Hidup ini bukan hanya ada
kanan dan kiri. Sebagaimana ketika kita mahu melintas jalan. Memadai berpaling
ke kiri dan ke kanan. Tetapi secara keseluruhannya, kita perlu menerima hakikat
bahawa kehidupan ini mempunyai ruang lingkup depan dan belakang. Atas dan bawah.
Hatta, luar dan dalam diri kita juga.
Sangat luas. Dari sudut dan posisi mana sekalipun, Allah tetap wujud. Dia berhak untuk menguji dan menduga kita. Tidak kira samada kita sudah bersedia atau pun sebaliknya.
Sangat luas. Dari sudut dan posisi mana sekalipun, Allah tetap wujud. Dia berhak untuk menguji dan menduga kita. Tidak kira samada kita sudah bersedia atau pun sebaliknya.
Kadangkala, Dia menguji kita untuk satu tempoh yang panjang. Sehingga kita hampir berputus asa. Sehingga kita berada di kemuncak lemah jiwa. Sehingga kita rasa seperti hilang punca dan sebagainya.
Barangkali, dalam masa yang sama juga, Dia murah menambahkan lagi siri ujian lain. Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga. Belum selesai satu tugasan, disusuli pula tugasan yang lain. Bertimpa-timpa kecil besar, berat ringan. Silih berganti untuk kita.
Semuanya bergantung kepada kehendak-Nya. Malah, tidak mustahil jika kita dikurniakan ulangan ujian dan dugaan yang sama sahaja.
Ujian yang Dia tahu benar-benar menduga ketabahan kita.
Ujian yang Dia tahu kita tidak sanggup mendepaninya lagi.
Begitulah episod kehidupan dunia. Tugasan demi tugasan yang tidak boleh tidak kita tolak. Apatah lagi getus mempersoalkan kenapa dan mengapa.
Kita perlu ingat, ini bukan urusan kerja antara pihak majikan dan pekerja. Jika rasa tidak berpuas hati, sebagai pekerja, kita layak bersuara. Itu pun jika kita berani. Dan bukan jenis yang menurut perintah sepanjang masa.
Malah, dengan kuasa akal dan ilmu, kita boleh juga membantah mana-mana yang tidak praktikal, relevan dan rasional dengan bidang kerja kita. Tetapi, apabila kita sudah menggalas amanah sebagai hamba-Nya, inilah sebenar-benar kerja kita di dunia.
Kerja seorang hamba.
Hamba yang berhubungan dengan Tuhannya (hablun minallah).
Maka, wajar untuk kita sedar diri. Mempersoalkan kembali siapa Tuhan kita dan siapa kita dengan-Nya?
Ya. Siapalah kita untuk berhak mempertikaikannya. Hanya Dia Maha Mengetahui yang mana satu lebih sesuai dengan kita. Semuanya, sekadar mahu melihat sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan hamba-Nya.
Yakinlah bahawa Allah telah
menyediakan pakej yang lengkap untuk kita. Betapa segala ujian dan dugaan itu
didatangkan bersama seribu hikmah. Tinggal lagi, bagaimana kita hendak mencari
dan mengambil hikmah tersebut.
Demikian juga bagaimana kita mahu
menyesuaikan diri kita dengan setiap situasi ujian dan dugaan tersebut. Tetapi
awas! Allah Maha Menilai layanan kita terhadap setiap sesuatu.
Adakah kita mahu untuk ringan beristighfar dan bertenang?
Adakah kita mahu untuk mendidik sabar dan berlapang dada?
Adakah kita mahu berusaha dan bertawakal kepada-Nya?
Dan semestinya, adakah kita mahu bersyukur untuk semakin bergerak mendekati-Nya?

Nah, jalanilah hakikat kehidupan
ini dengan paradigma yang positif. Makcik suka mengulang bahawa Allah telah
sediakan pakej yang lengkap. Dia bukan sahaja memberi ujian bersertakan hikmah.
Tetapi Dia juga sentiasa hadir bersama kita. Membantu dan membimbing
kita.
Bersyukurlah selalu. Jika kita mahu menghitung berapa banyak Allah mencabut nikmat kita, nescaya tidak terhitung banyaknya nikmat yang telah Dia berikan. Bahkan, sebahagiannya masih kekal solid dengan kita.

Allah itu Maha Pemurah. Maha
Penyayang.
Simbolik kasih sayang-Nya bukan semudah kata-kata. Dia datang kepada hamba-Nya dengan mengucapkan sayang. Tidak. Tetapi manis rahmat Allah, hanya yang bijak sahaja akan merasainya. Islam mengajar kita menjadi cerdik dan bukannya bodoh.
La tai'asu min rauhillah.
La tai'asu min rahmatillah.

Oleh yang demikian, beruntunglah
siapa yang selalu diuji. Melainkan kita ini memilih untuk menjadi hamba yang
gampang pesimis. Melihat ujian dari Allah sebagai rintangan dan bukannya
tantangan.
No comments:
Post a Comment