Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday 23 August 2011

Yok doakan dia! RARA ZIKRY....

Ermm..my 2nd entry da ni. Boring waktu2 ngantuk mcm ni, dan memaksa mata n otak utk bfikir tentang hidup. Fikir benda2 yg x berfaedah atau x patut nanti dapat dosa je. So...tangan kasar aku ni pon mulala google sal RARA ZIkry...mula2 jumpe kisah dia ni kat Blog Gadis Melayu C Rina Salleh....mmg x tau kalau x bac ablog Rina. so...credit to Rina Salleh yg membuatkan aku terfikir untuk mnulis dan bdoa untuk Rara Zikry...

Rara Zikry ni atau nama sebenar dia ZARITH NADHIRA BT MOHAMAD ZIKRI , yg lahir pada 4 Oktober 1988 ...mrupakan student lim kok wing , dlm jurusan interior design. Insan chumel ni mmg merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat cantik( mmg cantik sgt ) ...namun siap kita maupon Rara Zikry or even famly Rara untuk menyangkal kuasa dan iradat Allah bilamana Allah uji Rara an juga famly dia dengan penyakit Rara. Rara ni mengidap penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopath ie kecederaan otak yang disebabkan kekurangan oksigen , kesan drpd sesak nafas atau asthma...poor her:(

Sedih bila baca kisah Rara ni...aku boleh bayangkan perasaan makbapak Rara yg mesti susah hati dan sedih tengok anak mereka yg selamani ceria, happy go lucky girl, jd terlantar je kat katil n sakit. Aku jugak ada anak, x sanggup kot kalau tgok anak sakit n derita mcm tu. Kalau ade kudrat n kuasa nak aje aku alihkan segala penyakit yg anak2 ade pd badan aku. X mampu tgok ksakitan anak2 ni depan mata. Smalam Syed Mukhreez, my youngest boy demam pon aku x tent arah dah. X nk sesuatu yg x patut jd pd baby chumel n chubbya aku tu....:(

Back to Rara ZIkry....nah, aku pastekan kat sini, kisah sblum dia kena sakit tu, saat dia dengan kawan2 dia cycling kat area Mahkamah Shah Alam....

On that date, 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Alaaaa, biasala hujung minggu. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for cycling. Diorang pergi kat area Mahkamah Shah Alam tak salah aku. Ada orang cakap tempat tu keras. Tak tahu lah, orang cakap. Semua tempat kat Shah Alam pon keras, nak nak rumah teres kat Seksyen 2 tu. Melayu buat terok sungguh. Eh, tapi Lanie pon pernah cakap tempat tu keras. Okay, back to our topic. Diorang pon enjoy cycling kat situ. Out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah. Imagine how will you handle the situation? Your BFF yang gelak sama-sama masa pagi tadi, now dah koma and the only thing you can do is stare at the weak body..

Ada sikit lagi cerita yang buat aku bertambah sebak. Masa Lanie pergi melawat Rara kat hospital, Rara masih koma. Masa Lanie nak balik, ada nurse nak tukarkan baju Rara. So Lanie nak geraklah balik rumah. Mungkin tak kena cara atau nurse bodoh bahlol bingai (bak kata Lanie) ni pergi tukar baju dengan kasarnya, Lanie nampak air mata Rara jatuh masa Lanie jalan balik. Lanie pon sedih tapi just jalan balik je lah. Kau nampak tak betapa hibanya situasi tu? Kawan kau yang koma tu keluarkan air mata masa kau berjalan pulang nak tinggalkan dia kat hospital tu, exactly waktu nurse salinkan baju dia. Bertambah kecewa, esoknya kau dapat tahu siku Rara retak! Rupanya! Dah kau nak syak siapa lagi kalau bukan si nurse yang buat kerja macam bebal tu? Siapa tak marah dan sedih?





( ni pic c Rara Zikry yg chumel n cantik mcm yga ku ckp td....cantikkan dia....)





Buat masa sekarang, semua orang mungkin belum tahu atau ada yang baru tahu bahawa family Rara memerlukan sumbangan/dana untuk Rara. Aku tak tahu macam mana nak tolong. Aku pasti kalian pon sama seperti aku. Yang mana ada lebihan duit jangan malu jangan segan. Paling kurang cuba sebarkan pada orang ramai. Blogger sekalian? Twitter Team? Facebookers?

