Yang direnung ialah keluasan langit malam, jingga. Diisi oleh awan - awan berselerak indah.
Kalau lah aku punya sayap yang mampu menerbangkan aku, aku akan terbang dan lepak di celah - celah awan. Siang atau malam. Aku tak kisah. Yang penting tinggi.
Tinggi.
Tinggi sehingga aku nampak manusia seperti semut. Bumbung - bumbung rumah seperti bentuk huruf - huruf keyboard komputer.
...supaya aku takkan nampak lagi kekejaman di bumi.
Tak sanggup.
Kadang - kadang kita dah cuba puaskan hati semua orang, tapi percayalah.
Takkan boleh.
Manusia punya hati yang sentiasa berubah kehendak dan mahunya. Mahu saja aku lemparkan semua yang aku rasa pada mereka, mahu saja aku campakkan sisa2 rasa yang mereka selitkan dalam diam pada aku. Mahu saja aku lari, terbang tinggi, sembunyi di mana tempat yang tiada makhluk bisa melihat dan menyakitiku. Maku saja aku sepak, tampar, tempeleng, muka2 yang membuat perasaan jantanku goyah.
Namun, ku kentalkan hati, ku tebalkan muka, ku koyakkan malu dan aku senyum serta ketwa puas2. Dan buat sekian kalinya aku merasakan biarlah mereka dengan hati2 yang busuk itu, kerana satu hari nanti, mereka mesti dan pasti mengharapkan bantuan dan tangan serta idea dari otak kuningku!
Seminggu itu akalnya 7 hari.
Sebulan itu akalnya 30 hari.
Setahun itu akalnya 365 hari.
Dan dalam 365 hari, akan datang hari - hari yang begitu jahat. Kejam. Yang tak mampu kita tentang, tak mampu kita lawan.
Lalu mencabut jiwa - jiwa yang selama ini bebas berligan sesama sendiri. Ini kekejaman yang dahsyat untuk Sang Pencinta yang telah lama menafikan nafsu demi dunia khayalan indah ciptaan bersama Seri Dewi.
Kembali terjelobos dari langit ke tujuh yang penuh dengan kata - kata awangan dan kesetiaan, bergelimpar di tanah bumi.
Lalu Sang Pencinta mengambil papan kayu dan arang, mencatitkan apa yang dilaluinya sebelum naik ke langit dan sepanjang di awangan.
Bermula lah penulisannya.
Dengan jiwa luka.
Ingin aku menangis! Menangis kuat2, puas2....
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.
"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Lantas...............La Tahzan noordoty!
dilullabykan oleh noordotyrasulkhan
No comments:
Post a Comment