Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday 29 February 2012

LA TAI ASU MIN RAHMATILLAH....kata kawan saya!

Hidup ini bukan hanya ada kanan dan kiri. Sebagaimana ketika kita mahu melintas jalan. Memadai berpaling ke kiri dan ke kanan. Tetapi secara keseluruhannya, kita perlu menerima hakikat bahawa kehidupan ini mempunyai ruang lingkup depan dan belakang. Atas dan bawah. Hatta, luar dan dalam diri kita juga.

Sangat luas. Dari sudut dan posisi mana sekalipun, Allah tetap wujud. Dia berhak untuk menguji dan menduga kita. Tidak kira samada kita sudah bersedia atau pun sebaliknya.

Kadangkala, Dia menguji kita untuk satu tempoh yang panjang. Sehingga kita hampir berputus asa. Sehingga kita berada di kemuncak lemah jiwa. Sehingga kita rasa seperti hilang punca dan sebagainya.

Barangkali, dalam masa yang sama juga, Dia murah menambahkan lagi siri ujian lain. Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga. Belum selesai satu tugasan, disusuli pula tugasan yang lain.
Bertimpa-timpa kecil besar, berat ringan. Silih berganti untuk kita.

Semuanya bergantung kepada kehendak-Nya. Malah, tidak mustahil jika kita dikurniakan ulangan ujian dan dugaan yang sama sahaja.

Ujian yang Dia tahu benar-benar menduga ketabahan kita.

Ujian yang Dia tahu kita tidak sanggup mendepaninya lagi.
Begitulah episod kehidupan dunia. Tugasan
demi tugasan yang tidak boleh tidak kita tolak. Apatah lagi getus mempersoalkan kenapa dan mengapa.

Kita perlu ingat, ini bukan urusan kerja antara pihak majikan dan pekerja. Jika rasa tidak berpuas hati, sebagai pekerja, kita layak bersuara. Itu pun jika kita berani. Dan bukan jenis yang menurut perintah sepanjang masa.

Malah, dengan kuasa akal dan ilmu, kita boleh juga membantah mana-mana yang tidak praktikal, relevan dan rasional dengan bidang kerja kita. Tetapi,
apabila kita sudah menggalas amanah sebagai hamba-Nya, inilah sebenar-benar kerja kita di dunia.

Kerja seorang hamba.

Hamba yang berhubungan dengan Tuhannya (hablun minallah).

Maka, wajar untuk kita sedar diri. Mempersoalkan kembali siapa Tuhan kita dan siapa kita dengan-Nya?

Ya. Siapalah kita untuk berhak mempertikaikannya. Hanya Dia Maha Mengetahui yang mana satu lebih sesuai dengan kita.
Semuanya, sekadar mahu melihat sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan hamba-Nya.

Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan pakej yang lengkap untuk kita. Betapa segala ujian dan dugaan itu didatangkan bersama seribu hikmah. Tinggal lagi, bagaimana kita hendak mencari dan mengambil hikmah tersebut.
Demikian juga bagaimana kita mahu menyesuaikan diri kita dengan setiap situasi ujian dan dugaan tersebut. Tetapi awas! Allah Maha Menilai layanan kita terhadap setiap sesuatu.

Adakah kita mahu untuk ringan beristighfar dan bertenang?

Adakah kita mahu untuk mendidik sabar dan berlapang dada?

Adakah kita mahu berusaha dan bertawakal kepada-Nya?

Dan semestinya, adakah kita mahu bersyukur untuk semakin bergerak mendekati-Nya?
Nah, jalanilah hakikat kehidupan ini dengan paradigma yang positif. Makcik suka mengulang bahawa Allah telah sediakan pakej yang lengkap. Dia bukan sahaja memberi ujian bersertakan hikmah. Tetapi Dia juga sentiasa hadir bersama kita. Membantu dan membimbing kita.
Bersyukurlah selalu. Jika kita mahu menghitung berapa banyak Allah mencabut nikmat kita, nescaya tidak terhitung banyaknya nikmat yang telah Dia berikan. Bahkan, sebahagiannya masih kekal solid dengan kita.
Allah itu Maha Pemurah. Maha Penyayang.