Sumbangan boleh dibuat ke akaun ibu Rara:

Maybank
Account Holder Name: Zarina Binti Amir
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL
*Please contact Zarina Amir (Nadhira’s mother) @ 012-3603509 or email zarinazikry@gmail.com for further infos.

Page facebook yang dikendalikan oleh sepupu Rara ie: Contribution for Rara Zikry's medical expenses.

Untuk Rara n famly dia...aku doakan semoga Rara cepat sembuh seperti sediakala , dan mampu jd hamba Allah yg lebih baik. Untuk ibubapa Rara maupon famly dia...sabar n redhalah atas ujian Allah ini. Sesungguhnya kamu adalah insan2 yg tpilih istimewa di sisi Allah kerana Allah sayangkan kamu, ingatkan kamu...Sandarkan segala kesedihan dan pengharapan pd Allah krn DIA lbh tahu , lebih faham dan Maha Mengasihani.

Bila kita sakit,kita akan selalu ingat Allah. Jadi Allah nak kita selalu ingat Allah, sebab tu dia kasi kita sakit. Ternyata bukan ubat atau doktor yang menyembuhkan penyakit kita. Ustaz berpesan, jangan sampai hilang keimanan bila kita sakit. Kata-kata hikmah inilah yang mendorong saya agar kembali langsung pada Allah bila saya sakit...

Semalam masa dodoikan mukhreez tdo....aku juz bacakan selawat syifa' je kat ubun2 dia...gosok2 badan dia , then dia diam je. Sebelum tu, dia merengek sikit. Biasanya dia nk pandai sesuatu kalau demam / beralih bulan ni....sian anak umi..

For those yg baca entry kali ni, jom kita sama2 doakan rara zikry supaya dia kembali sihat sepenuhnya. Sedekahkan roh dia Al-Fatihah dengan harapan supaya rohnya tenang dan tabah di dalam jasadnya. Walaupon aku x pnh bertentang mata dengan Rara, maupon tahu pasal dia...tp atas dasar sifat ibu yg aku ade ni...bila baca pasal dia, aku jd insaf n sedih. Semoga Allah tenangkan hati2 kami..amin!

out n salaaaaaaaaaam~




dilullabykan oleh noordotyrasulkhan


DEDICATED TO MY ONE N ONLY PRINCESS ( 4 de time being la) Sharifah fateehah Sofea Allatas a.k.a SCHA ALATTAS~

I'm dedicating this entry o u teeha..as u grow older, u'll know the importance of my sayings!

I am writing this to you because some words are better said early. I am your umi, and if I don't tell you these, no one else will. Remember the following as you go through life......

1. Do not bear grudge towards those who are not good to you. No one has the responsibility of treating you well, except your mother and I. To those who are good to you, you have to treasure it and be thankful, and ALSO you have to be cautious, because, everyone has a motive for every move. When a person is good to you, it does not mean he really likes you. You have to be careful, don't hastily regard him as a real friend.


2. No one is indispensable and nothing in the world is important enough that you must possess. Once you understand this idea, it would be easier for you to go through life when people around you don't want you anymore, or when you lose what/who you love most.


3. Life is short. When you waste your life today, tomorrow you would find that life is leaving you. The earlier you treasure your life, the better you enjoy life.


4. Love is but a transient feeling, and this feeling would fade with time and with one's mood. If your so called loved one leaves you, be patient, time will wash away your aches and sadness. Don't over exaggerate the beauty and sweetness of love, and don't over exaggerate the sadness of falling out of love.


5. A lot of successful people did not receive a good education, that does not mean that you can be successful by not studying hard! Whatever knowledge you gain is your weapon in life. One can go from rags to riches, but one has to start from some rags!


6. Check your temper always. Better still, leave you anger (which most probably are unwarranted anyway) at home. Nobody likes foul-tempered person. You don't like those person and don't ever be one. If you meet someone who is one, be the classy one - be gracious and stay calm!


7. You honour your words, but don't expect others to do so. You can be good to people, but don't expect people to be good to you. If you don't understand this, you would end up with unnecessary troubles.


8. If you want to be successful, you have to work hard and smart and pray a lot! There is no free lunch!


9. No matter how much time I have with you, let's treasure the time we have together.


Love,
UMIK

p.s: Now girl, go find yourselves kind hearted, Allah fearing princes to be your soul mate.

