Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Saturday 31 July 2010

SETIA MENANTI....

Hari ni 31/07/2010...dan umi masih memboyot..baby aqeef mukhreez ni x mo kuar lagi...masih nk make-up2 kasi hensem lbh sikit...masih nak beraku janji ngn Allah...

SAM stand 4 Syed Aqeef Mukhreez..nama ditukar dr Adeeb jd Aqeef atas sebab2 tertentu.. hehehe..

Hari ni umi , teeha, g Kota Tinggi, tengok Putra n Aqeel..kesian dorang. Abi keje malam ni, ada road block, may b kat Permas la tu...kesian abi..kul 1 @ 2 pagi karang baru balik Kota Tinggi..n esok abi duty 24jm pulak..penat tol!!

Malam ni perut umi rasa x selesa la...Aqeef buat perut umi mngeras aje..rasa nak buang air besar mmg ada, tp bukan nak buang air besar pon...buat penat je umi mncangkung...huhu~~

Umi harap Aqeef Mukhreez kluar bulan Ogos ni...umi dah x sabar nk jumpe Aqeef Mukhreez, umi nak cium n pekuk puas2...abi pon sama...umi doakan semoga Aqeef Mukhreez mampu jadi anak yang akan menguatkan kasih sayang, cinta antara umi n abi. Dapat jadi anak yang sentiasa menghubungkan umi ngan abi walau dalam keadaan apa pun..bukan bmaksud kaka n abang2 mu x bperanan sebegitu, namun umi harap Aqeef Mukhreez mampu menguatkan ikatan jalinan hati umi n abi...jadi anak yg dapat menghubungkan umi n abi di akhirat nnt Insya Allah...

Untuk abang..ayang mintak maaf banyak2, zahir batin, redhakan ayang dunia akhirat, halalkan makan minum ayang n maafkan sekiranya ayang belum mampu bahagiakan abang selama kita bersama ni....ayang harap abang akan lbh matang n btanggungjawab apabila lahirnya Aqeef Mukhreez ni nanti..amin..

PadaMu Ya Allah..Kau ampunkanlah dosa2ku, permudahkanlah kelahiranku, kuatkan lah semangatku, dan terimalah segala doaku tanpa hijabMu...amin~~





dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Wednesday 28 July 2010

ALLAH BAIK KE? KALAU BAIK KENAPA WUJUDKAN NERAKA? SYURGA CUKUPLAAA...



Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'MembangunBersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut/mendadak di tempat perniagaan dan kompleks jual beli-belah, untuk memastikan para pekerja di berkenaan/setempat menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan/aturan yang ditetapkan.

Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda lah...

Setelah surat diberikan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "KALAU TUHAN TU BAIK, KENAPA BUAT NERAKA? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung/jilbab..

Ustaz tu terkedu/terkejut sekejap. “Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.”
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen/rupiah sangat gaji saya sekarang. Lebih baik saya jadi tokey/bandar judi, atau bapa/sabung ayam. Hidup senang, lepas/setelah mati pun tak risau sebab gerenti/dijamin masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga/terheran-heran dengan muka confused.

Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik?

Jadi orang jahat lebih seronok/senang. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma/gratis. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.

Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa/korban rogol disyurga, lepas/setelah itu boleh rogol lagi kalau dia nak/mau. Takde/tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak/mau? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut/gerutu si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Monday 26 July 2010

GUSAR HATIKU LAGI....


Salam..

Ntah kenapa, hati hari ni mmg x senang..susah hati sejak semalam. Semalam x dapat tido lagi...Nak dijadikan cerita, petang tadi di ofis , Najaa keani kaunter meujuk satu kes fasakh padaku..mak kepada klien ini merupakan seorang mak bidan ( mak eton namanya).... Apa lagi, aku minta tolong mak eton 'menjamah' perutku....

Sah!! Kepala babyku still di atas dan kaki di bawah..Hatiku terus x tentu arah. Apa tak nya, ni sudah masuk minggu yang ke 37 ni, baby ku masih juga x pusing2..adakah takdir menetapkan aku untukmelahirkan baby ini secara
czer@pembedahan....wwawawwawawwawawaa...

