Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, 16 February 2012

cinta itu rasa bahagia, bahagia dtg bila ada cinta..



Hish3..asal pulak la makcik ni sebok ckp hal rasa cinta rasa bahagia plk kali ni nih? Tebiat ke makcik waktu2 begini? Ntah la....makcik seronok bila ingatkan keletah anak4 makcik yg sememangnya menjadi peneman makcik, pembakar semangat makcik, madu makcik, jugak racun makcik..(racun bila mengkema mencabor kesabaran makcik yg mmg garang nih!) hehehehe...

Bahagia tu apa  ek? Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

Bahagia itu relatif? Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.So...apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu "moving target" yang tidak spesifik ertinya.Banyak interprestasi tentang makna bahagia ni...tpulang pd individu yang menafsir dan mengininkannya...
Teringat pesan kawan makcik , dia kata kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran.

Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du 28)

Lagipula Rasul kesayangan kita; Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati."

Cinta pulak? Apa makna cinta ek? ( org Johor mmg suke guna pkataan "ek"..)
Pada makcik, Cinta tu universal..sama jugak ngn rasa bahagia tu td. Cinta ni luas sangat makna dia. n sama la..tpulang pd mereka yang menafsirkannya... Yang pasti rasa cinta itu sama dengan rasa bahagia..pada makcik la..pada yg lain , makcik x pasti...:)

Sebenarnya makcik nk bkongsi rasa dengan kamu semua... Rasa kasih sayang dan rindu kepada suami dan anak-anak... (ngada2 x bperasaan macamni n xpress kat sini? kot la ade yg kata makcik lebih2 pulak ke, makcik ngengada ke..hehehehe..yg pnting ni rasa makcik pd famly makcik..n makcik kongsi je..)
Setiap kali mereka ingin melangkah keluar dari lingkungan pemerhatian makcik, pasti makcik hadiahkan peluk cium yang benar-benar ikhlas beserta kata-kata semangat, pujian atau ucapan 'I luv U'... Makcik lakukan bukan sebagai rutin tetapi makcik lakukan dengan seikhlas hati dan bersama perasaan sayang untuk melepaskan mereka pergi...

Jika kwn2 sume boleh melupakan sejenak persekitaran kite dan hanya fokus kepada ruang antara kite dan orang yang kite sayangi...kite pasti dapat merasakan perasaan yang makcik maksudkan. Melepaskan suami dan anak-anak seperti mereka akan pergi mengembara...mengambil masa yang lama dan menjangkaui jarak perjalanan yang jauh...biarpun tempat kerja atau sekolah mereka hanya sejengkal dari rumah!

Hasilnya...makcik tidak hilang fokus sebagai seorang isteri dan Ummy kepada ahli keluarga makcik. Sentiasa apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan kami bersama... InsayaAllah dengan izinNya, kita tidak mudah terpesong dari tanggungjawab dan sentiasa menilai diri untuk menjadi isteri dan Ummy terbaik... Sentiasa mempersiapkan diri dan mahligai kita untuk menyambut kepulangan mereka nanti...

Suami yang keluar bekerja pula, hatinya riang dan senang kerana tahu mereka disayangi dan sentiasa ingat tanggungjawab mereka yang besar terhadap jatuh bangunnya sesebuah keluarga... Jika suami memulakan harinya dengan keriangan dan keceriaan...prestasi kerjanya juga akan meningkat, usahanya pasti berlipat ganda, secara sedar atau tidak, isteri telah meniupkan semangat kepadanya... Rindunya pula suami kepada rumah tangga mengelakkan mereka merindui yang selain darinya...

Anak-anak pula, sentiasa terpahat dihatinya bahawa mereka disayangi dan tidak sampai hati mereka untuk menyakitkan orang yang menyayangi mereka. Jika anda sendiri dipeluk cium dengan penuh kasih sayang dan dibisikkan dengan kata-kata indah di telinga...pasti lama mengambil masa untuk melupakan detik tersebut...betul kan? Begitu juga dengan anak-anak ini... Jangan nanti biarkan mereka mendapatnya dari kekasih mereka pula... Biarlah ibu bapa yang menjadi orang pertama... Biarlah anak-anak berkasih sayang, berindu-rinduan dengan ibu bapa dahulu sebelum mereka mengenal kasih sayang yang selainnya...

Rasa kasih sayang dalam keluarga mesti disuburkan oleh ahli keluarga sendiri... Tak ada saudara mara, jiran tetangga atau handai taulan yang boleh membantu... Hanya suami, isteri dan anak-anak di dalam keluarga itu sendiri yang boleh merasainya...orang lain hanya boleh memerhati dan mendengar...tetapi rasa kasih sayang itu sebenarnya tak dapat diungkapkan bagaimana rupanya, tak dapat digambarkan betapa banyaknya dan tak dapat dinilaikan betapa dalamnya...

Mulakanlah hari yang indah untuk setiap ahli keluarga... Hargai suami, isteri dan anak-anak... Doakan yang terbaik untuk mereka, InsyaAllah hidup kite akan rasa lebih bahagia dan lebih bermakna...cheeewaah~ =D






 ini la wajah2 mereka yang bmakna dlm idop makcik stakat ni...makcik rela je buat ape saje utk mengkema2 ini...utk My Kanda, makcik rela hati melahirkan zuriat keturunan Syed n Sharifah utk dia,reramai pon x pe...x utk anak2 plak,makcik sudi bagi ape saja yg bakal mnyenangkan hati dan mdidik mereka jd yg tbaik..spt yg makcik slalu tanam pd minda anak2 makcik...
" BIAR KITA SUSAH, MISKIN, X BNYK DUIT, TP ILMU KITA ADA, KITA CERDIK, KITA JD ANAK YG BAIK, DOK MANA2 PUN, INSYAALLAH ORG SUKA... YG PENTING, SOLAT X MO MALAS , DOA BGITU JUGAK..JD LA MCM USTAZ DON YG KINI AMAT DMINATI OLEH ANAK4  MAKCIK..."

Semoga makcik bjaya capai impian kecik makcik yg makcik rahsiakan dlm ati;..kalau tcapai nnt makcik kongikan ape impian kecik itu ye! dan semoga makcik mampu didik anak4 makcik jd anak yg bjaya dunia akhirat, penuh ilmu quran di dada dan jd anak yg hormat org tua walaupun sapa saje...

~Ya Allah...selamatkanlah suamiku dan anak4 ku dr dengki khianat manusia maupon jin..satukanlah hati2 kami semua kerana mu Ya Allah dan berkatilah keluarga kami...amin~







No comments:

Post a Comment