Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, 9 October 2012

AHMAD ADAM SYUKRI...kamu buat anty menangis!!

Ahmad Adam Syukri.....

Maafkan anty. Anty terlewat untuk mengetahui kisah kamu..lantas menyenaraikan kamu dalam doa anty. Namun anty tahu..doa anty, juga doa mereka2 yg lain, tmasuk IBU kamu, kluarga kamu sudah Allah dengar, Allah terima. Namun kamu harus sabar sikit saja lagi sayang...Dari Allah kamu datang, pada DIA juga kamu pasti kembali.






Tersentuh  hati anty melihat kamu, wajah kamu, bentuk kamu, mata kamu, bibir kamu. Nyata sekali ujian Allah itu tidak mengenal siapa sayang, dan kamu harus bersyukur kerana kamu insan yang dipilihNya. Begitu juga ibu kamu, serta seluruh keluarga kamu. Maha Besar Allah yang menjadikan kita semua. Anty tahu keperitan yang kamu tanggung, kesempitan, tekanan yang ibu kamu tanggung, hadapi dari hari kelahiran kamu sehingga kini. Namun..janji Allah itu pasti sayang...Allah sentiasa bersama mereka yang sabar. Manisnya sabar itu bila kamu redha. Anty doakan yang terbaik utk kamu, Allah jua tahu apa yang DIA tetapkan utk kamu yg sekecil itu. Untuk Ibu kamu yang setabah itu..


AHMAD ADAM SYUKRI
Lahir: 4/3/12 TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PADA SARAF OTAK.
Lahir secara vacuum pada 04-03-2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan mengalami injured, telinga kanan tidak dapat mendengar kerana kerosakan. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal  amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak



Yang sayu, bila mendengar sendiri si ibu Noraisah begitu sabar dan tabah. Tidur cuma sejam sehari kerana menjaga Adam seperti menatang minyak yang penuh.

 
 
Allah pilih Noraisah Mohamad Malena (ibu Adam) untuk semua yang dia tanggung. Sebak bila dia:
“Jika saya pergi dulu, saya harap suami saya akan terus jaga Adam sepertimana saya menjaga Adam sekarang.
“Jika ini yang dianugerahkan Tuhan kepada saya, saya terima Adam. Saya doa semoga Adam akan sihat, kan Adam?” sambil bercakap sambil melihat Adam. Dicium Adam.
“Saya ingin nak lihat Adam sihat dan membesar dan memanggil saya, ‘Mama’”.
“Adam tidak pernah membebankan saya, kan Adam?” kembali melihat wajah Adam. 
 
Dan sama-samalah kita berdoa, seperti kata ibunya “saya akan jaga Adam selama mana Allah pinjamkan dia kepada saya. Saya bangga kerana dapat peluang menjaga seorang ahli syurga.


Tingat anak5 yang Allah pinjamkan untuk saya di rumah. Juga suami yang dipinjamkan. Juga diri, anggota badan segalanya yang tetap milik Allah....mohon dipanjangkan umo anak5 juga suamiku Tuhan..juga untuk adik Adam serta ibunya. Tabahkan hati mereka Tuhan. :(