Jika diberi pilihan, aku tidak mahu di'czer' kerana memikirkan sakit selepas pmbedahan, baby yg bakal dijaga, teeha yg perlu bsekolah, umah yg perlu dikemas, makan minum ku dlm pantang...semua aku fikirkan..

Pada Tj aku luahkan kerisauanku.." Tuan, risaula....." . TJ marah la...dan x benarkan aku fikir sgt mngenai hal ini....kata TJ doa bnyak2, baca Surah Maryam , ayat mula dr 22-25, dan kmudian ayat dr Surah An-Nahl..ayat78.. thanks to TJ....segarang2 selazer2 TJ pon masih bisa mntenteramkan aku seketika... tq Boss!!:)

Pada teeha juga aku luahkan kerisauanku. Tenyata anak ini faham keadaanku dan lantas tnpa aku ajar mengangkat tangan kecil putihnya itu dan berdoa.." Ya Allah...bagilah teeha adik pompuan. turunkanlah kepala baby..sian umi teeha.." sayu hati mndengar teeha brdoa untukku..alhamdulillah..teeha bisa mengerti perasaanku...

Sejak maghrib hingga sekarang fikiranku hanya pada perut n baby ni...adakah masa n peluang untukknya mngubah kedudukannya supaya kembali ke jalan yg sepatutnya...pada abang, aku mintak maaf sejak pagi td..minta juga dia mendoakan aku n bayi ini..serta mminta ehsannya membuat solat hajat untukku...kebetulan malam ni malam nisfu syaaban..semoga mlm ini doa dan rintihanku di dengar ALlah..

Surah An-Nahl, ayat 78. Baca 3 kali, tiup kat tangan, sapu kat perut. Bayangkan kepala baby dah berada di bawah. Allah akan kabulkan apa yang kita fikirkan.
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari peut ibumu, dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mmberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.."

Ya Allah...kau dengalah rintihan dan rayuanku ini..aku ingin melahirkan waris buat suamiku, umat Muhammad SAW kekasihmu, serta hambaMu yang baru Ya Allah...maka Kau permudahkanlah kelahirannya, dan Kau kembalikan kedudukan anak ku di tempat / jalan yang sepatutnya Ya Allah...Sesungguhnya Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..maka jgnlah Engkau BIarkan aku sendirian...aminnn~`


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Saturday 24 July 2010

HASBI RABBI ( CUKUPLAH MEMADAILAH ALLAH BAGIKU)









Salam ahad buat semua kengkawan..
Alhamdulillah..marilah sama2 kita panjatkan kesyukuran pada Allah kerna memberi kita seklai lagi peluang untuk bernafas hari ini dan bersyukur juga di atas sebesar2 nikmat iaitu nikmat ISLAM dan IMAN...Subhanallah..

Hari ni aku bangun awal sikit..ntah, semalam kul 3 pg baru tido..agak lena jugak hingga aku terdengar suara memanggilku dari luar rumah.." DOTY...DOTY.." aku tahu sangat suara tu...milik suamiku yang baru balik dari Family Day @ Pengerang Kota Tinggi. Aik, awalnye dia balik..aku ingat malam baru dia sampai...anyhow alhamdulillah Tuhan kerana mengembalikannya dalam keadaan selamat.

Letak je semua beg dia, abang pon tidur sebelah manja...n then slps selesai qada' hajat, aku mnyusul sebelah abang. abang terus tidur, siap bdengkur lagi..Kesian suami aku ni...penat. Aku sempat bacakan Surah An-Nashr dan ku tiupkan di ubun2nya..dgn harapan semoga hatinya sentiasa lembut dan sayang padaku..itu lah antara amalan yang tidak pernah aku tinggalkan sejak ku dapat petua itu semasa bgelar mahasiswa 9 tahun yang lalu.

Mata tetap x boley nk pejam. Ah...baik aku bangun lah. BUat apa yang patut. Then bermulalah tugas sebagai surirumah tepat jam 9 pagi tadi. aku kutip kain2 baju yang perlu dibasuh, lap apa yang patut, mop lantai yang aku rasakan agak bminyak di dapur sempitku, memberus dan membasuh toilet yang walaupun semalam baruku sental, bbukan apa...nak mudahkan bersalin sebab sambil mncangkung aku mmberus lantai toiletku itu..

Pergh...memang penat. Cepat2 aku baca Subhanallah Walhamdulillah Wa la ilaha illalah Wallahu Akbar...ku gagahkan jua diri dengan kudrat yang ada dengan harapan rumah bersih, abang x sakit mata dan anak2 dapat senang lenang.

Dalam pada itu, Fateehah bangun diikuti dgn adik2nya yang lain. Cepat2 dorang buka baju dan meluru ke toilet untuk mandi tanpa perlu ku jerit...hahhahah..tau pun takut!! Cuma budak2 ni perlu dipantau dalam toilet tu, bukan apa..habis dah sebotol shampoo aku dituangnya ke lantai.....

Pendek kata...Ahad minggu ini mmg mmbuat aku sibuk dgn tugas2 yang patut aku buta..bukan bermakna Ahad yang lain aku bersenang lenang, namun Ahad kali ini aku rasa puas kerana semuanya ku sentuh....alhamdullillah....semoga Allah menilai kerja2 ku hari ini sebagai sedekahku kepada keluarga..

Ok itu saja yang aku nk kongsikan dengan kawan2 semua buat kali ini....sehingga kita ketemu di lain lembaran..
salam...........


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Selawat syifa'


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

AlhamduliLlah...selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. aku dapat lagi menjalani kehidupan pada hari ini, dengan nikmat2 yang tidak terkira dan tidak terhingga. diatas nikmat kesihatan pada hari ini....

Selawat syifa adalah salah sebuah selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan, dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan menyembuhkan penyakit.

Walaupun pernah dikatakan selawat ini akan mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. menurut Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'words by words'. apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang, penyembuhnya adalah ALLAH....
Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang. dan insyaAllah selawat syifa' juga bole dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.... yakinlah pada Allah...Dia yang Memberi..maka Dia juga yang pasti mengambilnya semula....


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Thursday 22 July 2010

Peringatan Buat Wanita

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
--------------------------------------------------------------------------------


1. Pertama urusan yang ditanyan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah .ha. dan Maimunah .ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib .a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari .ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku. Aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
pergi. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.


23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
pergi. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
pergi. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
dan. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Nota dari penyusun :
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumah tangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allahlah akan datang. Rumah tangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat di tempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Di samping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah SWT Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa lah hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan contohnya masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dan sebagainya.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat seperti menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumah tangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah SWT akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat Islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah. Waallahu'alam.

"Andainya dikau jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu.."

dugaan lagi..

