Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Saturday 7 April 2012

BeRkat ke Rezki, Ilmu & UsiA kite ek?

Salam selamat malam...
Sejuk! Jb ujan je dr pagi ...n suasana ujan ni buatkan sume suram...sesejuk ati makcik ni ha...sesuram ati makcik yg tgh bpantang ni...i ve 22 more days to go! ahaks~ cheer up Doty!!


En3 kali ni mcm nk tulis sesuatu yg berat la..tentang B.E.R.K.A.T~~ xtelly kawan makcik yg tetibe bg gist dia..n tajuk skali..kuang3...so, kunun2 idea asal tu kawan makcik punye, yg menggorengnya makcik la!




Apa maksud berkat sebenarnya?.
Dari segi bahasa berkat atau “barakah” bermaksud bertambah dan berkembang. ia menunjukkan ‘kebaikan yang banyak’.
Jika sebelum makan kita mohon Allah memberkati makanan kita, maksudnya kita minta makanan itu bermanafaat untuk kesihatan tubuh badan kita supaya tubuh kita kuat, tidak berpenyakit dan jiwa terasa ringan untuk melakukan benda yang bermanaafaat untuk hidup kita di dunia dan di akhirat.
Dalam Islam ni...semua benda kalau kite sandarkan pada Allah, InshaAllah..berkatnye ade! Makcik percaya Allah dah tetapkan sesuatu untuk semua hamba Dia & walaupon kite x suke dengan satu2 benda tu, tp Allah kata baik utk kita..maka baik la...InshaAllah..
Hari ni kita cuba sentuh tentang Berkat pd usia...
Panjang atau pendek umur kite tu pon Allah yang tentukan dan sudah tertulis pon kt Luh Mahfuz ...so.pendek ke panjang umur kite, yg penting dan yanng mnjadi persoalannye ialah...berkat atau x usia kite ni? Sebagai contoh yang kawan makcik share ngn makcik..[ skunk ni makcik nk share ngn sape yg mbaca ni la...moga ilmu yang dsebarkan ni bmanfaat la ye]..
contoh yang kawan makcik bagi ni ialah Imam Nawawi. Tahu x sapa Imam Nawawi? Makcik ni pon idok le maher sangat, tp makcik nk juge bekalkan crite2 gini pada anak2 makcik, so, makcik google aje cr maklumat pasai Imam Nawawi ni..

Beliau adalah tokoh Islam yang sangat masyhur dan tidak asing lagi di kalangan umat ini. Beliau bergelar sebagai Al Hafiz yang bererti beliau telah menghafaz lebih 100,000 buah hadith. Dan beliau juga diberikan gelaran sebagai Syaikhul Islam yang mengarang berbagai-bagai kitab dalam berbagai tajuk yang penting.

Dan apabila kita menelaah kitab-kitab feqah dalam mazhab syafie rahimahuLlah ta'ala maka kita sentiasa menemui nama beliau di dalamnya. Bahkan ulama mazhab syafie telah bersepakat memuktamatkan pendapatnya dan merajihkannya (mengutamakannya) berbanding dengan pendapat ulama yang lain. Oleh kerana itulah beliau juga digelaskan sebagai Muharriul Mazhab iaitu - ulama yang dapat menghuraikan semula mazhab Syafie dengan kupasan yang sangat mantap sekali.

Nama beliau ialah : Yahya bin Syaraf, kunyahnya ialah Abu Zakaria dan nisbahnya ialah : An Nawawi kerana beliau dilahirkan dan juga meninggal dunia di sebuah tempat yang bernama "Nawa" di Hauran, Syria.

Beliau dilahirkan pada tahun 631 Hijrah di Nawa dan belajar asas-asas ilmu di kampungnya sendiri daripada beberapa orang ulama yang ada di sana.

Bakat Imam Nawawi sebenarnya terserlah sejak beliau masih kecil lagi. Maka adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hati guru beliau yang bernama Syeikh Yasin bin Yusuf Zarkasyi rahimahuLLahu ta'ala melihat Imam Nawawi pada ketika itu berumur 7 tahun bersama dengan kanak-kanak lain di kampungnya. Syeikh Yasin ini melihat kawan-kawannya memaksa beliau untuk bermain bersama-sama dengan mereka, sedangkan beliau tidak mahu berbuat demikian lalu beliau duduk menyepi seorang diri di tepi jalan sambil menangis dan membaca al Quran al Karim.

Melihat keadaan ini guru beliau tadi jatuh hati dan sangat menaruh belas kasihan kepadanya lalu beliau menemui ayahnya dan menasihatkan supaya anak ini (Imam Nawawi) jangan dibiarkan bermain-main bersama-sama dengan kanak-kanak, tetapi hendaklah diberikan penumpuan untuk mengaji di madrasah. Maka adalah diharapkan beliau kelak akan menjadi seorang ulama yang besar pada zamannya.

Setelah kejadian itu, ayah Imam Nawawi terus sahaja memberikan penumpuan supaya anaknya dapat belajar lebih teratur dengan beberapa
 orang ulama yang ada di sekitar kampungnya, sehingga tibalah masanya untuk beliau dihantar melanjutkan pelajarannya ke Damsyik, ibu negeri Syria, iaitu pada tahun 649 Hijrah.

Imam Nawai telah sampai ke maqam yang tertinggi dalam tiga perkara, seandainya beliau sampau hanya kepada satu perkara sahaja di antara tida perkara itu, maka beliau telah layak untuk dijadikan ikutan.

Yang pertama - ialah dari segi kedalaman ilmu pengetahuan. Yang kedua - dari segi kezuhudan terhadap dunia. Yang ketiga - dari segi menyuruh dengan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran. 
Di saat-saat terakhir beliau berada di Damsyik terjadilah satu ketegangan antara beliau dengan Sultan yang memerintah ketika itu, iaitu Sultan 
Zhahir Baibras (625-676H). Ketegangan ini berpunca kerana Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala tidak mahu mengeluarkan fatwa bersama-sama dengan ulama lain yang mengharuskan Sultan mengambil sebahagian daripada harta rakyat untuk persiapan menghadapi serangan Bangsa Moghul (Tatar).
Keenganan Imam Nawawi ini adalah disebabkan beliau telah mengetahui dengan yakin bahawa sultan memiliki ratusan orang hamba perempuan di istananya, dan masing-masing mempunyai perhiasan yang mahal-mahal dan Sultan juga banyak memiliki hamba lelaki. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala berkata :
Seandainya tuanku Sultan menjual semua hamba-hamba itu dan membelanjakan semua barang kemas yang ada pada mereka untuk keperluan perang, dan ternyata masih belum mencukupi, maka saya bersedia mengeluarkan fatwa bersama bagi membenarkan tuanku mengambil harta rakyat.
Ketegangan ini membuatkan Sultan Zhahir murka kepadanya dan Baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar meninggalkan Damsyik. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala menerima perintah pengusirannya dengan hati yang lapang kerana beliau tidak mempunyai sebarang hajat di sisi makhluk ini dan beliau juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan, baik dari segi kedudukan ataupun harta benda.
Maka Imam Nawawi ra
himahuLlahu ta'ala dengan segera mengembailkan kitab-kitab yang beliau pinjam dan beliau juga pergi menziarahi kubur guru-gurunya untuk mendoakan mereka dan juga menziarahi sahabat-sahabatnya.
Yang masih hidup untuk meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Setelah itu terus sahaja Imam Nawawi balik ke Kampung di Nawa. Dan setelah beliau bertemu ayah dan keluarganya beliau pergi menziarahi ke Baitul Maqdis dan al Khalil lalu beliau kembali semula ke kampung halamannya.
Di Pihak Sultan zhahir Baibras pula, walaupun telah mendapat fatwa dari ulama yang lain yang membenarkan Baginda mengutip sebahagian harta rakyat untuk persiapan perang namun kerana fatwa ini masih belum disokong oleh Imam Nawawi RahimahuLLahu ta'ala maka Baginda sultan masih belum berani bertindak dan akhirnya kutipan itu tidak jadi dilaksanakan.
Para ulamak yang merupakan murid Imam Nawawi yang tinggal di Damsyik membuat rayuan kepada Sultan Zhahir supaya baginda berkenan membenarkan semula Imam Nawawi untuk mengajar di Damsyiq. Lalu para ulama ini berutus surat kepada Imam Nawawi dan merayu agar beliau dapat kembali semula mengajar di Damsyiq. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala berkata : Aku tidak akan kembali mengajar di Damsyik kalau Sultan Zhahir masih berdaulat di sana.
Kemudian dengan kehendak ALLah ta'ala tidak lama kemudian selepas itu, Sultan Zhahir Baibras meninggal dunia dan dikuburkan di sana (Damsyiq). Manakala Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala pun jatuh sakit dan akhirnya beliau kembali ke rahmat ALlah di kampungnya., disisi orang tua dan keluarganya pada 24 Rejab 676Hijrah dan dikuburkan di sana (Nawa) dengan umur yang hanya 45 tahun sahaja. Tetapi dipenuhi dengan mujahadah dan keasyikan mencari ilmu serta menyebarkannya sehingga beliau meninggaldunia dalam keadaan bujang.
Antara keistimewaan Syaikhul Islam Imam An-Nawawi merupakan seorang ulama' yang diterima fatwanya oleh pelbagai mazhab dan pegangan. Tokoh-tokoh seperti inilah sepatutnya dijadikan idola kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Jesteru itu kan...makcik nk ajak sume, marilah kita muhasabah diri kembali,.menghisab amal sehari-hari, apakah kita telah melakukan kewajipan kita di muka bumi ini sebagai hamba dan khalifahNya dengan sebaik-baiknya ataupun sebaliknya. Cuba perhatikan, bagaimana kita berpagi-pagi. Pukul berapa kita bangun? Pukul berapa kita bersolat subuh? Adakah dengan berjemaah atau lebih senang dengan berseorangan diri? Selepas solat apa yang dilakukan? Pergi awal kah ke kuliah? Apakah lagi amal soleh yang kita lakukan sepanjang hari? Masih lagikah kita merutinkan diri kita melakukan amal-amal rapu yang tidak membawa apa-apa faedah dan juga tidak langsung mendekatkan diri kepadaNya. Soallah diri kita. Hisablah sebaik-baiknya. Sejujur-jujurnya. Kerana kitalah yang lebih mengetahui apa yang kita lakukan sehari-hari. Apakah membawa kepada ketaatan, ubudiyyahkepadaNya ataupun mampu untuk mengundang murka Allah SWT. Sama-sama kita mohon perlindungan dari perkara tersebut. Sabda Baginda Rasulullah SAW wajar menjadi panduan kepada kita:

Makcik nk memetik kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Hujjatul Islam, Al Imam Al Ghazali apabila beliau membicarakan tentang usia manusia. Katanya usia yang telah ditetapkan oleh Allah bagi setiap manusia adalah merupakan modal untuk dirinya beramal. Maka terpulanglah kepada diri seseorang itu menggunakannya. Jika digunakan sebaiknya maka beruntunglah dirinya di akhirat kelak sementara jika tidak maka rugilah dirinya di akhirat kelak. Kalam ini seharusnya menyedarkan kita dan memberikan kita semangat untuk kembali mengoreksi amalan kita sehari-hari agar tidak lari dari matlamat hidup mencari redha Allah SWT. Kerana kita sendiri tidak tahu sekadar mana modal yang diberikan oleh Allah untuk kita lalui sepanjang kehidupan ini. Ada yang diberikan Allah sekadar 20-30 tahun sahaja. Ada yang diperuntukkan lebih lama hingga 100 tahun lamanya. Sabda Nabi:

Umur ummatku adalah antara 60 ke 70

Justeru apa yang patut kita perhatikan bukannya selama mana kita hidup di dunia ini namun sebanyak mana amal yang dapat kita lakukan dalam kita melaluinya. Imam-imam dan tokoh-tokoh besar Islam suatu masa dulu seperti Imam Syafie, Imam Nawawi dan lain-lain kebanyakannya tidak dikurniakan Allah umur yang panjang namun sumbangan mereka terhadap Islam cukup besar dapat dilihat pada hari ini. Betapa berkatnya usia yang Allah kurniakan kepada mereka. Begitulah juga halnya dengan diri kita. Walaupun mungkin kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka. Menyumbang seperti mereka namun kita masih mampu dan berdaya untuk meneruskan hidup ini dengan panduan hidayah daripadaNya. Sama-samalah kita berdoa ke arah itu.

Pernah suatu hari, Rasulullah menceritakan kepada para sahabat, perihal seorang hamba Allah dari golongan bani Israel yang telah beribadat kepada Allah beribu-ribu tahun lamanya. Allah telah meletakkan dirinya di sebuah pulau seorang diri, dan kemudian telah menumbuhkan sepohon buah yang mengeluarkan buah setiap hari untuk dia makan setiap hari selama dia beribadat hinggalah dia meninggal dunia. Akhirnya tibalah waktu untuk hisaban amal. Setelah ditimbang segala amalan lalu Allah berfirman “Masukkanlah hambaku ini kedalam syurga dengan rahmatKu” namun segera di pintas oleh si hamba Allah tadi “bahkan dengan amalku (amalan dia beribadat selama hidupnya)” Lalu Allah memperkenankannya lalu amalnya kembali ditimbang dan akhirnya melayakkannya untuk masuk ke neraka. Lalu segera si hamba Allah ini memohon keampunan agar dia kembali dimasukkan kedalam syurga Allah dengan rahmat Allah SWT.

Jadi,  walau sebanyak mana pun amal yang kita lakukan, kita tetap mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah dalam menentukan apakah nasib kita di akhirat kelak. Apatah lagi, kita sendiri tidak tahu bilakah lagi kita akan dijemput oleh Allah mengadapNya di akhirat kelak.
Jauhkan diri daripada melakukan maksiat kepadaNya dalam kita menuntut ilmu kerana Ilmu itu tidak akan pergi kepada mereka yang melakukan maksiat kepada Allah. Hiasilah kediaman kita dengan amal-amal soleh, membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya supaya kita sentiasa dikelilingi oleh rahmat Allah dalam perjalanan kita menuntut ilmu di ard kinanah ini. Sama-samalah kita berusaha mendapatkan keberkatan dalam usia yang kita lalui. InsyaAllah...


kite sambung kt en3 yg lain plk...

tq to kawan makcik yg slalu bg tazkirah kt makcik...:)

No comments:

Post a Comment