Simbolik kasih sayang-Nya bukan semudah kata-kata. Dia datang kepada hamba-Nya dengan mengucapkan sayang. Tidak. Tetapi manis rahmat Allah, hanya yang bijak sahaja akan merasainya. Islam mengajar kita menjadi cerdik dan bukannya bodoh.

La tai'asu min rauhillah.

La tai'asu min rahmatillah.
Oleh yang demikian, beruntunglah siapa yang selalu diuji. Melainkan kita ini memilih untuk menjadi hamba yang gampang pesimis. Melihat ujian dari Allah sebagai rintangan dan bukannya tantangan.

Wednesday 22 February 2012

Cerita Tentang Sharifah " Donut" :)

Haaaa.....smalam makcik kata makcik wat preparation n 4 de pes time wat donut kan? So..en3 kali ni makcik nk cite sal kesah makcik wat donut bersesama Teeha, Putra n Azky yg xcited nk tau n blajar wat donut!!

Makcik ingat dulu, kata org2 tua..nak ikat suami n anak2 bia kasih syg kt kita ialah melalui kasih syg
dlm masakan kite. Air tgn kite...so...sambil makcik wat donut tu, dlm ati makcik x renti2 ucap n niat agar bila anak n My Kanda makan kueh ni nnt, mereka akan bsatu hati, kasih syg sesama sendiri...amin!

Senang aje, makcik ni mmg x pnh wat donut...
tp makcik teringat resepi yang Noriana , LS41 kat opis ..dia bg pada Sabrina, kawan makcik..
makcik topanng dengo...sambil2 ingat resepi tu..tp mana yg makcik ingat je la...makcik reka2 n memandai sendiri pn ade..hehehehe
so, smalam makcik pn wat la...
nk tau resepi dia mcm mana? nah ni dia...(kalau wat x jd jgn salahkan makcik tau..sbb makcik wat jd!)

  • 1/2 kg Tepung gandum
  • 1/2 paket Ibu roti Brand Mauripan 
  • 4 sudu makan gula Pasir
  • 1/2 sudu kecil garam Halus
  • 1/2 cawan susu tepung ( nk guna susu sego pn ok gak)
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk Penaik / Baking Powder
  • Air secukupnya
Cara penyediaan
  1. Isikan 1/2 cawan air suam dicampur dengan 1 sudu kecil gula pasir dan 1/2 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang.[ JGN GUNA AIR PANAS TAW..NNT MATI LA IBU ROTI TU!]
  2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
  3. Gaul adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
  4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang dan tidak melekat pada tangan u olz..
  5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
  6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
  7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
  8. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
  9. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit. Jgn lama sangat , nnt maasuk angin balik...nk goreng x cantik..
  10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
  11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Api bio kecik je...lau x nnt itam lak..ngeh3...Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan.
  12. Angkat dan toskan serta taburkan gula halus keatas donut.
  13. Boleh jugak hiaskan donut dengan topping coklat mengikut citarasa yang disukai…..
  14. Donut ni sangat sesuai untuk minum petang atau breakfast!

Pg td , lps subuh, makcik pon mula la mggoreng...makcik kejut teeha n putra supaya dorang tgok..Azky makcik kejut x mo bangun.... .last2 da siap dia tau bangun n nk ngap kueh..heheheh
Teeha n Putra xcited n epi sbb dpt tolong makcik gaulkan donut ngn gula...suke dorang..mmg dorg penggemo donut n yg manis2...nama pn bebudak..

Feedback yg makcik dpt dr teeha, .."sedap!!.macam nenek kat kantin convent jual!" [dia nk kata umi ni mcm nenek ke?kuang3...]

