Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday 29 December 2011

3 idiots...lawak tp penuh pengajaran!


comel kan Aamir Khan...ngeeeeeeee:)


28hb Disember 2011, tepat kul 10.00 mlm, teeha ajak tengok cite Hindustan kt tv3...3 idiots..ntah knp teeha boleh ajak pn umi x tau. tp teeha kata " umi, mcm best je cite nih!"
Xtelly 3 idiots ni mmg dah ade sedia didonlod masa beli VAIO ngn Arep my best buddy dulu..tp x sempat nk tgok...tgok pn separuh jalan je. tp Alhamdulillah....dpt gak tengok akhirnya..

3 idiots ni mmg best ! Cerita ini mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Farhan Qureshi, Raju Rastogi, dan Rancchoddas “Rancho” Shyamaldas Chanchad yang sama-sama belajar jurusan ‘engineering’ di Imperial College of Engineering (ICE). Farhan meminati bidang fotografi tetapi dipaksa oleh ayahnya untuk menjadi engineer. Dia dilahirkan pada 5.15 a.m dan pada 5.16 a.m ayah dia sudah berharap agar dia menjadi engineer!

Raju pula sememangnya meminat bidang engineering tetapi di dalam benak fikirannya sangat takut jika gagal di dalam peperiksaan, takut tak dapat kerja. Itulah yang menghantui dirinya.

Rancho pula seorang yang cool & steady (biasalah hero). Beliau belajar bagi pihak orang lain untuk mendapatkan segulung ijazah di dalam engineering. Rancho lah yang banyak mengetengahkan idealogi baru supaya kita belajar bukan semata-mata berjaya di dalam peperiksaan dan mendapatkan segulung ijazah.

Kalau ikut kata abah n mak2 kita dulu2...kalau nk bjaya dalam idop kena ade segulung sijil a.k.a ijazah ...Pendapat dan idealogi mereka itu betul tetapi masih kurang tepat.

Idealogi itulah yang ditanam kepada anak-anak mereka yang bakal mewarisi negara ini suatu hari kelak. Mereka menanam di dalam fikiran anak mereka bahawa tanpa segulung ijazah mereka tidak boleh kahwin dengan perempuan cantik, tidak boleh memiliki rumah besar, tidak boleh memiliki kereta besar dan pelbagai simbol kejayaan yang lain. (Itu bukan kejayaan yang sebenarnya pun!)

Pendek kata, orang yang tidak mempunyai ijazah adalah orang yang gagal dan gelap masa depannya.

Idealogi itu sebenarnya telah menakutkan jiwa anak mereka. Walau pada luarannya anak mereka nampak brutal, tetapi di dalam sangat takut hendak menghadapi dunia mendatang. Dalam benak fikiran anak mereka, mesti jadi doktor, engineer atau pekerjaan yang sedarjat dengannya. Kalau tidak, gelap masa depan.

Itu telah di’programming’ di dalam minda majoriti anak muda kita sekarang.

So..back to pengajaran yang umi dpt cedok n gali dr movie ni:

1) Love everybody hate nobody.
Berbuat baik kepada semua orang, no matter who she/he is. InsyaAllah, berbuat baik akan di balas baik. Niat yang baik dan hati yang ikhlas juga hanya dapat dirasai oleh hati mereka yang ikhlas dan suci juga. Oleh itu, jangan teragak-agak atau berkira-kira untuk berbuat kebaikan. Mungkin bukan sekarang kita menikmati 'pulangannya' tapi insyaAllah, bukankah Allah itu Maha Adil? Suatu hari nanti, ia akan menjadi pasti. Hati yang ikhlas pasti mengenali hati yang ikhlas seperti jauhari mengenal manikam.


2) Appereciate what u have today.
Manfaatkan sebaik yang mungkin setiap peluang yang ada. Sentiasa melihat apa jua musibah/ujian dengan cara yang positif. "Kena tendang keluar pun takpaa... Pi masuk kelas lain carik ilmu kat kelas lain pulak". Don't give up. Keep running.

3) Mind set the limits. "Aall iz well.
Semuanya baik-baik belaka. Everything is ok." Aaal iz well~!!
Kita adalah apa yang kita fikir. Bersangka baik adalah baik dan bersangka buruk adalah buruk. Jika kita sentiasa berlapang dada dan berfikiran positif, biar lah taufan sekalipun yang melanda, tidak kira apa jua ujian mendatang, kita tetap jua mampu menghadapinya dengan tenang. Aal iz well. Bila kita telah set dalam minda bahawa semuanya sedang baik-baik belaka, insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka.



 
4) Be what u want to be.
Dengarlah suara hati, ikutlah gerak hati. Jangan lakukan apa pun kerana terpaksa. Biarlah kerana cinta. Pilih jalan hidup molek-molek and once u decided, then go for it. No belok-belok. ^_^

5) Dont give up. No matter what, life must goes on.
Lari dari masalah (ie suicide) bukanlah suatu penyelesaian yang terbaik. Sebelum buat keputusan yang 'ntah apa2', ingatlah wajah mereka yang kita sayangi, adakah mereka gembira, bertambah gembira dengan apa yang telah kita lakukan? Fight, kalaupun bukan untuk diri kita sendiri, tapi at least, untuk mereka yang kita sayangi.