Hari ini aku x g ofis..sejak malam semalam aku tkena berak2..kikiki..sampai kul 4 pg pon masih jugak tkucil2..penat campur ngntuk sebab x tido...
sedar2 dah kul 8 lbh pagi n subuh pun telepas...bukan aku sengaja pun...tp bangun2 je sebab nk iron uniform suamiku yg harus tetap bkerja demi sesuap nasi....aku gagahkan jua..walaupun pening2 n sakit perut..
then aku n anak2 sambung tido lagi smbil rehat2 kan kaki n perut...anak2 aku hidangkan ngn Cd2 yg agak bpekdah untuk mereka...smabil baring2 kat tilam anak2 aku dijamu ngn cerita barbie, lu pk la sendiri n apa lagi pun aku x tau..seb baek ada teeha yg sanggup melayan adik2 dia...tq teeha~
abang balik dalam kul 5 lbh gitu..malangnya abang bawak khabar x best...adusss...x sanggup nk dengar....." Ayang...lif rosak la...ada orang kopakkan...sian ayang..mcam mana ayg nk turun nnt nk g keje..yg pntingn watnye nk tberanak macam mana/ nk g amek MC pon abang sian mikirkan ayang....."
alamak.......mmg mnyedihkan betul. bab nk turun tu ok la jugak...tp nk mndaki naik sampai tingkat 9 nnt macam mana? adik dgn kaki n jari kecil n langkah masih kecil tu pon mst penat nk mndaki jugak nnt...
tp aku mmg perlu kepada MC untuk cover arini....cuti aku dah burst...ada la lagi 9 ari..tp dah x leh amek sbb nk nunggu bulan 12 nnnt cuti x de da...TJ x bagi amek cuti lagi..so i have to get de MC..huhuhu..sob..sob..sob..macam mana:?
knp la ada org yg sanggup nk rosakkan lif ni? x de moral langsung..x de tamadun langsung..orang2 macam ni layak idup dlm gua batu je..gerammm...mnyusahkan org lain dgn kpuasan dia..tu satu hal..yg pihak maintenannce pon satu, lif ada dua, tp satu je ok, yg lagi satu khabarnya setahun yg lepas lagi dah rosak n x dibetulkan...ada india mabuk yg bakar suis n plug dia...adusss....kalau aku dapat india ni, mau aku bakar2 jari dia..bia dia rasa..saat2 macam ni mmg perlu kpd lif..tp bayangkan macam mana jiran2 aku kat tingkat 10, 11, 12 n 13 tu nk turun? sedangkan aku kat tgkat 9 ni pon pk 2-3 kali nk turun..dorg lagi la...x kan nk ponteng sekolah..?

Ya Allah...Kau Maha Bkuasa, maka Lakukanlah sesuatu buat hamba2Mu di Pangsapuri Pahlawan A ni....aminnnnn~











dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Monday 19 July 2010

ALASAN MENGAPA CINTA HARUS DIPUPUK DAN DIJAGA

Suatu kali seorang teman bertanya
kepada saya:
“Lady, ada 2 pilihan untukmu.

Menikah dengan orang yang kau
cintai

mencintai orang yang kau nikahi

Mana yang kau pilih?”


Saat itu spontan saya memilih yang
kedua: mencintai orang yang saya nikahi (menikahi saya).

“Kenapa?”

Hhm… , kenapa?

Sebab jodoh adalah hal yang pasti,
meski masih menjadi misteri bagi orang-orang yang belum menemukannya.
Sedangkan mencintai adalah hal yang berbeza. Mencintai seseorang saat
belum ada hak atasnya, bagaikan menggenggam bara. Jika Allah berkenan
menjadikannya pendamping seumur hidup, maka bara itu akan menjelma
menjadi energi untuk meciptakan kebersamaan yang indah. Tetapi, jika
Allah tidak berkenan mempersatukan, bara itu akan membakar, dan bisa
jadi menghanguskan diri sendiri.

Lebih dari itu, pilihan kedua rasanya
lebih aman dari berbagai penyakit hati, yang bisa jadi mengotori niat
suci menikah karena Allah.

Itu jawaban saya saat itu. Tetapi,
beberapa jenak setelah itu, saya termenung, mencoba berfikir lebih
dalam dan menyelami jauh ke dalam lubuk hati. Lalu, saya pun
meneruskan pertanyaan itu kepda kawan saya yang lain.


Dan dia menjawabnya sama dengan jawapan yang saya berikan tadi.
Tetapi, saya ragu atas jawapan itu.......benarkah begitu?

Pilihan pertama, menikah dengan orang
yang saya cintai, boleh mengalirkan energi dan semangat untuk meraih
sesuatu yang menjadi dambaan hati. Dan tentu adalah hal yang sangat
menyenangkan bisa berdampingan dengan orang yang dicintai, tidak ragu
mengumumkannya kepada public, tidak malu mengekspresikannya, sebab
cinta itu sudah dilegalkan.