(As much as I wanted to claim that I wrote this letter myself but the truth is that this is actually an edited version of a letter from a renown Hong Kong TV broadcaster cum Child Psychologist to his son. It came into my inbox and of course I've edited and added some points .. you know to correspond with my relationships with my daughter... but the words are actually applicable to all of us, young or old, children or parents.!)



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Tuesday 16 August 2011

Perasaan Buruk Sangka (Su'u zan) Dengan Allah.


Wednesday...17 Ramadhan bsamaan 17 Ogos...skejap je masa blalu kan..banyak lagi bende yang x terbuat..yg dirancang x terlaksana..fikiran kadang tenang kadang kusut, kusut memikirkan masalah orang yang selalu bsangka buruk sesama manusia, apatah lagi bsangka buruk dengan Allah.

BURUK SANGKA...perkataannya saja dah mggambarkan buruknya sikap org yang ada perasan gini. Namun kenapa manusia masih jugak nk kelihatan buruk? atau dalam hati x pernah ikhlas dan suci? Pada aku, buruk sangka ni bsangkut paut dengan hati, dengan fikiran sbb hati n otak yang control sume tu kan?


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang jahiliah."
(Surah Ali-Imran ayat 154)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (kecurigaan), kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa."
(Surah al-Hujurat ayat 12)

Apa itu buruk sangka? Dalam bahasa yang mudah di fahami, buruk sangka membawa erti 'negative thinking'.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : " Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran."
(Surah Yunus ayat 36)

Biasanya sangka buruk lahir daripada bukti yang tidak kukuh. Belum lagi disiasat dan mengetahui lebih lanjut, pelbagai spekulasi telah terbit.

Punca Buruk Sangka Kepada Allah :
1. Tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.

2. Tidak dapat menerima hakikat bahawa lumrah hidup manusia yang sentiasa diuji.

3. Ragu-ragu sama ada ibadahnya akan diterima Allah atau tidak.

Leburkan Buruk Sangka :
1. Berusaha menambah ilmu.

2. Jangan sekali-kali berprasangka buruk tanpa asas.

3. Pandang sisi baik dan lupakan sisi jahat.

4. Sekiranya tiada sisi baik pada seseorang, maka jangan tergesa-gesa membuat sebarang andaian negatif.

5. Mintalah perlindungan Allah daripada bisikan syaitan.

6. Sembunyi keburukan Muslim.

7. Mohon kepada Allah diberikan sangkaan yang baik.

Do'a Sa'id bin Jabir, "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dan sebaik-baik sangkaan dengan-Mu."

(Sumber diambil dari Majalah Solusi isu no. 17)



So...jom sama2 kita buang sifat buruk sangka sesama kita ni, kerana ia juga membawa erti kita sentiasa bsangka buruk dengan Allah. Alangkah sombongnya kita bila bsikap sebegini, kerana bukankah Allah itu Pencipta kita? Allah jua lah penakluk Hati2 manusia, dan seluruh milik kita ini adalah HAK MILIK ALLAH JUA? Mesti org2 yg slalu bburuk sangka tu x fikir mcm ni kn? Berubah lah....mana yang bsangka buruk ngn kawan tu...cubalah hisab diri kita...fikirkan dosa kita dengan Allah drpd dok MENYIBUK dengan hal org yang belum tentu sohehnya, malah jgn lah menabur fitnah...yang mana ada suami tu...kurang2kanlah BURUK SANGKA, CURIGA dengan suami sbb suami bukan hak milik kita pon, Suami kan hak milik Allah...Allah bg 'pinjam' je kat kita..so, jgn marah n ANGIN ngn Alah bilamana Allah nk uji kita dengan ssuatu yang kita rasa berat sbb Allah MAHA TAHU!!!

n again....artikel ini bbntuk umum...jika ada yang dapat mengambil pengajaram...alhamdulillah....jika anda masih sakit hati membaca entry ini....maafkan saya! Ternyata hati anda belum suci! Salaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam~













dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Sunday 14 August 2011

UNTUNGNYA JIKA DAPAT BERGELAR ISTERI...


Today is Sunday..so Sunday2 ni..bnyk la keje yang nk kena buat..maklum la, esok da start keje balik kan...anak2 pon kena g skul, so bnyk benda nk kena siapkan...
Tp, bulan2 Ramadhan ni..sementara asyik no memikio kan ape resepi2 hebat utk bbuka n sahur tu....apa kata ikut saya jap..kita kongsi antara kelebihan dan janji2 yg Allah dah bg n sediakan utk kita yg bgelar isteri ni...nak ngn x nak je.sume nk wat pahala kot...sume nk cr redha suami kot...tp ada gak agaknya yang suke cr pasal ngn suami sendiri...kalau tidak, x timbul la macam2 kes yg aku jumpa kat opis tuh!
So....lets begin ~~

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami ( pernah x korang wat gini...ngeeeeeeeeee;)
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang
sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri
berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!


Amacam? best kan? so....jom wat sume bende dgn ikhlas....jgn suke2 ungkit apa yg kita dah buat, kita dah korbankan, kita dah habiskan, kita dah kuarkan....sebab kalau kita keep on mgungkit, maknanya kita x ikhlas. Bila x ikhlas...x dapat la pahala. Yg dapat DOSA sbb da sakitkan ati suami....

Fikir2kanlah eh....=D


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Thursday 11 August 2011

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU!!!

Hurmmm.....mengeluh ke aku ni? Ishh...x baik pulak mengeluh2 ni. Bukan saja nk mengeluh, tp pening memikirkan segala yang blaku sejak akhir2 ni. Macam2 blaku. hahahhaha..nak tergelak pon ade. Tp x pernah rasa menyesal sebab semua ni dari Allah kan? Dah tentu semua yang datang dr DIA adalah yang terbaik rencananya! Tp...PADA YANG ANGGAP MUSIBAH NI MACAM SESUATU YANG MENGANCAM DAN MEREMUKKAN HATINYA.....MMG LA BUKAN SEORANG HAMBA ALLAH YANG BERSYUKUR DAN REDHA PADAnYA!

Secara jelasnya, saya dituduh kot..ke difitnah? lebih kurang gitu la...dituduh/difitnah menjalinkan hubungan dengan Bos saya. hahahahaha....kelakar.
[ Laki aku dah cukup MUDA LAGI ENSEM pon ] jika nk dibandingkan dengan Bos aku tu. W/bagaimanapon, Bos aku a.k.a bos kami ni mmg seorang yang garang, tegas n sangat humble. kira dia boleh terima pendapat org bawahan macam kami w/pon kami x sama level dengan dia. dan setakat ni, bos kami ni lah yang jd SAHABAT BAIK kami kat opis[hanya utk group2 yang x menentang bos aje] . sbb bos ni boleh jadi macam abah n abang pd kami. pada aku , x la macam abah...(tua la sgt) macam abang kot! n jugak utk dorang yang lain.bos yg sgt prihatin dan bagus dlm pentadbiran mahupun ilmunya.

Sejak insiden aku "disergah" oleh pemilik hati bos kami...sejak tu aku, kawan2 lain sume cuak nak baik2 ngn Bos. Masing2 sibuk mengatakan kesian kat Bos yang MARUAH nye dicanang2 orang,dipijak2 orang dan pada aku....sepatutnya...orang yang patut MENDOKONG maruah seoarng suami ialah orang yang paling dekat dgn dia la kan? Ntah la...nama pun manusia. rambut sama hitam...hati, sikap, perangai,tetap x sama. W/pon asal manusia itu dr sumber dan unsur yang sama...apatah lg PENCIPTA yg sama.

Sejak insiden itu juga...aku lebih berhati2 dengan manusia2 yang btopengkan pegangan islam semata2 , namun hakikatnya...mereka lg teruk. BUkan ke Allah dah bfirman...Allah bukan tengok LEVEL/PANGKAT/HARTA/STATUS seseorang hambaNya...tp Allah tengok HATI n AMALAN BAIK mereka. NAh....baik sgt dah? Bukan utk menafikan bahawa aku dan bos aku jugak kawan2 yg lain..kami mcm satu famili kat opis ni. Tp ...x tau la kenapa lately...smenjak sindrom 'wat orang' ni...macam dah bpuak2 plk aku tengok opis ni. Ape la nk jd. Tp...aku x pelik pon, kedatangan aku bukan saja x x disenangi oleh mereka di kala SEKARANG...tp sejak SEBELUM kedatangan aku kat sini. Sama jugak mcm geng aku c MOMIE. Kedatangan dia pun x disukai dan digemari oleh beberapa orang yang "BAIK" sangat tu. Sama jugak mcm aku. Ade ke sbb kami baik dengan bos? @ Kami memang orang harapan Bos? atau kami mmg efficient pon...sbb tu bos x suka serah keje pd orang2 yg x efficient dan purak2 baik di depan, tp di belakang.....naudzubillah....

Banyak jugak komen @ feedback yang member2 opis bg selepas insiden tu....bnyk yg x suke dgn fitnah yg dihamburkan. MMg x logik pon. Dgn aku? cantik sgt ke aku ni? KAYA sgt ke? BAgus sgt ke? Aku kan ada SUAMI...ade 4 anak...nk masuk 5 pon!!! Nak dijadikan cerita lg...(hati tgh bengang nih!) anak dlm kandungan ni pon...disangka anak bos aku! MasyaAllah....ade jugak aku bagitau pd suami aku tntg apa yang org cakap sal baby kali ni...dia kata nk aje dia tumbuk muka org tu....tp aku kata x pe....may b Allah nk uji. Nak bg baby aku ni, sesuatu yg x de pd anak2 mereka yang lain. Mana tau..lahir2 je punya otak yg genius ke..mampu mmberi kesenangan pd umi n abi dia ke..jd jutawan bila dilahirkan ke..who knows kan? n..aku jugak berani, kalau nk DNA baby ni...aku boleh bg. Kita tgok..sapa yang nk dapat malu. x tau ke mereka hukumnya QAZAF? @ x cukup ilmu tentang QAZAF? Ade jugak member2 yang sarankan..."kak...ko saman malu je kak!" hahahahaha...macam2 la dorang nih!! Pd aku...sabar n silent is gold...tu yg tbaik kot. Kita kan ade Allah....wat ap nk bkokok sana-sini...nk tnjuk silap n pekong sendiri? Baik diam...doa banyak2 n PERCAYA SERTA BERSANGKA BAIK dgn ALlah. Moga2 ada jalan kluar untuk kami. Alhamdulillah....sahabat aku tu selalu pesan kat aku n kawan2 lain...(maknanya bukan aku je!) jumaat ni baca Al-Kahfi bnyk2...moga kite thindar dr khianat n fitnah manusia maupon DAJAL!

Aku pon isteri jugak....tau perasaan seoarng isteri..in fact aku rasa, aku lg banyak pengalaman kot sbb slalu handle kes2 family kat opis nih. n alhamdulillah....semua tu dpt jd iktibar utk aku dan MY KANDA. BUkan kami x pernah diuji dengan bende2 mcm ni...aku rasa suami aku lg bnyk peminat, sampai ada yang mandrem dia lg. Tp,....aku sentiasa ingat itu sume keje tuhan...Dia bg...Dia mst amek balik. Sikit pon aku x nk semakkan dlm kpala aku. wat apa nk pk bende bukan2...wat stress...sakit jantung ...muka pon nmpk tua...x gitu? X dinafikan...awal2 kawen dulu.....mmg aku rasa suami tu hak milik aku sorang. x boleh ada yang nk sentuh maupon kacau dia. tp bila dah makin tua ni...bnyk bende da jd....suami aku pon tau 'ajo' aku...aku pon makan ajo kot...alhamdulillah...kami ada 5 anak skrg. x cukup bahagia ke tu? In fact mmg MY Kanda is my everything! X de ganti pon. MMg sejak kecik cite2 n doa aku, aku nk dpt laki yg mcm abah aku...n Allah bg! Alhamdulillah....apa jugak buruk baik dia...lebih kurang dia..aku telan..aku betulkan, kami sama2 betulkan , sebab kami sayang rumahtangga kami. Maklumla..kami org susah! jd...ilmu dan anak2 ni la harta tbesar kami.

Tp...aku x faham bila ada orang yg x bsyukukr dengan apa yang dia ada. x nk cuba membandingkan diri dengan orang yg lbh susah( @ mmg dah senang sejak kecik?)....x nk redha , bsyukur dengan apa yang Allah dah bg. Pelik tol!!! OMG beb!!!

Everyone dreams of a happy family. everyone wants to make a home that is a heaven on earth. there are several factors that makes ppl happy.
* happiness derived fr material factors: ppl always perceive that if they have more money or status, they will be happy.
*happiness derived fr physical factors: some ppl will be happy when they are strong, pretty or healthy.
* happiness derived fr internal factors: this is the source of true happiness. having a strong will, courage and good heart, will ensure happiness though we're faced with all kinds of trials.

sabda rasul (s.a.w), "isteri yg baik, kediaman yg baik dan kenderaan yg baik akan menjadikan manusia damai dalam menjalani kehidupan."
the first two factors refer to the responsibilities of a woman (i.e. wife). wanita yg pandai menjaga kehormatannya serta rumahtangganya dgn baik akan membuat ahli keluarganya merasakan tenang bila berada di dlm rumahnya. ahli keluarganya juga akan dpt merasakan kasih sayang dlm rumahtangga. maka terasa lah rumah itu bagaikan syurga.

untuk mendapatkan rumahku, syurgaku, kita harus menjaga aspek2 berikut:

- ada cinta dlm diri kita, suami dan anak2 serta ada cinta pd Allah. cinta antara ahli keluarga akan menimbulkan rasa percaya antara satu sama lain dan sama2 dpt mengharungi kesenangan n kesusahan hidup. cinta pd Allah akan membuat kita redha dgn apa yg berlaku serta bersyukur dgn apa yg kita ada.

- senyum dan riang selalu. senyuman itu satu sedekah. dgn senyuman juga kita akan merasa lebih tenang dan bahgia. it's hard to be angry when you smile and it's hard to be angry with someone who's smiling. furthermore, it takes less muscles to smile than to frown.
- ada berbincang dan berkomunikasi. berbincanglah tentang semua perkara yg merangkumi hidup rumahtangga. don't miss out on any opportunity to talk to your spouse. (why is it that when a couple is dating/juz married, they will talk while in the car but if they've gone through yrs of marriage, they will hardly talk. instead the wife will look out the window n the husband will look at the road in front.) communication is impt so that both of you will be one voice in the disciplining of the chd (no bad cop, good cop kinda thing coz then the chd will know who to manipulate to suit his need).
- aktif dlm aktiviti bersama keluarga. meluangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga akan mengeratkan silaturrahmi antara ahli keluarga.

- memahami pentingnya persahabatan. dun restrict ur family members fr making friends, hanging out with or contacting their friends. everyone needs friends. try to get to know a little about their friends so that u'll understd them better.

- ada satu wawasan. impian suami n impian isteri harus sama. if not the same, then have to meet half way n work towards the same goal (therefore must discuss with each other).
- aspek kerjasama. takde manusia yg boleh buat semua kerja dgn sendirinya. saling bantu membantu supaya takde yg merungut/ tak senang hati at the end of the day.
- sesuaikan diri kita. takle jadi org yg berat sebelah. jgn ashik menitik beratkan tentang mak ayah kamu tapi tak peduli pd mertua kamu. kena menyesuaikan diri dgn cara suami kita dibesarkan.
- saling berkongsi perasaan. don't lash out on ur family members (esp d kids) when u r in a bad mood. tell them that u r n a bad mood, so tat they'll understd ur behaviour (n most probably won't add to ur problems).
- tahan rasa marah n kurangkan leteran. rasa marah itu kawan pd syaitan. apabila kita marah, syaitan senang utk mencengkam hati kita. bila terasa marah, jika kita sdg berdiri, maka duduklah. jika sdg duduk, maka baringlah. jika masih tidak reda, maka ambil wudhu' n kerjakan solat.

masukkan dlm hati kita perkara2 berikut:
- saya ingin menjadi wanita syurga
- saya ingin menjadi isteri yg solehah (yg membuat suami rasa tenang apabila berada di rumah)
- saya ingin menjadi ibu yg mithali (yg membuat anak senang duduk di rumah)

panjang nye entry kali ni...bengang sangat agaknya ko in doty! x pe...Biarkan mereka yang agak sakit jiwanya itu dengan jiwanya...dengan kata2nya..yang menyakitkan hati sendiri..sabar banyak2 mcm apa yang kawan2 sekeliling anda kata! In fact kawan2 kt opis{ bukan yang ala2 baik2nya ye!) mmg sentiasa dblakang ko. maruah org dicanang...fitnah gitu -gini....bayangkan...berapa bnyk PAHALA yg ko dpt doty!Doa semoga Allah beri petunjuk pd mereka2 yang perlu itu!

Belajarlah mengenali Allah...kalau kita ni, isteri...jaga hubungan kita dengan Allah sebaiknya...InsyaAllah...Allah jaga hubungan kita dengan suami dan anak kite! Trust me!! Aku x tulils kalau x betul!! Aku baca dlm buku yg ditulis oleh Ustaz Pahrol Mat Juoi...Try la cr BUKU " NOTA HATI SEORANG LELAKI" ..den u will know!

Agak2 dapat ke aku maafkan semua fitnah yg org2 tu dah bg kat aku ek? eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiii....belum lagi kot utk stakat masa ni. tanggung la dulu dosa korang yg kata aku ni ngangungkan anak bos aku sendiri....!!Allah ade..Allah balas..sume ade anak kan? Jom jaga n pantau anak masing2 yok! kami dr geng susah ni..mmg anak aku anak ko...tp yg ala-ala senang @ KAYA tu...anak dia x leh ditegur kot! hahahahaha.....nasib la...

Maaf la ye...entry ini bbentuk UMUM! Saya hanya meluahkan apa yg saya rasa n tanggung sahaja. Segala doa yang saya iringkan adalah dr hati saya dan tidak ada kena mengena dengan sessapa. kalau ade yang terasa...( ade ke org bc blog aku nih?) maaf la ye! Adioss!



















dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Monday 8 August 2011

BIARKAN MEREKA..

Ahhhh...Biarkan sahaja mereka!

Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman kerana iman bisa naik, bisa turun....mohonlah pada tuhan agar ditetapkan iman kita!

Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan, kerana keredhaan Allah yang lebih utama daripada redha seorang manusia...
Jika mereka menangis kerana kecewa, biarlah kita menangis mengenang dosa2 semalam dan mohon ampun atas dosa2 tersebut..:(

Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah kita cintakan Tuhan, kerana Cinta Allah, cinta abadi, tiada galang ganti...

Jika mereka dambakan dunia, biarlah kita dambakan akhirat, kerana akhirat itu sesuatu yang psti sedangkan dunia ini fana lagi bakal hancur!

Biarkan sahaja mereka ya!!!
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Wednesday 3 August 2011

Puas berdiam.....AKU INGIN TERBANG DAN BERSEMBUNYI TINGGI


Yang direnung ialah keluasan langit malam, jingga. Diisi oleh awan - awan berselerak indah.

Kalau lah aku punya sayap yang mampu menerbangkan aku, aku akan terbang dan lepak di celah - celah awan. Siang atau malam. Aku tak kisah. Yang penting tinggi.

Tinggi.

Tinggi sehingga aku nampak manusia seperti semut. Bumbung - bumbung rumah seperti bentuk huruf - huruf keyboard komputer.

...supaya aku takkan nampak lagi kekejaman di bumi.

Tak sanggup.

Kadang - kadang kita dah cuba puaskan hati semua orang, tapi percayalah.
Takkan boleh.

Manusia punya hati yang sentiasa berubah kehendak dan mahunya. Mahu saja aku lemparkan semua yang aku rasa pada mereka, mahu saja aku campakkan sisa2 rasa yang mereka selitkan dalam diam pada aku. Mahu saja aku lari, terbang tinggi, sembunyi di mana tempat yang tiada makhluk bisa melihat dan menyakitiku. Maku saja aku sepak, tampar, tempeleng, muka2 yang membuat perasaan jantanku goyah.

Namun, ku kentalkan hati, ku tebalkan muka, ku koyakkan malu dan aku senyum serta ketwa puas2. Dan buat sekian kalinya aku merasakan biarlah mereka dengan hati2 yang busuk itu, kerana satu hari nanti, mereka mesti dan pasti mengharapkan bantuan dan tangan serta idea dari otak kuningku!

Seminggu itu akalnya 7 hari.
Sebulan itu akalnya 30 hari.
Setahun itu akalnya 365 hari.

Dan dalam 365 hari, akan datang hari - hari yang begitu jahat. Kejam. Yang tak mampu kita tentang, tak mampu kita lawan.

Lalu mencabut jiwa - jiwa yang selama ini bebas berligan sesama sendiri. Ini kekejaman yang dahsyat untuk Sang Pencinta yang telah lama menafikan nafsu demi dunia khayalan indah ciptaan bersama Seri Dewi.

Kembali terjelobos dari langit ke tujuh yang penuh dengan kata - kata awangan dan kesetiaan, bergelimpar di tanah bumi.

Lalu Sang Pencinta mengambil papan kayu dan arang, mencatitkan apa yang dilaluinya sebelum naik ke langit dan sepanjang di awangan.

Bermula lah penulisannya.
Dengan jiwa luka.

Ingin aku menangis! Menangis kuat2, puas2....





Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut:

· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.




Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.




Lantas...............La Tahzan noordoty!






dilullabykan oleh noordotyrasulkhan