Makcik bawak g opis 3/4 biji, bg sifu Norin n Noorul Badariah , kak ina, zila, fairus rasa....sume kata ..sedap n ok la 4 pes timer mcm makcik! kire makcik lulus dgn jayanye la....(yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaaaa)

Cuma makcik lom dengo ape kata pak engku makcik a.k.a My Kanda...ade lagi kt dlm esbox lps makcik goreng sparuh masak...kunun2 makcik wat cam frozen la...ngeh3....nnt ptg karang , makcik balik keje, makcik nk goreng n bg dia rasa!! Bio dia tau effort makcik utk dia n anak2...

Memproses Donut...ngeeeeee..jadi ke x ni ek?

Smalam makcik makan Donut yg dbuat oleh kawan makcik kat opis....
sedap sgt...lembut, n gebu....
( nak2 makan time betul2 lapo, bukan ol-ol nye lapo..)

So...kunun2 makcik plan nk wat sendiri memandangkan anak4 makcik mmg suke bedal n blasah donut stiap kali kami singgah g kedai kuih...
n lps pick up My Kanda kt balai td...makcik ajak g kedai tuk beli apa yg patut..hehehhee..


jap g makcik nk try wat..nk try proses...
kalau jadi, sedap...makcik cite...
kalau makcik x cite...maknenye x jadi, n x sedap..
kata kawan makcik, Sabrina...dia wat jugak ritu...tp x jd...donut dia mggerutu..kahkahkah~
sl...doakan donut makcik mnjadi ye!


mcm sedap......hihihihi..







Tuesday 21 February 2012

Kerana aku ingin tenang Tuhan

Seberapa besar dosaku tak terhitung
Tetapku kais remeh pahala-Mu
Kabur mataku menutup segala pintu
Temanku gelap
Temanku lelap
Butaku yang menekap-nekap

Apa aku ditakdirkan dengan keruh,Tuhan
Jalanku putus-putus di depan
Inginku dicungkil daripada kegelapan
Walau ajal merobek-robek tabir
Walau mati menggores-gores bibir

Tapi sirna tetap kembali menjolok pagi
Mentah-mentah
Berdarah mataku menyerah
Pecah
dan kembali resah

Ya Allah..
Bangkitkan aku..
Dari selalu menahan sendu
Berpendam nanah tak tentu
Penuh keluh dan liku
Kerana aku ingin tenang akur
Dengan takdir-Mu
Tuhanku..

Baik selalu


Kita akan perlahan-lahan sedar;

bila kita pergi lebih jauh
pasti lebih ramai musuh

bila kita terbang tinggi
berduyun yang akan lari

bila kita terlalu baik hati
mereka pijak kita mati

buat baik selalu
jaga nawaitu
tuhan tahu....




Thursday 16 February 2012

cinta itu rasa bahagia, bahagia dtg bila ada cinta..



Hish3..asal pulak la makcik ni sebok ckp hal rasa cinta rasa bahagia plk kali ni nih? Tebiat ke makcik waktu2 begini? Ntah la....makcik seronok bila ingatkan keletah anak4 makcik yg sememangnya menjadi peneman makcik, pembakar semangat makcik, madu makcik, jugak racun makcik..(racun bila mengkema mencabor kesabaran makcik yg mmg garang nih!) hehehehe...

Bahagia tu apa  ek? Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

Bahagia itu relatif? Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.So...apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu "moving target" yang tidak spesifik ertinya.Banyak interprestasi tentang makna bahagia ni...tpulang pd individu yang menafsir dan mengininkannya...
Teringat pesan kawan makcik , dia kata kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran.

Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du 28)

Lagipula Rasul kesayangan kita; Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati."