Pilihan kedua, mencintai orang yang
saya nikahi, hhmm… pasrah, menerima nasib. Ah tidak, saya
menterjemahkannya menjadi bentuk syukur kepada-Nya. Sebab apa yang
telah Allah pilihkan untuk kita, tentu itulah yang terbaik. Maka,
kenapa tidak memaknai rasa syukur itu dengan mengupayakan cinta,
menumbuhkan dan merawatnya.

Bukankah jika saat ini saya mencintai
seseorang (padahal belum ada hak saya atasnya), itu tidak tumbuh
begitu saja? Ada masa-masa, ada hal-hal, ada peristiwa yang membuat
saya mencintainya. Lalu, kenapa hal-hal itu tidak bisa ditumbuhkan
kepada orang yang sudah Allah pilihkan untuk saya?


Tetapi, sekali lagi, betapa
menyenangkan jika yang pertamalah yang menjadi pilihan, menikah
dengan orang yang saya cintai, sebagaimana Fathimah yang menikah
dengan Ali, sebagaimana Khadijah yang menikah dengan Muhammad.


Tetapi, kalaupun akhirnya Allah memilihkan orang yang lain, maka pilihan kedua pun bukan hal yang
tidak menyenangkan. Tidak ada yang tidak mungkin. Sebab cinta memang
harus diupayakan.


Bagaimana dengan anda? Apakah akan menikah dengan orang yang anda cintai, atau akan mencintai orang yang anda nikahi?












dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

cerita di pagi2 buta..

Memang penat hari ni. Rasa x selesa pon ada...kat opis smalam pon rasa x selesa je..tp sbb keje aku layankan jugak. Nak lepak lam surau lama2 pon wat sakit pinggang je sbb x berlapik tilam...dgn perut yg dah memboyot dan tggu masa nak meletop ni mmg buat aku x selesa.

balkik rumah lagi penat sebab kena wat keje umah. Spaa lagi nak buat kalau bukan kau? Kadang2 aku gunakan khidmat suara aku yg agak nyaring ni dgn memekik Teeha supaya mnolong aku..." teeha.....tolong capai pnyapu, sapu umah..umi nka kemas dapur n nak jmur kain...."
Sampai malam pon keje x abis dan kain yg nk dilipat pon masih bnyak berbaki...

Mesti nak tanya, mana suami akak kan? Biasalah .....suamiku memang bz memanjang....cari duit, cari projek katanya, adal sikit...itulah alasan yg slalu aku dengar...

mmg susah jadi ibu tunggal.walaupun bukan dalam erti kata menjadi 'ibu tunggal' yg sebenarnya, namun keperitan dan kesengsaraan yg ditanggung oleh setiap 'ibu tunggal' yg rela tidak bkahwin dan mmperjuangan nasib dan masa depan anak2 dapat aku rasa sedikit sebanyak.

Namun agak berbaloi kpd ibu tunggal yang real kerana mereka sebenarnya faham hakikat bahawa mereka adalah IBU TUNGGAL dan TIDAK ADA SUAMI.....berbanding dengan mereka yang masih bergelar isteri kpd seorang lelaki namun dapat dilihat lagak, cara, dan masa mereka diurus sendiri seolah2 mereka juga ibu tunggal @ ibu tunggul...

Bila kita nk mmpersoalkan tntg t/jawab yg harus digalas bersama antara suami/isteri mmg mudah untuk kita menyenaraikannya namun agak sukar bg pasangan sekarang untuk melaksana dan menggalas t/jawab tersebut. Biasanya isteri akan lebih terbeban dengan t/jawab2 rumahtangga tersebut di samping terbeban dengan himpitan perasaan sendiri...

Setuju atau tidak manusia sebenarnya memerlukan seseorang yang perlu menyokongnya, tidak kita siapa gelaran si penyokong itu. Isteri, Suami, Ibu , Ayah,Kaka, Abang, Adik, Kawan atau sebagainya. Namun hakikat manusia saling bergantung pada satu sama lain di zaman ini amat benar sekali. Sayang sekali penyokong yang diharapkan seringkali lupa / lalai/ cuai/ peranan amsing2 dan dlm tidak sedar membuatkan org lain rasa terbeban dengan himpitan asakan yang wujud...

kompleks x? ntha...tgah blur pagi2 ni..
mnunggu seseorang yang masih jugak x balik lagi. Alasan kejap lagi balik sudah basi aku dengar dan aku bosan dengan manusia sebegini...x faham / buat2 x faham/ x masuk ajar/ x reti bahasa atau ape?

knapa berbaur marah? kerana pintu tidakku kunci lalu dia mengabaikan keselamatan org2 yg patut dilindungi!!~

Kelebihan dan Keistimewaan Syaaban


MENGENALI BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan Puasa Sunat

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.
(Riwayat Nasaie).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat al-Tirmizi).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).





KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.

Beliau berkata lagi:
Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.

Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.


Wallahualam...

SETIAP KESULITAN ADA DISERTAI DGN KESENANGAN..YAKINLAH

Daripada Tafsir Jalalain (karangan Imam Jalaluddin Al-Mahalliy dan Imam Jalaluddin As-Suyuthi). Surah yang dibaca ialah Surah Al-Insyirah. Mungkin ada di antara kita yang selalu membacanya dalam solat atau surah ini menjadi antara surah yang dihafal. Di sini saya sertakan maksud ayat-ayat dari surah ini:


1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

2) dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4) dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5) oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6) (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7) kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

8) dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama meneliti surah ini. Pertama sekali saya mulakan dengan asbabul nuzul (sebab turun ayat) surah ini. Ibnu Abbas RA telah menceritakan bahawa ayat ini diturunkan ketika orang-orang musyrik mencela orang-orang muslim kerana kemiskinan mereka. Imam Ibnu Jarir telah mengetengahkan sebuah hadis melalui Al-Hasan yang telah menceritakan bahawa ketika ayat ini diturunkan, iaitu firman-Nya:


Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(ayat ke-6)
Lalu Nabi SAW bersabda:
“Bergembiralah (hai orang-orang mukmin) kelak datang kemudahan bagi kalian, kerana satu kesulitan sekali-kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan”.

Daripada ayat dan tafsir di atas, dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran iaitu:

1) Allah itu Maha Adil, tidak sesekali Dia meletakkan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya, seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:286). Ayat ini disokong dengan ayat keenam Surah Al-Insyirah di mana kesusahan akan disertai kemudahan.

2) Allah mengajar makhluknya bersabar dan yang paling penting percaya dengan janji Allah. Cuba sahabat bayangkan, andai kata kita tidak yakin bahawa kemudahan pasti datang selepas kesusahan pasti kita akan cepat melenting dan bertindak di luar batasan apabila kita diuji dengan ujian yang berat. Maka, dengan adanya janji Allah ini kita mampu membentuk diri menjadi insan yang redha dengan ujian yang menimpa.

3) Ayat ketujuh surah ini mengajar kita untuk bersifat sistematik. Subhanallah, betapa Islam itu agama yang memberi panduan untuk penganutnya bukan hanya perintah untuk melakukan ibadah semata-mata. Ini menunjukkan betapa syumulnya (sempurna) Islam. Ilmu pengurusan yang boleh dipelajari dari ayat ini ialah; kita perlu menyenaraikan kerja kita dan melaksanakannya mengikut keutamaan. Apabila selesai satu kerja, barulah kita melakukan kerja yang seterusnya.

4) Allah menyeru kita bersungguh dalam melakukan amal soleh. Ya, bersungguh-sungguh. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah. Saya mengingatkan diri sendiri juga untuk turut mengubah diri supaya lebih bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Kadangkala memang kita sudah siapkan sesuatu kerja, tapi adakah cukup usaha yang kita curahkan? Betulkah cara kita menyiapkan kerja? Adakah unsur leka dan lalai di dalamnya? Sama-samalah kita renungkan...

