comel kan Aamir Khan...ngeeeeeeee:) |
Xtelly 3 idiots ni mmg dah ade sedia didonlod masa beli VAIO ngn Arep my best buddy dulu..tp x sempat nk tgok...tgok pn separuh jalan je. tp Alhamdulillah....dpt gak tengok akhirnya..
3 idiots ni mmg best ! Cerita ini mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Farhan Qureshi, Raju Rastogi, dan Rancchoddas “Rancho” Shyamaldas Chanchad yang sama-sama belajar jurusan ‘engineering’ di Imperial College of Engineering (ICE). Farhan meminati bidang fotografi tetapi dipaksa oleh ayahnya untuk menjadi engineer. Dia dilahirkan pada 5.15 a.m dan pada 5.16 a.m ayah dia sudah berharap agar dia menjadi engineer!
Raju pula sememangnya meminat bidang engineering tetapi di dalam benak fikirannya sangat takut jika gagal di dalam peperiksaan, takut tak dapat kerja. Itulah yang menghantui dirinya.
Rancho pula seorang yang cool & steady (biasalah hero). Beliau belajar bagi pihak orang lain untuk mendapatkan segulung ijazah di dalam engineering. Rancho lah yang banyak mengetengahkan idealogi baru supaya kita belajar bukan semata-mata berjaya di dalam peperiksaan dan mendapatkan segulung ijazah.
Kalau ikut kata abah n mak2 kita dulu2...kalau nk bjaya dalam idop kena ade segulung sijil a.k.a ijazah ...Pendapat dan idealogi mereka itu betul tetapi masih kurang tepat.
Idealogi itulah yang ditanam kepada anak-anak mereka yang bakal mewarisi negara ini suatu hari kelak. Mereka menanam di dalam fikiran anak mereka bahawa tanpa segulung ijazah mereka tidak boleh kahwin dengan perempuan cantik, tidak boleh memiliki rumah besar, tidak boleh memiliki kereta besar dan pelbagai simbol kejayaan yang lain. (Itu bukan kejayaan yang sebenarnya pun!)
Pendek kata, orang yang tidak mempunyai ijazah adalah orang yang gagal dan gelap masa depannya.
Idealogi itu sebenarnya telah menakutkan jiwa anak mereka. Walau pada luarannya anak mereka nampak brutal, tetapi di dalam sangat takut hendak menghadapi dunia mendatang. Dalam benak fikiran anak mereka, mesti jadi doktor, engineer atau pekerjaan yang sedarjat dengannya. Kalau tidak, gelap masa depan.
Itu telah di’programming’ di dalam minda majoriti anak muda kita sekarang.
So..back to pengajaran yang umi dpt cedok n gali dr movie ni:
1) Love everybody hate nobody.
Berbuat baik kepada semua orang, no matter who she/he is. InsyaAllah, berbuat baik akan di balas baik. Niat yang baik dan hati yang ikhlas juga hanya dapat dirasai oleh hati mereka yang ikhlas dan suci juga. Oleh itu, jangan teragak-agak atau berkira-kira untuk berbuat kebaikan. Mungkin bukan sekarang kita menikmati 'pulangannya' tapi insyaAllah, bukankah Allah itu Maha Adil? Suatu hari nanti, ia akan menjadi pasti. Hati yang ikhlas pasti mengenali hati yang ikhlas seperti jauhari mengenal manikam.
2) Appereciate what u have today.
Manfaatkan sebaik yang mungkin setiap peluang yang ada. Sentiasa melihat apa jua musibah/ujian dengan cara yang positif. "Kena tendang keluar pun takpaa... Pi masuk kelas lain carik ilmu kat kelas lain pulak". Don't give up. Keep running.
3) Mind set the limits. "Aall iz well.
Semuanya baik-baik belaka. Everything is ok." Aaal iz well~!!
Kita adalah apa yang kita fikir. Bersangka baik adalah baik dan bersangka buruk adalah buruk. Jika kita sentiasa berlapang dada dan berfikiran positif, biar lah taufan sekalipun yang melanda, tidak kira apa jua ujian mendatang, kita tetap jua mampu menghadapinya dengan tenang. Aal iz well. Bila kita telah set dalam minda bahawa semuanya sedang baik-baik belaka, insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka.
4) Be what u want to be.
Dengarlah suara hati, ikutlah gerak hati. Jangan lakukan apa pun kerana terpaksa. Biarlah kerana cinta. Pilih jalan hidup molek-molek and once u decided, then go for it. No belok-belok. ^_^
5) Dont give up. No matter what, life must goes on.
Lari dari masalah (ie suicide) bukanlah suatu penyelesaian yang terbaik. Sebelum buat keputusan yang 'ntah apa2', ingatlah wajah mereka yang kita sayangi, adakah mereka gembira, bertambah gembira dengan apa yang telah kita lakukan? Fight, kalaupun bukan untuk diri kita sendiri, tapi at least, untuk mereka yang kita sayangi.
6) Don't forget to smile and enjoy your life.
Tak kira apa jua masalah atau ujian yang melanda, senyumlah... Have fun. Senyuman kita mungkin dapat membahagiakan orang lain. Happy for others.
7) Jodoh dan ajal maut di tangan Tuhan.
Semua yang berlaku hanya dengan izin Allah.
8) Jangan meminta-minta daripada selain Allah.
Aplikasikan konsep tawakal yang betul. Doa, usaha, iltizam dan tawakal. Jangan mendua tigakan Allah. He always there for us.
9) Friendship and love that money cannot buy.
10) You want to know more?
Jom~!! Apa tunggu lagi, sila tengok sendiri filem tersebut, ambil mana yang baik, buang mana yang buruk, to be a better Muslim, with our own way, insyaAllah..
" Give me some sunshine, give me some rain, give me another chance, i wanna grow up once again"
dilullabykan oleh noordotyrasulkhan
No comments:
Post a Comment