Cinta pulak? Apa makna cinta ek? ( org Johor mmg suke guna pkataan "ek"..)
Pada makcik, Cinta tu universal..sama jugak ngn rasa bahagia tu td. Cinta ni luas sangat makna dia. n sama la..tpulang pd mereka yang menafsirkannya... Yang pasti rasa cinta itu sama dengan rasa bahagia..pada makcik la..pada yg lain , makcik x pasti...:)

Sebenarnya makcik nk bkongsi rasa dengan kamu semua... Rasa kasih sayang dan rindu kepada suami dan anak-anak... (ngada2 x bperasaan macamni n xpress kat sini? kot la ade yg kata makcik lebih2 pulak ke, makcik ngengada ke..hehehehe..yg pnting ni rasa makcik pd famly makcik..n makcik kongsi je..)
Setiap kali mereka ingin melangkah keluar dari lingkungan pemerhatian makcik, pasti makcik hadiahkan peluk cium yang benar-benar ikhlas beserta kata-kata semangat, pujian atau ucapan 'I luv U'... Makcik lakukan bukan sebagai rutin tetapi makcik lakukan dengan seikhlas hati dan bersama perasaan sayang untuk melepaskan mereka pergi...

Jika kwn2 sume boleh melupakan sejenak persekitaran kite dan hanya fokus kepada ruang antara kite dan orang yang kite sayangi...kite pasti dapat merasakan perasaan yang makcik maksudkan. Melepaskan suami dan anak-anak seperti mereka akan pergi mengembara...mengambil masa yang lama dan menjangkaui jarak perjalanan yang jauh...biarpun tempat kerja atau sekolah mereka hanya sejengkal dari rumah!

Hasilnya...makcik tidak hilang fokus sebagai seorang isteri dan Ummy kepada ahli keluarga makcik. Sentiasa apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan kami bersama... InsayaAllah dengan izinNya, kita tidak mudah terpesong dari tanggungjawab dan sentiasa menilai diri untuk menjadi isteri dan Ummy terbaik... Sentiasa mempersiapkan diri dan mahligai kita untuk menyambut kepulangan mereka nanti...

Suami yang keluar bekerja pula, hatinya riang dan senang kerana tahu mereka disayangi dan sentiasa ingat tanggungjawab mereka yang besar terhadap jatuh bangunnya sesebuah keluarga... Jika suami memulakan harinya dengan keriangan dan keceriaan...prestasi kerjanya juga akan meningkat, usahanya pasti berlipat ganda, secara sedar atau tidak, isteri telah meniupkan semangat kepadanya... Rindunya pula suami kepada rumah tangga mengelakkan mereka merindui yang selain darinya...

Anak-anak pula, sentiasa terpahat dihatinya bahawa mereka disayangi dan tidak sampai hati mereka untuk menyakitkan orang yang menyayangi mereka. Jika anda sendiri dipeluk cium dengan penuh kasih sayang dan dibisikkan dengan kata-kata indah di telinga...pasti lama mengambil masa untuk melupakan detik tersebut...betul kan? Begitu juga dengan anak-anak ini... Jangan nanti biarkan mereka mendapatnya dari kekasih mereka pula... Biarlah ibu bapa yang menjadi orang pertama... Biarlah anak-anak berkasih sayang, berindu-rinduan dengan ibu bapa dahulu sebelum mereka mengenal kasih sayang yang selainnya...

Rasa kasih sayang dalam keluarga mesti disuburkan oleh ahli keluarga sendiri... Tak ada saudara mara, jiran tetangga atau handai taulan yang boleh membantu... Hanya suami, isteri dan anak-anak di dalam keluarga itu sendiri yang boleh merasainya...orang lain hanya boleh memerhati dan mendengar...tetapi rasa kasih sayang itu sebenarnya tak dapat diungkapkan bagaimana rupanya, tak dapat digambarkan betapa banyaknya dan tak dapat dinilaikan betapa dalamnya...

Mulakanlah hari yang indah untuk setiap ahli keluarga... Hargai suami, isteri dan anak-anak... Doakan yang terbaik untuk mereka, InsyaAllah hidup kite akan rasa lebih bahagia dan lebih bermakna...cheeewaah~ =D






 ini la wajah2 mereka yang bmakna dlm idop makcik stakat ni...makcik rela je buat ape saje utk mengkema2 ini...utk My Kanda, makcik rela hati melahirkan zuriat keturunan Syed n Sharifah utk dia,reramai pon x pe...x utk anak2 plak,makcik sudi bagi ape saja yg bakal mnyenangkan hati dan mdidik mereka jd yg tbaik..spt yg makcik slalu tanam pd minda anak2 makcik...
" BIAR KITA SUSAH, MISKIN, X BNYK DUIT, TP ILMU KITA ADA, KITA CERDIK, KITA JD ANAK YG BAIK, DOK MANA2 PUN, INSYAALLAH ORG SUKA... YG PENTING, SOLAT X MO MALAS , DOA BGITU JUGAK..JD LA MCM USTAZ DON YG KINI AMAT DMINATI OLEH ANAK4  MAKCIK..."