6) Don't forget to smile and enjoy your life.
Tak kira apa jua masalah atau ujian yang melanda, senyumlah... Have fun. Senyuman kita mungkin dapat membahagiakan orang lain. Happy for others.

7) Jodoh dan ajal maut di tangan Tuhan.
Semua yang berlaku hanya dengan izin Allah.

8) Jangan meminta-minta daripada selain Allah.
Aplikasikan konsep tawakal yang betul. Doa, usaha, iltizam dan tawakal. Jangan mendua tigakan Allah. He always there for us.

9) Friendship and love that money cannot buy.

10) You want to know more?


Jom~!! Apa tunggu lagi, sila tengok sendiri filem tersebut, ambil mana yang baik, buang mana yang buruk, to be a better Muslim, with our own way, insyaAllah..

" Give me some sunshine, give me some rain, give me another chance, i wanna grow up once again"



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Chicken pox...cacar air...sakit ye?



Assalamualaikum wbh buat semua....

Wah...ade la dlm sebulan jgk x ku jenguk blog ni..x update or even jenguk pn...mmg bz. bukan buat2 bz, tp mmg betul2 punya bz...
Boleh dikatakan bulan Disember kali ni agak kurang memuaskan untuk sy maupon suami n anak2...
Mula2 abi, demam..umi soh g 'kenek', abi kata x pe la..makan ubat biasa je...tp umi tkojut beruks bila abi bangun satu pg tu n badan dia pnuh tanda2 merah. merah mcm denggi, tp dlm dia ade air...cuak tol kami time tu..
Tanpa tunggu lg umi cepat2 heret abi , tmasuk teeha n mukhreez ( putra n azky g umah babah n abib dorang)...sampai je kat kaunter saringan, MA tu kata ,ni bukan denggi n x perlu admitted to ward. Ni chicken pox...
Perghhhhh..lega sebab bukan denggi. Tp pening balik jam2 tu jgk sbb x pnh kena n face bende tu...dlm kepala umi, mesti lepas ni mukhreez n teeha pn kena...
Cepat otak umi pk untuk larikan teeha n mintx tolong anty Betty dia turun JB utk bwk teeha balik KL mmandangkan  tgh coti2 ni n teeha pn mmg nk g sana....tp nk tggu anty Betty dtg, teeha sempat la tdo semalaman kat umah..
So..malam pertama abi tdo ngn kawan2 baru yg tumbuh melata kat badan dia tu...buat umi x lena langsung nk tdo.Apa x nye, abi x leh tdo n ngadu x tahan gatal n sakit2 badan...n @ last umi suggest abi tdo kat simen tp alas ngn kain batik umi..bwah kipas, n on air-cond...sian suamiku~ boleh la abi lelap jgk..
Esok arinya umi g carikan abi antibiotik kat Farmasi n umi g kuil India kat dpn Kotaraya JB tu, umi tanya mana nk dpt daun semambu...n guard kt situ kata nnt lps maghrib ade org anta utk dijual..so..dpt laumi tggu  n beli...
Nk cite bab pemakanan, umi hanya bg abi makan stim2 je. Rebus2. No goreng2. So..kebanyakkan lauk abi is singgang ikan selar, sup sayur, ikan selar bakar ..tu je..abi kata da mcm lauk umi bsalin dulu da..hahahha~
Tiap pagi umi akan pastikan badan abi dilap dengan air rebusan daun semambu tu n umi akan sapu losyen calamine~ pas tu baru bagi abi makan n bg ubat soh abi tdo..tu je cara nk bg abi lupa pd 'effect' kawan barunya tu ie: gatal!
Masa abi bnyk terisi dgn tgok tv. kalau x,abi tdo!
Lps 2 minggu dpt Mc...umi dkejutkan yg teeha pn tgh struggle ngn serangan chicken pox ni kat KL...ksian dia. sakit tanpa umi jaga~ n ksian to anty Betty n de gang sbb teeha bwak virus g sana...n kat JB plk, mukhreez plk yg mnyusul abi...so., dlm sebulan ni, umi kena jaga 2 pesakit chicken pox ni n mmg buat umi x cukup tdo....seb baik dlm masa yg sama....w/pon umi diuji dgn sesuatu yg umi dah jangka kan x lama dulu, Allah jugak mudahkan urusan umi dengan 'hadir'kan bibik kpd kami...So..alhamdulillah...skrg umi da ade bibik yg tolong umi wat keje2 umah n tgokkan anak time umi g keje...so..da boleh save bnyk kos  kat situ la...
Apa jugak yg dtg sepanjang Disember kali ni, umi anggap ujian untuk umi LEBIH KUAT n MATANG! moga Allah selitakn kmudahan dsebalik kesulitan yg menimpa umi n family..amin~



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan