Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Monday, 31 January 2011

SELAMATKANLAH sahabat2 n saudara kita di MEsIR...

Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir.
Menurut laporan Bernama 30 Jan 2011 – Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Penuntut Dari Mesir – Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu

Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

Kenyataan itu telah menimbulkan rasa tidak puashati ibubapa penuntut Malaysia yang terperangkap di sana kerana situasi mereka sangat terdesak , tidak seperti yang diberitahu oleh kerajaan.

Bekalan elektrik dan internet juga telah dipotong. Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing. Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.



Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar…
ni update dari adik saya..
keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas…

pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh charge or no kredit so dah tak boleh call..

dan gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..
so dia orang hidup dalam kegelapan…
then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik kesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle…
makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..

* saya cuba edit sms ini supaya mudah dibaca

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam. Ramai pelajar yang terkandas di lapanganterbang akibat rusuhan dan jadual penerbangan ditunda.

Saya rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu keadaan yang sebenar yang berlaku di sana dan supaya kerajaan kita secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang.

Semoga pelajar dan rakyat Malaysia di sana dilindungi Allah dan dipelihara dari segala musibah.

Boleh ikuti perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir atau blog ariffshah.com Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak




dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Sunday, 30 January 2011

EpI BeSdAy SyEd AqEeL AzKy...3yrs~~

Alhamdulillah...arini 30hb Januari 2011, Allah masih lagi meminjamkan Aqeel pd kami sekeluarga. Aqeel a.k.a manje genap 3 tahun arini. Semoga manje jadi anak soleh buat umi n abi n contoh yg baik utk semua. Umi jugak doakan a=manje akan btambah akal yg bijak, sebijak nama manje nnt, InsyaAllah..


Baru berusia 3 tahun, tp banyak dah pncapaian manje stakat ni. Di awal usia 2 tahun 11 bulan, manje dah x nak pada pampers.."Adik x nak patai pampers la umi, adik gatai..." tu la ayat yg dia slalu cakap, n 1 lg, " umi, nak tencing nnt adik tatap tau, kalau adik tencing tat tuar, nnt setan merayap tat adik" hahahhaa..tu yg dia set kt mind dia. Bila kenangkan cara dia bcakap yg ala-ala pelat tu, kami semua senang hati nketawa. Apa x nye, dia la anak kesayangan abi dia. Nasi kunyit abi dia. MAna2 mesti tanya abi. Nak itut abi, nak naik teta abi...sume nye abi..itu lah anak kami yg kami panggil manje...




Aqeel Azky ni memang budak bijak,,,sebijak namanye, Azky iaitu YANG LEBBIH PANDAI/BIJAK...ade je akal dia nk mnjwab kalau org cakap ape2 pd dia. In fact, cara dak aqeel ni pk, dah macam org besar. Kadang2 dgr jawapan yg dia bg tu, aku pun boley tgelak sendiri. hahhahah...setan merayap la, ape la. Kalau ngn abi dia, lagi la. Jadi dumbell abi dia je. Siap gusti2 lagi. Tu je xtvt dua branak tu. Kalau aqeel ngn abib dia pulak, keje nk mnyakat abib dia je. Mengajuk cakap abib dia la, baling bantal kat abib dia la, mcm2, sampai abib dia slalu geleng kpala ngn telatah dak Aqeel ni..hahhaha...n kalau ngn babah(nenek) dia pulak, dia tau makan, makan, makan, n makan. Sayur carrot babah adalh makanan utama dia. n lagi satu.." babah...nak mintak urat...adik nk sapu tat tati adik ni...tene didit nyamuk la.." hahahaha...




Ok la..nnt sambung lagi sal dak Aqeel ni, ...ade orang tengah diri sebelah umi ni nak amek turn hapdet mukabuku dia pualk..sapa lagi kalau bukan abi dia....lariiiiiiiiiiiii...opssss...sempena arijadi adik ni, jom ramai2 nyanyikan lagu slamat panjang umo utk dia k...chow~ <3 ya~



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Saturday, 29 January 2011

Entry wif No TitLe..aGaIn

Memang x dpt disangkalkan lagi bhw banyak pengalaman yg dapt dperolehi sepanjang hidup ni.. n mmg betul kata org yang kehidupan yg real adalah guru yg tbaik. Apa yg kita pernah alami, sedang alami dan akan alami merupakan satu ilmu yang kita terus praktikkan dalam kehidupan seharian.
satu ilmu yg tak mungkin kita dpt melalui buku teks dan even pembelajaran dalam class semata-mata.

Pengalaman. itulah cikgu terbaik dlm dunia setakat ini. Mmg x dpt dnafikan lg kesahihannya kan?
bila kita jatuh, kita belajar untuk bangun. sebab apa? sebab kita nk terus berjalan.
bila kita lemas, kita belajar untuk timbul. sebab apa? sebab kita nk terus bernafas.
bila kita lompat, kita belajar untuk mencapai apa yg kita nk tu. sebab apa? sebab kita nk berusaha memilikinya.
bila kita berlari, kita belajar untuk mampu berhenti di tgh jalan. sebab apa? sebab kita nk sambar setiap peluang & ruang yg ada sepanjang larian kita.
bila kita ketawa, kita belajar untuk berkongsi tawa dgn org lain. sebab apa? sebab kita mahu org lain turut gembira.
bila kita menangis, kita belajar untuk kesat airmata. sebab apa? sebab kita tahu setiap kegagalan itu adalah titik permulaan sesuatu.
bila kita duduk, kita belajar untuk bersila. sebab apa? sebab kita tak nak kita lupa asal usul kita dan dari mana kita bermula.

n sesungguhnya fwenz, kita tak kan mampu menggapai awan kalau kita tak terus melompat dari tanah tanpa henti.