5) Akhir sekali ayat ini menyeru agar kita memohon kepada Allah untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan. Satu perkara yang saya terfikir; kaitan antara ayat 7 dan 8. Kaitan antara usaha yang bersungguh-sungguh dengan amalan berdoa. Ini menunjukkan bahawa tiada jalan pintas untuk kejayaan, ia perlu dirintis dengan usaha yang mantap dan akhirnya barulah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya.


Moga perkongsian berkenaan Surah Al-Insyirah dapat menjadi penyuntik semangat kita untuk terus berusaha serta yakin dengan ketentuan Allah tentang janji kesenangan selepas kesusahan. Sama-samalah kita meletakkan keutamaan dalam setiap pekerjaan kita dan akhirnya letaklah pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.


Sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri yang masih dan terus berada dalam proses pembelajaran.


Wallahua’lam..

Saturday 17 July 2010

cita-cita bila dewasa..lawak kanak-kanak:P

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya terhadap diri sendiri kepada pelajar-pelajarnya. Guru tersebut meminta semua pelajar memperkenalkan diri masing-masing dan memberitahu cita-cita mereka apabila besar kelak.
Abu berdiri dan berkata: "Nama saya Abu bin Bakar. Apabila saya besar nanti, saya nak jadi juruterbang cikgu. Saya nak bawa ayah dan ibu saya mengelilingi dunia. "
Bagus Abu, kata guru gtersebut. Baiklah, seterusnya..
Seorang murid perempuan yang duduk di tepi jendela bangun dan seraya berkata: "Nama saya Norita bt Ahmad cikgu. Bila besar nanti, Ita nak jadi surirumahtangga dan ada anak yang comel dan ramai."
Bagus Ita. Menjadi surirumahtangga adalah cita-cita yang bagus. Ok, siapa lagi?
Maka Johan berdiri dan berkata: " Nama saya Johan bin Jiman cikgu. Bila besar nanti, say bercita-ciota utk membantu Ita mencapai cita-citanya .......
Guru tadika tersebut tersenyum sendirian...

Friday 16 July 2010

Doa Melembutkan Hati

1) DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK YG KERAS..
Amalkan baca Ayat dari Surah Taaha : 1-6 dan Surah Al-Hajj:21 di dlm segelas air dan buat air minum utk anak yg agak degil dan keras hatinya...

2) DOA MEMBUAT HATI SUAMI/ISTERI/ANAK2/IBUBAPA/SAUDARA MARA
Amalkan baca Surah Al-Baqarah : 165 dan hembus diubun-ubun / kening org tersebut..

3) AYAT PELEMBUT HATI UNTUK BERJUMPA DGN ORG YG DIHAJATI
Amalkan baca Surah At-Taubah 128-129 semasa berjumpa / bertentang mata dgn orang tersebut.

Saturday 10 July 2010

MENGHITUNG HARI...

KAndunganku dah masuk 35 minggu...Alhamdulillah Syukr pada Allah...denyut nadi anakku ini makin kuat dr hari ke hari mnjadikan aku begitu rapat dengannya. Tidur malam ku juga tidak pernah lena dek kerana ketukan, tendangan , tusukan yang dibuat oleh baby ini. Walaupun sakit, namun aku bahagia....inilah yang dikatakan bahagia...


Alahan gatal di kakiku juga tidak kurang hebatnya....Maha Besar Allah...Dia sahaja yg mengetahui betapa gatalnya , betapa peritnya alahan ini mnyebabkan kakiku amat buruk sekali...akan ku usahakan dengan sesuatu bila sudah habis berpantang nnt....sudah tentu parut2 di kakiku ini akan menjelekkan diriku di hadapan suami...namun aku redha jika ini dugaanMu Ya Rahim...


Hati juga kadang-kadang tidak tenang saat2 akhir begini..kadang-kadang aku terbayangkan jika tiba-tiba perutku memulas untuk bersalin dan abang tiada di sisi..bagaimana Fateehah, Putra n Azky? Walau puas hati n benak mengajar diri agar tawakkal pada Allah..namun jauh di sudut hati, perasaan bimbang tetap ada..


harapanku agar kelahiranku kali ini dimudahkan seperti yang sebelumnya....Semoga berkat kesabaran dugaan2 yanng menimpaku sejak akhir2 ini bisa mnjadikan aku kuat dan redha ketika itu...HArapan yang palin besar ialah..aku ingin suamiku ada bersama ketika saat kelahiran bayi kami nanti..dan inilah hadiahkuy yang ke-4 kepadanya , tanda Cinta dan Kasih aku kepadanya kerana Allah Taala..


Pada suamiku, ampunkan dosa ayang dunia akhirat, dosa yg ayang sengajakan atau tidak, dosa jika tidak mentaati arahan dan permintaan abang, dosa ketika x sengaja memalingkan muka dan memberikan punggung ayang pada abang, dosa jika abang rasa ayang belum cukup menghormati abang, dan juga halalkan makan minum ayang selama ayg bersama abang dan redha kan ayang dunia akhirat.


Sekiranya ayang tewas semasa bersabung nyawa untuk memberi abang satu lagi baby nanti, ayang harap abang akan jaga, didik dan asuh anak2 kita sebaiknya. Insya Allah..ayang akan tunggu abang dan anak2 di Padang Mahsyar kelak..


Peringtan untuk diri sendiri...kuatlah, tabahlah, tawakkallah ...Yakinlah pada Allah bahawa kesabaran yanng kamu amalkan akan bawa kebahagiaan pada kamu...

Friday 9 July 2010

SYED AREEF PUTRA AL-ATTAS


Alahai,,,,

ni lah namanya hati..mmg x sabar. Pagi2 rutin aku mmg nak anak2 amek buku n blajar meanwhile aku wat keje aku la ..biasalah weekend ni lah baru nk pegang capai semua benda..kain yg x lipat, baju y x abis basuh, mop lantai..ermmm....isteri n ibu yg bkerjayalah katakan.

Hari ni Putra x ingat lagi huruf B. PAdahal semalam dah ajar, petan, malam, tiap2 hari nk bg dia ingat huruf B. but still x ingat. Last2 hari ni Putra kena rotan ngn aku. Aku jerit kat telinga dia....BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB..ingat x?

Putra tau nangis je lah. Geram aku. Aku cakap, selagi Putra x ingat, NO SUSU, NO MAKAN,....n aku kurung dia dlm bilik dia..biar dia rasa.

AKu mmg pantang kalau anak2 susah nk alert pasal study ni. Bair dia tahu betapa pntingnyaa ilmu n pelajaran. Kami org x senang, so..ilmu ni je lah yg dapat aku wariskan untuk anak2 nnt..

Nak arapkan hubby 4sure la, dia bz keje, projek sana sini...n harapkan semua bnde kat umah pada aku...n inilah pengorbanan yang aku kena buat.

Makin sakit hati bila pengorbanan di pandang sambil lewa dan tidak dihargai. Bukan bermakna aku x ikhlas n nak harapkan pujian suami atas semua yg aku buat kat umah ni, but @ least some appreciation la..but Alhamdulillah..abang tau apa yg aku buat. Cuma abangn x suke aku tlampau garang ngan anak2. Nak wat macam mana, mmg x leh handle. Kalau x garang dorangn x takut n x buat. Dah la aku je y ngadap dorang kat umah ni...

erm..SYED AREEF PUTRA AL_ATTAS............nasib kamu lah dapat umi macam ni. Dah la garang, tegas n selalu kata NO(in certain situation la). Duduklah Putra dalam bilik tu n try ingat huruf B tu.

YA ALLAH, berilah aku kekuatan, kesabaran dan kelapangan dada n hati dalam mndidik anak2 ku...Jadikanlah mereka anak2 yg cerdik pandai, sempurna akal fikiran , fasih lidah mmbaca Quran, dan akhlak seperti Rasulullah SAW....

10 Sebab Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !



10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita.

patah hati

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA