasa x cukup untuk buat semua benda.
alhamdulillah, kandunganku dah berusia 6 bulan..ada waktu 3 bulan lagi untuk ia terus membesar dalam rahimku..kadang2 makan pon x kujaga dek kerana sibuk dgn urusan lain sehingga nyawa dlm rahimku diabaikan..kadang2 rasa kecewa, marah , stress juga bisa buat baby ini ku abaikan....kejam sungguh..
namun itulah manusia. dann aku juga manusia yg sedang belajar erti menjadi seorang isteri danibu yang redha kerana untuk mnjadi ibu/isteri yg redha amat sukar dek kerana hati yg selalu rasa x sabar dan bersyukur..
kenapa harus wujud rasa x sabar dan syukur ini hanya Allah yang tahau kerana Dia yang mnciptakan perasaan dan hati kepada manusia.
bezanya orang yang TAHU dan MAMPU untuk sabar dan syukur ini juga berapa purata sahaja peratusannya. Dan aku masih belum mampu untuk bersabar dan rasa syukur setakat ini walaupon puas mencuba yg terbaik.
cuba untuk melakukan yg terbaik, dan menjadi yang terbaik juga kadang2 bisa buat seseorang tu stress. mgkin terdetik di hati kenapa aku harus buat yg terbaik untuk orang lain dan mnjadi yg terbaik jika aku tahu balasan nya x seperti yg aku harapkan / impikan...bukankah harapan harus dididokongi oleh sesuatu yg bisa menggembirakan dan bisa memberi semangat...
mungkin sewaktu menulis inipon hatiku x tenang , keliru dan merasa stress kot..hingga apa yg ditulis dilihat berbaur marah atau rasa x puas hati..
ingin mendidik hati supaya mnjadi lbh baik dan hati2 dlm mnjaga hati sendiri @ orang lain..