Semoga makcik bjaya capai impian kecik makcik yg makcik rahsiakan dlm ati;..kalau tcapai nnt makcik kongikan ape impian kecik itu ye! dan semoga makcik mampu didik anak4 makcik jd anak yg bjaya dunia akhirat, penuh ilmu quran di dada dan jd anak yg hormat org tua walaupun sapa saje...

~Ya Allah...selamatkanlah suamiku dan anak4 ku dr dengki khianat manusia maupon jin..satukanlah hati2 kami semua kerana mu Ya Allah dan berkatilah keluarga kami...amin~







Wednesday 15 February 2012

Dari sujud ke sujud..

Bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan

sesuatu yang indah terlahir dari rasa

dan rasa itu karunia Ilahi (dari sujud ke sujud)

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku

semua rasa itu malu rasa bahagia

takut dan cemburu pun karunia Ilahi


dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta

dalam hati anak-anak manusia hablumminannas

dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta

Subhanallah cinta kita terus bertasbih


bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan

sesuatu yang indah terlahir dari rasa

dan rasa itu karunia Ilahi


bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku

semua rasa itu malu rasa bahagia

takut dan cemburu pun karunia Ilahi


dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta

dalam hati anak-anak manusia hablumminannas

dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta

Subhanallah cinta kita terus bertasbih

dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta

Subhanallah cinta kita terus bertasbih


Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah

dari sujud ke sujud



Monday 13 February 2012

Seronok 2 ronok 3 ronok beronok2...heheheh:)

Suspen x tengok tajuk en3 kali ni? Macam ye ye ooo jek!! hehehhe... Jom makcik cite kat u olz ape bende yang seronok sgt ni..yok!

Sebenarnya last yer lagi kami da plan nk g Pulau Pangkor ni....alhamdulillah...tiba2 kami dpt offer dr sahabat kami Mohd Hakim utk sama2 join dia g Pangkor. Apa lagi...pucuk dicita,ulam mendatang. Kecik tapak tangan, seluas lautan kami tadahkan...

9hb aritu, kami pun bertolak la p Lumut @ Perak. Penat wooo sbb kami gerak pas teeha balik skul 8hb tu. 8hb mlm tu kami tido umah kawan kami la. So...pagi2 tu dalam kul 7pg kami da gerak n kami stop kat RnR Sg. Buluh utk amek breakfast. Ksian anak2 lapo sbb makcik sempat bg makan roti jek. Anak2 kawan kami pon lapo sampai ngaruk dlm kete.


Memang makcik da lama nk g Perak. Sebenarnya niat makcik nk g Kuala Kangsar sbb makcik nak cr sedara ... sedara makcik ramai kat Bukit Chandan..Mengikut kata tok ngn mak yang mmg asal dr Perak, nama Doty ni pon nama panggilan anak Sultan Idris, Raja Perak dolu2..( cantik tau Ku Doty ni ..katako!) tapi nk story bab keturunan ni, kita cite kat en3 lain je la..kali ni kita cite sal Pangkor dulu yek!

Lebih kurang 6 jam dalam kete, kami sampai kat Jeti Pangkor. Seronok makcik n anak2. Abi pon epi je w/pon makcik tengok abi penat. Kesian abi....keje 24jm, balik keje trus drive jauh2...(big hug kuat2 utk abi nnt..)