Dengan pengalaman yg kite adalah, kita blajar utk jadi lbh kuat, lbh berani, lbh yakin utk melangkah dn mmbuat sesuatu kputusan sbb kita balajar daripada kesilapan. Pengalaman mampu menjadikan kita 'seseorang'. pengalaman juga mampu merubah jati diri seseorang. dan hanya pengalaman yang mencerminkan keadaan sebenar sebuah kehidupan.

So, hadapilah hari2 yg mndatang dgn penuh keyakinan n tawakal pd Allah sebab Allah Maha Mengetahui, Maha Mengatur lg Maha Bijaksana. Allah x pnh akan mnzalimi kite mlainkan kite yg mnzalimi diri kite sendiri. Kadang2 hidup kite ni adakalanya jd manis tanpa diduga, malah mampu btukar jadi pahit tanpa kite minta..namun percayalah kalau kite mampu menukarkan yg pahit tu jd manis, InsyaAllah, everythings gonna b fine n well...
Get BorN, GrOw Up,
DisCoVeR ThE WoRlD,
DiSCoVeR YoUrSelF,
tHeN U wIlL LOvE YeRsElF DeAr!!!<3


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Entry wif no TitLe.

I may not be perfect. In fact, I'm not perfect at all and I don't want to be
perfect.
Yes! Maybe I'm not as good as you think BUT I'm NOT that bad!
I'm just saying that I'm worth it. respect me as I respect you. appreciate
me as I appreciate you people! Don't take people for granted.
I don't think
anyone is the perfect one to play me or even others.
Yes. I treat people how
they treat me.


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Friday, 28 January 2011

happy n makes other happy as well...

juz nak share kisah gembira n menggembirakan ...

Ngeeeeeee...=) senyum dulu, sebab senyum tu kan sedekah, n cara yang paling senang nk bsedekah..sbb kite ni belom tentu mampu nk sedekahkn wang ringgit ke, tenaga ke, harta ke setiap hari kan? so..banyakkanlah senyum sebab kalau senyum kite ikhlas , + manis pulak tu, mesti org yg susah hati akan rasa ok bila tgok kite senyum =)..

Minggu lpas 22hb besday rakan opisku LOLOQ a.k.a Shaifullah...aku plan nk kenakan dia , tp luckily dia balik Kedah sbb atuk dia meninggal, so segala plan aku n kawan2 lain tkubur gitu aje, makanan yg kami bawak, kami makan sendiri laa...huhu..=)

Tp, dlm otak ni aku pkl jugak lagi, nk kenakan Ina ( Sabrina Abdul ) sbb besday dia 30hb ni..(sama ngn besday Syed Aqeel Azky ) . aku kawtim ngn Najaa, Noorul,, Ust. Ridzwan, Ust.Rizal, TJ pon tmasuk skali jugak. Kami sume plan cantik, tang makanan, macam mana nk freek dia n yg best nye, c Ina ni pon nk jugak bawak makanan( x tau org nk kena kan dia..hahhhahah)

N jumaat smalam, Ina kena ngn kami semua. Aku bjaya buat Ina menangis n risau sbb kami cakap dia akan ditukarkan ke Srawak...hahhahha..sian INa. tp matlamat kami bukan nk sedihkan dia, kami nk epi2 kan dia smpena besday dia. Semoga ikatan ukhwah antara kami semua akan sentiasa diberkati Allah swt hendaknya...amin~


to: Noorul, Najaa, Ust. Ridzwan, Ust. Rizal, Kak Jumsah, n Akma..thanks 4 all yer co-operation..jgn nnt besday I, u olz kenakan i pulak. I juz nk make moment2 indah jek ngn u olz...ngeeeeeee=) jom senyum n love ya~<3
dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Allah knows better kan?


Without realizing it sometimes.
Allah SWT always has 3 replies to our prayers :

YES or YES but not now or I have a better plan for you.
There's NEVER a NO. :") .

SubhanaAllah! :)

Yes. Allah SWT knows better. :)


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Wednesday, 26 January 2011

JOM PUJUK N PUPUK HATI...belai2 sikit ati kite ni..huk huk huk....

time tenga2 susah hati , gundah gulana, hiruk pikuk kat otak tu..jom amalkan baca 2 surah ni..:-

surah ADDHUHA

[1] Demi waktu dhuha,

[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi .

[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.

[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?

[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

surah ASSYAHR

[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

p/s..besabarla dgn segala dugaan yg menimpa..sesunggunye ALLAH x kn menurukan ujian kpd hamba-NYA melainkan ujian itu setimpal dgn kekuatan diri kte sendiri.. ALLAH lebih mengetahui,rite?

Kuatkan ati ni k Ya Allah...macam rasa ade s/thing nk epen...tp x mo pk la....huk huk huk...Allah jua Maha tau n again, hold my hand...<3


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Ermmmmmmmmm

Salam pembuka bicara..entry baru lg tp lambat tol nk hapdet blog..mmg bnyk keje sket lately, tp nk digagahkan jua kerajinan ni...


Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.



Ya Allah, Ya Tuhan kami! Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, yang dengannya dapat menghalang kami berlaku maksiat kepada-Mu, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu yang dapat menyampaikan kami dengannnya ke syurga-Mu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami dapat menikmati pendengaran-pendengaran kami, penglihatan-penglihatan kami, kekuatan-kekuatan kami selama Engkau masih hidupkan kami, dan jadikanlah semua itu warisan kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula dijadikannya nilaian pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jangan Engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada seberang kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya, tidak juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.

Selawat Allah dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi kita Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam........










dilullabykan oleh noordotyrasulkhan