Sampai je kat jeti ni, ada kenderaan polis yang dah menanti kami...maklumla, kami sume p ngan ASP Hakim ni...services sume tip top!! Nak nyampai ke villa tempat kami bakal beradu tu ( pk beradu sbb penat waktu tu...kikikiki) ada la dalam 20minit naik kete. Jalan kecik, bbukit n cantik! yang penting x hujan , so dat sume plan smooth aje..





Villa/tempat tinggal kami ni mrupakan tempat paling selesa pernah makcik tengok (selain hotel kat bandar2 tu..sbb ni dlm utan!kat pulau lak tu!) Ada 1 rumah/ruang utama, 4 bilik tidur yang besar2, ada tempat mandi yang sentiasa mencabar kesabaran bukan aje budak2 tecit yang ada dlm  rombongan kami tu, tp jugak budak2 besyor bangka ...petang tu, suma pakat rasmi pool tu..tu pon lps kami makan tengah petang..( credit to ami Mat , our best mastercheft..)



tenok tu...sonok kn bebudak2 sume tu....
 Malam , kamim bbq..best sangat sambal yg ami buat tu...udang, ayam, kambing, ikan..sume ada...tq to my kanda, tn akim, n aswad yang rela membakar  utk kami. Kami tinggal tunggu makan  jek...Kanak2 pulak, sbb da penat sgt swimming, sume tdo awal..So, makcik n kawan2 dpt la berjimba2 malam tu...katako! makcik , my Kanda, uncle akeem n abib bbual sampai kul 3 pg..bbual sungguh katako! Mula2 cite pasai kerjaya masing2, kekangan n cabaran dlm dunia karier n rumahtangga, masuk lak bab anak2...best sgt! Rasa puas sbb dpt bbual lama2 ngn abi a.k.a My Kanda w/out gangguan2 yg slalu menerobos keamanan ati makcik..maklumla, kalau dok kat JB, ramai bebenor yg ingin mggunakan khidmat My Kanda ni..sampai makcik kena gtaw awal2 la kalau nk turn makcik dilayan pulak...alahaiiiiiii nye pun!



geng bas skolah tgh bako bbq...luv my kanda!!ngeeeeee=D

Kebanyakan aktiviti kami kat Pulau ni, slain masak kat umah, bual2, cite2 sal plan masa depan family masing2, kami jugak g men laut...x sah la kalau datang x mandi laut, snorkeling, men kayak dll...Kebetulan kami p memang waktu weekdays , so x de la berebut ngn pelancong sgt..kalau x, weekend je mesti da ramai pelancong..so..masa n time kami plan tu da mmg cantik sgt dah! Alhamdulillah....

dari kiri: Azky a.k.a MANJE, Putra n de only princess in our heart : teeha...mukhreez da bobok da time ni...
xcited mereka tgok ikan besyor....jgn terjun sudaaaa...:p

11hb pagi tu, kami sume ramai2 gotong royong clean up villa kami tu sbb sume da nk btolak balik ke destinasi masing2 dah! kenangan kat sini mmg best skali. kami kongsi bnyk cite n tips2 bersama2. Kanak2 pulak mungkin memikirkan ari2 mereka di sini ialah hari2 yang indah buat depa..

InsyaAllah slps ni kami plan nk p Pulau Redanng @ Terengganu plk, tp kata uncle akeem lepas makcik abis pantang n sehat la, baby pon da besyor sikit...hehehehe...x sabo rasanya nk p Redang pulak! Kena la makcik kumpul duit dr sekarang klu nk berjimba2 kt Terengganu nnt senang..x yah nyusahkan My Kanda ..ngeh3....


umi ngn Azky yg asyek mmandang aiskrim di hujung jalan...dia nk paw umi!


Merah semerah2 nya...heheheheh..abi je x brani nk pakai merah, padahal dia tu putih, pakai apa pun kena sajaaa...hehehehe...

semoga Allah sentiasa mlindungi mu dr dengki khianat manusia maupon jin..amin!



Selamat tinggal Pangkor....tunggu la..kami pasti dtg lagi!! Tunggu mukhreez n baby besar sikit lagi...hehehehhe..

ni la budak temowk ksayangan kami sume...geram tgok!!


 



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan