Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, 20 November 2012

anor Azam ..

Tahap melampau dah nih! Sekejapan nk post en3 lagik!

Juz nk share pasai anor azam or impian kami semenjak dua menjak nih! KD n hubby nk cari rumah pulak...senang cakap, hubby la yg nk beli rumah. Rumah yg selesa, rumah sendiri..tp kami masih lagi sebey2..tgh gile tgok umah skrg ni..tetibe..knp ntah! n KD mcm bekenan kt umah ni...

      


Tapi dan walaubagaimana pon..(apa bahasa nih) tempat ni kat Kulai....kawan2 opis kata...xpe KD, skrg kan bnyk highway! dekat je pon! Haish...dengan x sabonye KD call pemaju td! hehehehheh...x sabo nk citer kt pak engku hubby sla umah ni! Booking rm500, umah baru siap 10%, supposed complete 2014 nnt! Kire setahun lg la nk siap!! Mcm mana? Atau u olz ade idea lain nk kongsi ngn KD?




Azam Maal Hijrah..:)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!! (panjang dan blumba2 nkbg salam ari ni..sbb smalam time dengo IKIM, tntg bagaimana Rasulullah SAW blumba2 berebut2 nk bg salam coz nk dapat pahala bg salam...huhu~) 

 Last wik kita baru je sambut Maal Hijrah kan...Alhamdulillah...masih jugak lg Yang Maha Esa tu bagi peluang untuk hidup lagi di bumiNya. Sempena 1 Muharam 1434H tu, adik KD (nama manje makcik skrg..depa2 kt opis bg!) pulak selamat btunang dgn pilihan hati dia Nurul Farihin..a very cute n soft girl..from Serendah, Rawang.Farihin ni keje nurse, salah satu keje yg mulia di sisi Islam..ok la..boleh la utk dijadikan adik ipar bagi kami adik-beradik..so..tahniah Kaber Bedy , n for Farihin..welcome to our famly!!

Lepas E-Day Kaber, KD n anak2 serta pak engku g jenjalan n coti2 Msia kt Melaka!! weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee:) setelah lama abi x cuti n melayan anak yang dah pon 5 org!  Budak2 sangat epi x terkira la sbb abi n umi bawk bjalan2, dpt dok hotel n dpt mnyelam dlm kolam...hahha..*__*

 Antara tempat yang kami sempat pegi n spend time ..antaranya ..Zoo Melaka....naik Kete Lembu..Naik Beca bhias..Dataran Pahlawan..Naik River Cruise, Tgok 6D Motion,  Jonker Walk..hish...bnyk lagi!! ~ best2...

( KD dok otel ni la...weeeeee..tq Kandaku!! )

parrot Putra!

benda alah ni la yg buat Azky dak tecit tu gelak gile! hahhhaha~
Jonker Walk~



wif kawan KD..Teeha..naik Kete Lembu yang busuk kata Azky!

ni la buah2 hati KD n asben..baby Aariz dok otel! tdo...
















oh My~




wif  Kapel Cinta Agung KD..hahahhah:)




well..ada bnyk lagi pic2 kami, tp KD x dapat nk upload sume la...kang mluat dek orghang pulak..hahhha~ tp pcutian kt Melaka kali ni mmg best sbb kami betul2 spend masa n time (hahhha..gelak lagi) sama2..n wif anak5 kami oso..tmasuk bibik! 

Semoga anak2 kami epi hendaknya! Bila budak2 epi n dengar kata (sbb nk umi bwk jalan lagi) baru ringan n senang hati! hehehehe....

InsyaAllah...bulan 7 taun depan...KD n cinta hati Kd nk g jenjalan cecoti kt Kota Kinabalu pulak....doakan kami smpat smpai situ eh! Aamiin~~
 





Friday, 9 November 2012

Gembirakan Orang...Bahagiakan Diri SEndiri..






Assalamualaikum warahmatulliwabarakatuh...Salam Mesra..Salam 1 Malaysia..hehe~


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
 
Kat atas tu lagu nasyid ..by UNIC..dulu la..skrg dah UNIQUE...sama je orgnye..sama je matlamatnya..juma di rebrand kan smula jek~ Well..lagu kt atas tu lagu kesukaan KD ( kata ganti nama diri saya skrg! ).. Memang sejak mula2 lagu ni kluo..KD mmg suka , gemar dengar lagu nih~ Suke dgn susunan lirik dia..sgt bmakna.~

KD tringat hadis Rasulullah SAW yg pnh KD baca dlu..
 
" Amal yg paling dicintai Allah Taala adalah rasa gembira yg engkau resapkan ke dalam hati Muslim ataupun kau keluarkan masalah daripadanya atau membayarkan hutangnya" 
 
Subhanallah...tengok..betapa pemurahnya Allah Taala kepada kita hatta menggembirakan hati manusia lain pon membolehkan kite dpt pahala.... so..kalau kite sakitkan hati orang lain...dapat dosa la kan? huhu~

Bila kita bjaya bahagiakan org lain, gembirakan org lain, InsyaAllah org tu mesti doakan kebaikan untuk kita kn? kat situ la timbul rasa bahagia dalam diri sendiri kalau kite betul2 cari. Tapi kalau kita x ikhlas, org x gembira, x dtg rasa bahagia tu...

Bahagia ni subjektif. Berbeza pengertiannya pd setiap orang. Kebahagiaan yang org lain cari x sama seperti yang kita dambakan. Walau apa pun jua...x kira bagaiamana bentuk bahagia yang dicari, itulah bahagia. Sama macam lirik lagu kat ats tu..
 
"Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati

Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa

Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan"

Tapi, kalau  kita x bahagia, boleh ke kita nk bahagiakan org lai ek? Kene pk nih! 



Tuesday, 9 October 2012

AHMAD ADAM SYUKRI...kamu buat anty menangis!!

Ahmad Adam Syukri.....

Maafkan anty. Anty terlewat untuk mengetahui kisah kamu..lantas menyenaraikan kamu dalam doa anty. Namun anty tahu..doa anty, juga doa mereka2 yg lain, tmasuk IBU kamu, kluarga kamu sudah Allah dengar, Allah terima. Namun kamu harus sabar sikit saja lagi sayang...Dari Allah kamu datang, pada DIA juga kamu pasti kembali.






Tersentuh  hati anty melihat kamu, wajah kamu, bentuk kamu, mata kamu, bibir kamu. Nyata sekali ujian Allah itu tidak mengenal siapa sayang, dan kamu harus bersyukur kerana kamu insan yang dipilihNya. Begitu juga ibu kamu, serta seluruh keluarga kamu. Maha Besar Allah yang menjadikan kita semua. Anty tahu keperitan yang kamu tanggung, kesempitan, tekanan yang ibu kamu tanggung, hadapi dari hari kelahiran kamu sehingga kini. Namun..janji Allah itu pasti sayang...Allah sentiasa bersama mereka yang sabar. Manisnya sabar itu bila kamu redha. Anty doakan yang terbaik utk kamu, Allah jua tahu apa yang DIA tetapkan utk kamu yg sekecil itu. Untuk Ibu kamu yang setabah itu..


AHMAD ADAM SYUKRI
Lahir: 4/3/12 TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PADA SARAF OTAK.
Lahir secara vacuum pada 04-03-2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan mengalami injured, telinga kanan tidak dapat mendengar kerana kerosakan. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal  amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak



Yang sayu, bila mendengar sendiri si ibu Noraisah begitu sabar dan tabah. Tidur cuma sejam sehari kerana menjaga Adam seperti menatang minyak yang penuh.

 
 
Allah pilih Noraisah Mohamad Malena (ibu Adam) untuk semua yang dia tanggung. Sebak bila dia:
“Jika saya pergi dulu, saya harap suami saya akan terus jaga Adam sepertimana saya menjaga Adam sekarang.
“Jika ini yang dianugerahkan Tuhan kepada saya, saya terima Adam. Saya doa semoga Adam akan sihat, kan Adam?” sambil bercakap sambil melihat Adam. Dicium Adam.
“Saya ingin nak lihat Adam sihat dan membesar dan memanggil saya, ‘Mama’”.
“Adam tidak pernah membebankan saya, kan Adam?” kembali melihat wajah Adam. 
 
Dan sama-samalah kita berdoa, seperti kata ibunya “saya akan jaga Adam selama mana Allah pinjamkan dia kepada saya. Saya bangga kerana dapat peluang menjaga seorang ahli syurga.


Tingat anak5 yang Allah pinjamkan untuk saya di rumah. Juga suami yang dipinjamkan. Juga diri, anggota badan segalanya yang tetap milik Allah....mohon dipanjangkan umo anak5 juga suamiku Tuhan..juga untuk adik Adam serta ibunya. Tabahkan hati mereka Tuhan. :(







Sunday, 23 September 2012

Bila Lupe menguasai!



 Wow!! hampir 3 bulan x update blog ni...adik makcik c Ketty a.k.a umi Kesya pon dah bnyk en3 dia post. Sebenarnya makcik hilang ingatan...hilang ingatan pd blog ni...bukan makcik x jengah, tp sebab xde masa, bz ngn anak5 makcik n kne bebel ngan kawan makcik ! wassup x bagi, fb x bagi, sume x bagi! Dia kata kn lbh baik bc quran! Semak quran..apal Quran!! Lat2 dia pulak ingatkan makcik pasal en3 15hb Mei 2011!! Adoyainye pon!!

Oleh kerana POKE beliau ni la..makcik "TER bukak" balik blog makcik n ringankan tgn update blog ni!

Memang makcik rasa blog makcik ni da sikit terabai....lebih2 lg makcik asyik bkepit dengan Samsung canggih makcik..( canggih la sangat!) Makcik bz la...kadang2 ade ms nk update, tp kadang2 makcik rasa ms tu lbh baik makcik gunakan utk anak5 makcik! Kan masa tu emas..n makcik x nk jd org yg rugi kerana demi masa tersebut!~

Tetiba pagi2 gini, makcik tpanggil untuk jengah blog ksayangan tempat makcik luahkan apa yg makcik rasa..tempat makcik nk share apa yg patut...hehe..(ni pon pinjam lappy sepupu makcik~ makcik teman My Kanda dtg brubat kt umah dia nih)

Pasal ilmu hitam...pasal sihir...pasal jin, pasal hantu, pasal syaitan, dan semua itu bkaitan dengan KUASA Allah yg Satu, TIADA 2 maupon 3..~

Semoga Suami makcik...anak5 makcik tselamat dr dengki khianat manusia maupon jin! Hujan2 gini makcik nk panjatkn doa bnyk2....kawan makcik kata waktu hujan2 lebat gini..lebih afdal bnykkan bdoa! tq kawan!! Jasamu makcik akan ingat sampai mati~ :)

Monday, 18 June 2012

Rupe-rupenye...

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah, dialah insan yang seringkali menyapu air matanya tatkala bersendirian.

               Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata penuh semangat dan perangsang kepadamu,
               Ketahuilah, tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah, dialah insan yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

               Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, 
               Ketahuilah, tatkala itu dia sedang membalut luka di dadanya setelah sekian lama.

Seseorang yang sering memberikan hadiah kepadamu,
Ketahuilah, dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

                Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
                Ketahuilah, dialah seorang wanita yang setia yang tidak mampu bersuara tatkala bersendirian.

Monday, 14 May 2012

pre=kenduri ksyukuran Babah n Abib plus Cukur jambul Aariz

Alkisah kali ni makcik nk story pasal psiapan kenduri kesyukuran sempena MIL n FIL makcik nk p Umrah, plus kenduri cukur jambul jantung ati makcik Syed Aariz Zeeqry yg dah nk masuk 2 bulan ni..
Majlis tu kami rancang nk buat pd 26hb Mei 2012 ni, kul 7.45 mlm kt umah MIL n FIL makcik kt Kota Tinggi, Johor.

Makcik punye selamba, satu ape pon makcik x buat..makcik berangan ada pari2 tolong buatkan ke? hhahhaha.....so..last wik makcik pon mula lah menempah kuih yg makcik idamkan...makcik ingat nk buat sendiri, tp nk jugak tempah...[malas la tu] makcik order apam polkadot..400 biji dik non! hehehe...ala x pe..sedekah kt budak2..xlupe jgk makcik tempah triffle ngn Noorul comel sahabt makcik kat opis....ssaje je..[malas lg la tu sobonarnyo...]hehhehe..

Pas tu tang goodies yg makcik nk edar kt geng2 marhaban nnt, makcik google je kt tenet ni n makcik ingat nk DIY je goodies bag tu..macam sonang aje.cuma sompat x sompat aje la makcik nk mciptanya...[mintx2 sempat]  ...ape yg akan makcik letak dlm goodies bag tu nnt...makcik rasa mggu dpn baru makcik sumbat! 
[  mana yg sempat je la tu nnt ] huahuahua...

Haaa...kali ni makcik create kad jemputan yg ala2 simple jek...gatai x tau nk buat ape time cuti lama gini, makcik design aje la..hehhehe...nk tgok? nah: 

comey kan muke Aariz..gorammmmmmm!!!


Makcik print x bnyak la...bg kat MIL n FIL edar utk bagian depa kt geng Yaasin nMarhaban Taman tu....pas tu bagian makcik nk edar kt kengkawan makcik belah JB nih! Boley la kn...@least nmpk gak effort makcik! smoga Allah kire! hehe....

Ok la..tu dulu utk en3 kali  ni...
nnt makcik hapdet lg!

salam~illal liqa'..

Wednesday, 9 May 2012

TeTApI


Kau bicara kau pinginkan syurga hakiki
tetapi...
Kau tidak rela menceraikan dunia yang mimpi

Kau bicara kau mahukan Muhammad si suami
tetapi...
Kau tidak tegar seberani Khadijah si isteri

Kau bicara kau mendamba hidayah Ilahi
tetapi...
Kau tidak rakus membuka pintu hati

Kau bicara kau buntuh kasih abadi
tetapi..
Kau tidak mencintai  kekasih Yang Esa ini

Kau bicara kau perlukan masa lagi
tetapi..
Kau tidak menyedari maut sedang menanti

Kau bicara tetapi itu tetapi ini
Kau bicaralah 'tetapi' sehingga kau tiada lagi.

Friday, 13 April 2012

✿ Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN ..


✿ Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA ..


✿ Belajarlah TAAT walau BERAT ..


✿ Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI ..


✿ Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN ..


✿ Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA ..

✿ Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI ..


✿ Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH ..


✿ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH ..


✿ Percaya bahawa Allah SWT sentiasa dsisimu ...::ndrk::





Saturday, 7 April 2012

BeRkat ke Rezki, Ilmu & UsiA kite ek?

Salam selamat malam...
Sejuk! Jb ujan je dr pagi ...n suasana ujan ni buatkan sume suram...sesejuk ati makcik ni ha...sesuram ati makcik yg tgh bpantang ni...i ve 22 more days to go! ahaks~ cheer up Doty!!


En3 kali ni mcm nk tulis sesuatu yg berat la..tentang B.E.R.K.A.T~~ xtelly kawan makcik yg tetibe bg gist dia..n tajuk skali..kuang3...so, kunun2 idea asal tu kawan makcik punye, yg menggorengnya makcik la!




Apa maksud berkat sebenarnya?.
Dari segi bahasa berkat atau “barakah” bermaksud bertambah dan berkembang. ia menunjukkan ‘kebaikan yang banyak’.
Jika sebelum makan kita mohon Allah memberkati makanan kita, maksudnya kita minta makanan itu bermanafaat untuk kesihatan tubuh badan kita supaya tubuh kita kuat, tidak berpenyakit dan jiwa terasa ringan untuk melakukan benda yang bermanaafaat untuk hidup kita di dunia dan di akhirat.
Dalam Islam ni...semua benda kalau kite sandarkan pada Allah, InshaAllah..berkatnye ade! Makcik percaya Allah dah tetapkan sesuatu untuk semua hamba Dia & walaupon kite x suke dengan satu2 benda tu, tp Allah kata baik utk kita..maka baik la...InshaAllah..
Hari ni kita cuba sentuh tentang Berkat pd usia...
Panjang atau pendek umur kite tu pon Allah yang tentukan dan sudah tertulis pon kt Luh Mahfuz ...so.pendek ke panjang umur kite, yg penting dan yanng mnjadi persoalannye ialah...berkat atau x usia kite ni? Sebagai contoh yang kawan makcik share ngn makcik..[ skunk ni makcik nk share ngn sape yg mbaca ni la...moga ilmu yang dsebarkan ni bmanfaat la ye]..
contoh yang kawan makcik bagi ni ialah Imam Nawawi. Tahu x sapa Imam Nawawi? Makcik ni pon idok le maher sangat, tp makcik nk juge bekalkan crite2 gini pada anak2 makcik, so, makcik google aje cr maklumat pasai Imam Nawawi ni..

Beliau adalah tokoh Islam yang sangat masyhur dan tidak asing lagi di kalangan umat ini. Beliau bergelar sebagai Al Hafiz yang bererti beliau telah menghafaz lebih 100,000 buah hadith. Dan beliau juga diberikan gelaran sebagai Syaikhul Islam yang mengarang berbagai-bagai kitab dalam berbagai tajuk yang penting.

Dan apabila kita menelaah kitab-kitab feqah dalam mazhab syafie rahimahuLlah ta'ala maka kita sentiasa menemui nama beliau di dalamnya. Bahkan ulama mazhab syafie telah bersepakat memuktamatkan pendapatnya dan merajihkannya (mengutamakannya) berbanding dengan pendapat ulama yang lain. Oleh kerana itulah beliau juga digelaskan sebagai Muharriul Mazhab iaitu - ulama yang dapat menghuraikan semula mazhab Syafie dengan kupasan yang sangat mantap sekali.

Nama beliau ialah : Yahya bin Syaraf, kunyahnya ialah Abu Zakaria dan nisbahnya ialah : An Nawawi kerana beliau dilahirkan dan juga meninggal dunia di sebuah tempat yang bernama "Nawa" di Hauran, Syria.

Beliau dilahirkan pada tahun 631 Hijrah di Nawa dan belajar asas-asas ilmu di kampungnya sendiri daripada beberapa orang ulama yang ada di sana.

Bakat Imam Nawawi sebenarnya terserlah sejak beliau masih kecil lagi. Maka adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hati guru beliau yang bernama Syeikh Yasin bin Yusuf Zarkasyi rahimahuLLahu ta'ala melihat Imam Nawawi pada ketika itu berumur 7 tahun bersama dengan kanak-kanak lain di kampungnya. Syeikh Yasin ini melihat kawan-kawannya memaksa beliau untuk bermain bersama-sama dengan mereka, sedangkan beliau tidak mahu berbuat demikian lalu beliau duduk menyepi seorang diri di tepi jalan sambil menangis dan membaca al Quran al Karim.

Melihat keadaan ini guru beliau tadi jatuh hati dan sangat menaruh belas kasihan kepadanya lalu beliau menemui ayahnya dan menasihatkan supaya anak ini (Imam Nawawi) jangan dibiarkan bermain-main bersama-sama dengan kanak-kanak, tetapi hendaklah diberikan penumpuan untuk mengaji di madrasah. Maka adalah diharapkan beliau kelak akan menjadi seorang ulama yang besar pada zamannya.

Setelah kejadian itu, ayah Imam Nawawi terus sahaja memberikan penumpuan supaya anaknya dapat belajar lebih teratur dengan beberapa
 orang ulama yang ada di sekitar kampungnya, sehingga tibalah masanya untuk beliau dihantar melanjutkan pelajarannya ke Damsyik, ibu negeri Syria, iaitu pada tahun 649 Hijrah.

Imam Nawai telah sampai ke maqam yang tertinggi dalam tiga perkara, seandainya beliau sampau hanya kepada satu perkara sahaja di antara tida perkara itu, maka beliau telah layak untuk dijadikan ikutan.

Yang pertama - ialah dari segi kedalaman ilmu pengetahuan. Yang kedua - dari segi kezuhudan terhadap dunia. Yang ketiga - dari segi menyuruh dengan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran. 
Di saat-saat terakhir beliau berada di Damsyik terjadilah satu ketegangan antara beliau dengan Sultan yang memerintah ketika itu, iaitu Sultan 
Zhahir Baibras (625-676H). Ketegangan ini berpunca kerana Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala tidak mahu mengeluarkan fatwa bersama-sama dengan ulama lain yang mengharuskan Sultan mengambil sebahagian daripada harta rakyat untuk persiapan menghadapi serangan Bangsa Moghul (Tatar).
Keenganan Imam Nawawi ini adalah disebabkan beliau telah mengetahui dengan yakin bahawa sultan memiliki ratusan orang hamba perempuan di istananya, dan masing-masing mempunyai perhiasan yang mahal-mahal dan Sultan juga banyak memiliki hamba lelaki. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala berkata :
Seandainya tuanku Sultan menjual semua hamba-hamba itu dan membelanjakan semua barang kemas yang ada pada mereka untuk keperluan perang, dan ternyata masih belum mencukupi, maka saya bersedia mengeluarkan fatwa bersama bagi membenarkan tuanku mengambil harta rakyat.
Ketegangan ini membuatkan Sultan Zhahir murka kepadanya dan Baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar meninggalkan Damsyik. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala menerima perintah pengusirannya dengan hati yang lapang kerana beliau tidak mempunyai sebarang hajat di sisi makhluk ini dan beliau juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan, baik dari segi kedudukan ataupun harta benda.
Maka Imam Nawawi ra
himahuLlahu ta'ala dengan segera mengembailkan kitab-kitab yang beliau pinjam dan beliau juga pergi menziarahi kubur guru-gurunya untuk mendoakan mereka dan juga menziarahi sahabat-sahabatnya.
Yang masih hidup untuk meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Setelah itu terus sahaja Imam Nawawi balik ke Kampung di Nawa. Dan setelah beliau bertemu ayah dan keluarganya beliau pergi menziarahi ke Baitul Maqdis dan al Khalil lalu beliau kembali semula ke kampung halamannya.
Di Pihak Sultan zhahir Baibras pula, walaupun telah mendapat fatwa dari ulama yang lain yang membenarkan Baginda mengutip sebahagian harta rakyat untuk persiapan perang namun kerana fatwa ini masih belum disokong oleh Imam Nawawi RahimahuLLahu ta'ala maka Baginda sultan masih belum berani bertindak dan akhirnya kutipan itu tidak jadi dilaksanakan.
Para ulamak yang merupakan murid Imam Nawawi yang tinggal di Damsyik membuat rayuan kepada Sultan Zhahir supaya baginda berkenan membenarkan semula Imam Nawawi untuk mengajar di Damsyiq. Lalu para ulama ini berutus surat kepada Imam Nawawi dan merayu agar beliau dapat kembali semula mengajar di Damsyiq. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala berkata : Aku tidak akan kembali mengajar di Damsyik kalau Sultan Zhahir masih berdaulat di sana.
Kemudian dengan kehendak ALLah ta'ala tidak lama kemudian selepas itu, Sultan Zhahir Baibras meninggal dunia dan dikuburkan di sana (Damsyiq). Manakala Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala pun jatuh sakit dan akhirnya beliau kembali ke rahmat ALlah di kampungnya., disisi orang tua dan keluarganya pada 24 Rejab 676Hijrah dan dikuburkan di sana (Nawa) dengan umur yang hanya 45 tahun sahaja. Tetapi dipenuhi dengan mujahadah dan keasyikan mencari ilmu serta menyebarkannya sehingga beliau meninggaldunia dalam keadaan bujang.
Antara keistimewaan Syaikhul Islam Imam An-Nawawi merupakan seorang ulama' yang diterima fatwanya oleh pelbagai mazhab dan pegangan. Tokoh-tokoh seperti inilah sepatutnya dijadikan idola kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Jesteru itu kan...makcik nk ajak sume, marilah kita muhasabah diri kembali,.menghisab amal sehari-hari, apakah kita telah melakukan kewajipan kita di muka bumi ini sebagai hamba dan khalifahNya dengan sebaik-baiknya ataupun sebaliknya. Cuba perhatikan, bagaimana kita berpagi-pagi. Pukul berapa kita bangun? Pukul berapa kita bersolat subuh? Adakah dengan berjemaah atau lebih senang dengan berseorangan diri? Selepas solat apa yang dilakukan? Pergi awal kah ke kuliah? Apakah lagi amal soleh yang kita lakukan sepanjang hari? Masih lagikah kita merutinkan diri kita melakukan amal-amal rapu yang tidak membawa apa-apa faedah dan juga tidak langsung mendekatkan diri kepadaNya. Soallah diri kita. Hisablah sebaik-baiknya. Sejujur-jujurnya. Kerana kitalah yang lebih mengetahui apa yang kita lakukan sehari-hari. Apakah membawa kepada ketaatan, ubudiyyahkepadaNya ataupun mampu untuk mengundang murka Allah SWT. Sama-sama kita mohon perlindungan dari perkara tersebut. Sabda Baginda Rasulullah SAW wajar menjadi panduan kepada kita:

Makcik nk memetik kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Hujjatul Islam, Al Imam Al Ghazali apabila beliau membicarakan tentang usia manusia. Katanya usia yang telah ditetapkan oleh Allah bagi setiap manusia adalah merupakan modal untuk dirinya beramal. Maka terpulanglah kepada diri seseorang itu menggunakannya. Jika digunakan sebaiknya maka beruntunglah dirinya di akhirat kelak sementara jika tidak maka rugilah dirinya di akhirat kelak. Kalam ini seharusnya menyedarkan kita dan memberikan kita semangat untuk kembali mengoreksi amalan kita sehari-hari agar tidak lari dari matlamat hidup mencari redha Allah SWT. Kerana kita sendiri tidak tahu sekadar mana modal yang diberikan oleh Allah untuk kita lalui sepanjang kehidupan ini. Ada yang diberikan Allah sekadar 20-30 tahun sahaja. Ada yang diperuntukkan lebih lama hingga 100 tahun lamanya. Sabda Nabi:

Umur ummatku adalah antara 60 ke 70

Justeru apa yang patut kita perhatikan bukannya selama mana kita hidup di dunia ini namun sebanyak mana amal yang dapat kita lakukan dalam kita melaluinya. Imam-imam dan tokoh-tokoh besar Islam suatu masa dulu seperti Imam Syafie, Imam Nawawi dan lain-lain kebanyakannya tidak dikurniakan Allah umur yang panjang namun sumbangan mereka terhadap Islam cukup besar dapat dilihat pada hari ini. Betapa berkatnya usia yang Allah kurniakan kepada mereka. Begitulah juga halnya dengan diri kita. Walaupun mungkin kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka. Menyumbang seperti mereka namun kita masih mampu dan berdaya untuk meneruskan hidup ini dengan panduan hidayah daripadaNya. Sama-samalah kita berdoa ke arah itu.

Pernah suatu hari, Rasulullah menceritakan kepada para sahabat, perihal seorang hamba Allah dari golongan bani Israel yang telah beribadat kepada Allah beribu-ribu tahun lamanya. Allah telah meletakkan dirinya di sebuah pulau seorang diri, dan kemudian telah menumbuhkan sepohon buah yang mengeluarkan buah setiap hari untuk dia makan setiap hari selama dia beribadat hinggalah dia meninggal dunia. Akhirnya tibalah waktu untuk hisaban amal. Setelah ditimbang segala amalan lalu Allah berfirman “Masukkanlah hambaku ini kedalam syurga dengan rahmatKu” namun segera di pintas oleh si hamba Allah tadi “bahkan dengan amalku (amalan dia beribadat selama hidupnya)” Lalu Allah memperkenankannya lalu amalnya kembali ditimbang dan akhirnya melayakkannya untuk masuk ke neraka. Lalu segera si hamba Allah ini memohon keampunan agar dia kembali dimasukkan kedalam syurga Allah dengan rahmat Allah SWT.

Jadi,  walau sebanyak mana pun amal yang kita lakukan, kita tetap mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah dalam menentukan apakah nasib kita di akhirat kelak. Apatah lagi, kita sendiri tidak tahu bilakah lagi kita akan dijemput oleh Allah mengadapNya di akhirat kelak.
Jauhkan diri daripada melakukan maksiat kepadaNya dalam kita menuntut ilmu kerana Ilmu itu tidak akan pergi kepada mereka yang melakukan maksiat kepada Allah. Hiasilah kediaman kita dengan amal-amal soleh, membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya supaya kita sentiasa dikelilingi oleh rahmat Allah dalam perjalanan kita menuntut ilmu di ard kinanah ini. Sama-samalah kita berusaha mendapatkan keberkatan dalam usia yang kita lalui. InsyaAllah...


kite sambung kt en3 yg lain plk...

tq to kawan makcik yg slalu bg tazkirah kt makcik...:)

Monday, 2 April 2012

Syed Aariz Zeeqry Allatas

Salam buat semua sahabat2, teman2 dan sesapa jua yg menyinggah kt page ni!!
Syukur pada Allah atas semua kurniaanNya pada kita..terutama nikmat Iman dan Islam...Alhamdulillah~ 
En3 kali ni makcik nk share pasal orang yg kami nanti2kan selama 9 bulan sbelum ni...
Khalidah kecil kami kali ini makcik namakan Syed Aariz Zeeqry..makcik mmg kalau pregnant akan prepare nama awal2 supaya senang, lepas je Doc tunjuk baby, nama trus ade! 
Nak dijadikan en3, malam 21/03/2012 tu, makcik macam rasa x sedap ati je. Masa tu, My Kanda x de kat umah...tinggal makcik n anak4 n oso bibik je kat umah...malam tu makcik tido awal...Alhamdulillah...boleh lak makcik tdo..x mcm ari2 sblumnya..
malam sblum mkcik deliver...:(

Pas tu, kul 5pg, makcik makcik terbangun, perut makcik mengeras aje. Makcik pusing kiri, x jugak lega, Makcik pusing kanan, x jugak lega...makcik bangun g toilet n lepas ajat kecik. pa tu makcik sambung tdo atas 'kusi malas' yg ade kt umah ni! Sejuk sgt w/pon dah off econ..makcik terik n slimut badan ketat2! huhu...
Then, kul 6.30 makcik tsedo balik..makcik rasa mcm ade basah kat suo kecik makcik...makcik g toilet n tenok..mmg ade sikit la...tanda nk bsalin tu! Makcik nebes la...makcik terus amek air smayang n solat subuh, makcik doa bnyk2, mntax ampun kat Allah ats sume dosa...lps solat, makcik call My Kanda yg may b tgh bg tazkirah pd student2 kat Kem Bina Semangat Ulu Tiram tu..bnyk kali gak makcik call dia, dia x angkat n @last makcik bg msj jek...
Tepat kul 7, My kanda call makcik...cuak jgk suara dia sbb makcik nangis...ntah knp la makcik nangis tu pon makcik x sempat pk. May b sbb makcik nebes kot! Kanda makcik soh  makcik mntx tolong sesapa anta makcik g GH sementara dia shoot balik laju2..ksian Kanda makcik....Makcik pon sempat la minum milo segelas, n makan nudget sebiji...[ x selera nk makan sbb pk kn anak2 yg nk kena tinggal! Teeha lg nk g skul,..sempat makcik pk]
Makcik call kawan makcik Arjuna, a.k.a. Fairus , mntx dia anta makcik...n dia ajak Rosa utk mudahkan urusan dia...Alhamdulillah...around 7.30 Arjuna n Rosa sampai..siap jemput makcik depan pintu lg...pas tu, makcik turun je kat bawah, Kanda makcik pon sampai....naik kete Perdana Polis..hehhehe..so..bmulalah pjalanan makcik tuk g bjuang!
Sampai je kat  HSAJB, makcik tuko unipom...bukan ape, senang doktor nk check makcik nnt! Rosa dok ade je teman makcik!( tq Rosa n Arjuna....n to my lovely Kanda!! love u guys more than my life!) .
Sambil2 tunggu giliran makcik nk kena check..makcik selawat bnyk2, istighfar bnyk2...buat bekal makcik yg bnyk dosa ni..makcik baca doa haikal n pghulu istighfar...
Makcik dok kire2 la time tu...doktor lelaki ke pompuan yg akan entertain makcik nnt...rupe2nye makcik dpt doktor lelaki, a chinese doc, very young, n very soft! Makcik tenung tang jari dia...runcing n halus je..[ bukan ape...jari tu la jap lagi akan wat VE check kat makcik]..so..dia pon check la tut tut makcik...nk check jalan yg akan baby guna utk kluo nnt...masa tu, makcik tarik nafas dalam2...makcik tenangkan diri...sekali doc kata..." Jalan u dah bukak 6cm da ni....I tolong besarkn jalan n pecahkan waterbag u ok!" 
Gulp!!! 6 cm...padahal makcik sakit bukannye lama, kul 6.30 tu la yg paling sakit...membawak ke jam 8 lbh tu....cepat sungguh poses bukak jalan dak nih!! [ Alhamdulillah...]
Pas tu, makcik trus ditolak naik wheelchair ke LR..dah bsedia tuk bjuang dah! Rosa msih lg ade ngn makcik..sempat bg baju baby n bg makcik minum air!! Tp...Kanda makcik x de. turun bawah pulak ngn LOLOQ sbb lapar sgt..ksian dia...Makcik call aje dia mintax maaf bnyk2 n mintak dia standby aje kt kaunter bilik saringan HSAJB..
Nak dijadikan story...punyela ramai ibu2 yg bsalin Khamis , 22/03/2012 tu..katil pon x cukup! So..makcik masuk bilik no 5, time nk masuk, ade satu ibu India yg baru je lps lahirkan baby dia...awwww...ade darah kat lantai bilik yg they all x sempat kemas...makcik redha aje la keadaan tu...sbb tmpat makcik nk baring tu dah siap kemas n bersih aje!! 
Errrmmm..mula lah misi makcik nk bjuang. Nurse2 pelatih tu pon mulakan lah keje2 dorg, msukkan air pd makcik n wat CTG tuk monitor gerak n jantung bb!! Sakit jgn cakap la..mmg sakit sekali2 dtg ...tp x kn makcik nk nangis! Makcik sabo n continue baca sume yg makcik dah amalkan sejak anak  sulung dulu...
Makcik tgok jam kul 11.30 pg...makcik rasa nk meneran mcm ssuatu nk kluar...makcik gtaw nurse n nurse pon soh makcik push!!! Alahmdulillah....sekali je makcik push...5 minit kmudian, makcik dengar suara baby makcik!! Merah sangat kulit dia...kecik aje...n makcik nmpk angry bird dia....[lelaki lagi!!] Makcik sempat ucap Alhamdulillah yg jelas dpt nurse2 kt situ dengar..sume epi utk makcik n ade salah sorg nurse tu kata..." akak ni bagus la...x nangis, x jerit, tenang aje...sy dok dengar akak ngaji n istighfar aje....bagus kak!! Sy pon nk jd macam akak gak la nnt!!" Alahaiiii...makcik ni bese je dik non! Jahat tetap ade..tp makcik usaha nk jd baik w/pon masih x baik di mana org!! :(

Aariz wif abi..2nd day Aariz tgok dunia.. :)

Back to mmy baby.... nurse tu pon mule lah bersih2 kn makcik n by 11.45 pg...makcik dah siap disiang2 td...kuikuikui...n kul 12 gitu, Kanda makcik masok dengan muka yg blurr n tnye: " ayg da bsalin ke? knp dorg x pnggil abg? abg kn kt luar je dr td....." 
Ksian Kanda makcik...x dpt nk sambut bb kali ni...tp dia epi sbb tgok muka bb mcm muke dia! putih pon mcm dia, n tinggi mcm dia! Dia puas ati....sempat gak dia usap2 dahi makcik n tium makcik! :) tharu  makcik skjap! ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee;) mana x nye...makcik bjuang sparuh mati , btaruh nyawa nk bg dia lg sorg baby n yg pnting mramaikan keturunan dia...tu yg dia bangga ngn makcik! makcik suke n rela lahirkan zuriat dia...
Dah lps seksa tu...makcik kna Q utk masuk ward...td kn makcik kata ramai yg bsalin tarikh ni, so..ward pnuh...makcik dtempatkn kt ward kls 3..huk huk huk...tp, prancangan Allah kn hebat! makcik dibenarkan doc utk balik n rehat kt umah...mmandangkan makcik sehat n bb pon dah poo poo..dia bg la makcik balik...cepat je tangan makcik capai tpon n call Kanda makcik mntx jemput..
tp nk poses2 sume tu, kul 6 lbh jgk makcik balik.. Babah, Abib, Loloq, Rosa, Fairus, Midi sume dtg iring makcik time makcik nk discharge tu...sonot sgt!!
Makcik rasa klahiran bb kali ni paling senang n segalanya dimudahkan Allah...Subhanallah....
makcik syukur sgt2!!
my lil caliph..
<3 family makcik kerana Allah....

Wednesday, 28 March 2012

Ada banyak penyakit dalam dunia ni....dan dalam dunia manusia....ada jugak penyakitnya: 




penyakit cakap~tipu
penyakit ilmu~lupa
penyakit ibadah~riak
penyakit kaya~kikir
penyakit malu~lemah
penyaki akhlak mulia~bangga
penyakit berani~menyerang
penyakit tampan~sombong
penyakit bangsawan~bangga diri
penyakit agama~diperturunkan
penyakit dermawan~ckp tntng pemberiannya.

:: ILMU BERMULA BUKAN KETIKA KELAS DIMULAKAN ATAU KETIKA HELAIAN BUKU MULA DISELAK TETAPI SAAT RASA HATI INGIN UNTUK BELAJAR ::



kata hati~

Tuesday, 20 March 2012

TAKING TIME TO SMELL THE ROSES!!

Feel de roses! Now not later...like de beezeees...

rainbow rose! cantikkan? 


Tebiat ke ape makcik pepagi bute hapdet blog n cakap pasal bunga ros?

xtelly...td makcik tgok tv Al-Hijrah...slot Refelections...arini dia tak bout macam yg tajuk en3 makcik tu le....Taking Time To Smell The Roses!!


Mula2 makcik x faham la apa related nye talk dia dgn bunga ros..
then bila dah dengo (slot ni in English taw sbb tkg cermah dia negro ) baru le makcik faham n makcik dapat kaitkan sumenya...

Apa yg makcik dpt simpulkan kt sini...mlalui pemahaman makcik la ye...
penceramah ni menekankan tentang sikap manusia kini yang suke, leka mengejar sesuatu yg x pasti, belum tentu dpt dijangkau, rather than menikmati, menggunakan lantas bsyukur dgn sesuatu yg dah Allah tetapkan utk kita, dekat ngn kita...senang ckp...take 4 granted la..


It reminded of the saying about taking time to smell the roses, because too often we are so busy in our lives that we don’t stop to savor the moments of special significance or even everyday significance.  



Penceramah ni asyek dok ulang ....take ur time...smell de roses! feel it...like a bee...
n penceramah ni kata...Allah dah kurniakann kita akal n keistimewaan yg lbh bbanding lebah yang hanya dicipta dan diperintahkan utk menceri bunga yg hanya ada madu, dan menghisap madu tersebut...bbanding dgnn kita manusia yanng Allah kurniakan akal utk membezakan mana satu ros, mana satu bunga yg x ada madu...Subhanallah....maha Bijaksana ...


We must enjoy the little things for one day we may look back n realize dat they were teh big things for us...




kalau kite tgok senario sekarang..manusia kini lbh pentingkan dunia dr akhirat...sibuk kejar harta, abai tangungjawab pada suami/isteri, anak n kluarga..sedangkan mereka ini lah sebenarnya wajah2 indah, mawar yg bharga lg harum buat kita...






siapa kita nk pastikan yang kita akan kekal hidup lg 2 saat maupon minit? Kenapa x gunakan sedikit masa yang kita ada, untuk duduk bbual, senyum, tukar2 cerita dan saling bkasih sayang antara klaurga kita rather than nk bgaduh? Kan rugi? menggunakan waktu yg ada, utk bgaduh, cr pasal, dan akhirnya merugikan diri sendiri....

sbb tu makcik ni...mmg rasa 24jm tu x cukup utk makcik rasa kasih sayang suami makcik, anak4 makcik dan org2 sekeliling makcik!! Bukan makcik pengemis kasih sayang...tp itulah diri makcik...makcik sayang org dan suka disayangi!!  

semoga makcik dpt sampaikan sesuatu  w/pon makcik rasa en3 makcik kali ni agak bterabor!!! makcik tgh bdebor tggu time nk bsalin nih!! td pinggang makcik da bg hint..tp ni dah ilang plk hint tu...may b baby nk make up lagi kot...huhu~

Saturday, 17 March 2012

seksa ke menunggu?

Alhamdulillah...makcik dah cukup bulan...harini 17/03/2012 makcik dah 39 minggu...maknanya due makcik 20hb ni cukup la 40 minggu makcik gendong , usung perut boyot makcik ni ke mana2.

Makcik still sabar tunggu bila la baby ni nk kluo! Biasanya , kalau ikot pengalaman makcik yg lepas2...kalau due makcik 20hb, a week b4 daby dah kuo...tiga2 anak lelaki makcik lahirkan mmg awal seminggu dr tarikh jangakaannya~ tp kali ni.....jeng3....ke baby girl? aekekekekekek~ seronoknya makcik kalau btul2 girl yg muncul..teeha dpt kawan, makcik lepas gian! heheheh..

chumell kan? macam mana la makcik x tringin nk anak pompuan lg sorg....huhu~
Makcik masih lagi menunggu...n berharap jugak la agar yg kluo nnt spt yg makcik idamkan. tp kalau x pun..makcik terima aje dengan rela hati...Asal baby makcik sehat, sempurna sifat , akal fikiran sume...alhamdulillah....makcik nk reserve en3 yg lain bila bahy dah kuo nnt....
so...kite tggu...whether SHARIFAH RANEEYA SOFEA  atau  SYED AARIZ ZEEKRY yg muncul ok!!!!

Wednesday, 29 February 2012

LA TAI ASU MIN RAHMATILLAH....kata kawan saya!

Hidup ini bukan hanya ada kanan dan kiri. Sebagaimana ketika kita mahu melintas jalan. Memadai berpaling ke kiri dan ke kanan. Tetapi secara keseluruhannya, kita perlu menerima hakikat bahawa kehidupan ini mempunyai ruang lingkup depan dan belakang. Atas dan bawah. Hatta, luar dan dalam diri kita juga.

Sangat luas. Dari sudut dan posisi mana sekalipun, Allah tetap wujud. Dia berhak untuk menguji dan menduga kita. Tidak kira samada kita sudah bersedia atau pun sebaliknya.

Kadangkala, Dia menguji kita untuk satu tempoh yang panjang. Sehingga kita hampir berputus asa. Sehingga kita berada di kemuncak lemah jiwa. Sehingga kita rasa seperti hilang punca dan sebagainya.

Barangkali, dalam masa yang sama juga, Dia murah menambahkan lagi siri ujian lain. Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga. Belum selesai satu tugasan, disusuli pula tugasan yang lain.
Bertimpa-timpa kecil besar, berat ringan. Silih berganti untuk kita.

Semuanya bergantung kepada kehendak-Nya. Malah, tidak mustahil jika kita dikurniakan ulangan ujian dan dugaan yang sama sahaja.

Ujian yang Dia tahu benar-benar menduga ketabahan kita.

Ujian yang Dia tahu kita tidak sanggup mendepaninya lagi.
Begitulah episod kehidupan dunia. Tugasan
demi tugasan yang tidak boleh tidak kita tolak. Apatah lagi getus mempersoalkan kenapa dan mengapa.

Kita perlu ingat, ini bukan urusan kerja antara pihak majikan dan pekerja. Jika rasa tidak berpuas hati, sebagai pekerja, kita layak bersuara. Itu pun jika kita berani. Dan bukan jenis yang menurut perintah sepanjang masa.

Malah, dengan kuasa akal dan ilmu, kita boleh juga membantah mana-mana yang tidak praktikal, relevan dan rasional dengan bidang kerja kita. Tetapi,
apabila kita sudah menggalas amanah sebagai hamba-Nya, inilah sebenar-benar kerja kita di dunia.

Kerja seorang hamba.

Hamba yang berhubungan dengan Tuhannya (hablun minallah).

Maka, wajar untuk kita sedar diri. Mempersoalkan kembali siapa Tuhan kita dan siapa kita dengan-Nya?

Ya. Siapalah kita untuk berhak mempertikaikannya. Hanya Dia Maha Mengetahui yang mana satu lebih sesuai dengan kita.
Semuanya, sekadar mahu melihat sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan hamba-Nya.

Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan pakej yang lengkap untuk kita. Betapa segala ujian dan dugaan itu didatangkan bersama seribu hikmah. Tinggal lagi, bagaimana kita hendak mencari dan mengambil hikmah tersebut.
Demikian juga bagaimana kita mahu menyesuaikan diri kita dengan setiap situasi ujian dan dugaan tersebut. Tetapi awas! Allah Maha Menilai layanan kita terhadap setiap sesuatu.

Adakah kita mahu untuk ringan beristighfar dan bertenang?

Adakah kita mahu untuk mendidik sabar dan berlapang dada?

Adakah kita mahu berusaha dan bertawakal kepada-Nya?

Dan semestinya, adakah kita mahu bersyukur untuk semakin bergerak mendekati-Nya?
Nah, jalanilah hakikat kehidupan ini dengan paradigma yang positif. Makcik suka mengulang bahawa Allah telah sediakan pakej yang lengkap. Dia bukan sahaja memberi ujian bersertakan hikmah. Tetapi Dia juga sentiasa hadir bersama kita. Membantu dan membimbing kita.
Bersyukurlah selalu. Jika kita mahu menghitung berapa banyak Allah mencabut nikmat kita, nescaya tidak terhitung banyaknya nikmat yang telah Dia berikan. Bahkan, sebahagiannya masih kekal solid dengan kita.
Allah itu Maha Pemurah. Maha Penyayang.

Simbolik kasih sayang-Nya bukan semudah kata-kata. Dia datang kepada hamba-Nya dengan mengucapkan sayang. Tidak. Tetapi manis rahmat Allah, hanya yang bijak sahaja akan merasainya. Islam mengajar kita menjadi cerdik dan bukannya bodoh.

La tai'asu min rauhillah.

La tai'asu min rahmatillah.
Oleh yang demikian, beruntunglah siapa yang selalu diuji. Melainkan kita ini memilih untuk menjadi hamba yang gampang pesimis. Melihat ujian dari Allah sebagai rintangan dan bukannya tantangan.

Wednesday, 22 February 2012

Cerita Tentang Sharifah " Donut" :)

Haaaa.....smalam makcik kata makcik wat preparation n 4 de pes time wat donut kan? So..en3 kali ni makcik nk cite sal kesah makcik wat donut bersesama Teeha, Putra n Azky yg xcited nk tau n blajar wat donut!!

Makcik ingat dulu, kata org2 tua..nak ikat suami n anak2 bia kasih syg kt kita ialah melalui kasih syg
dlm masakan kite. Air tgn kite...so...sambil makcik wat donut tu, dlm ati makcik x renti2 ucap n niat agar bila anak n My Kanda makan kueh ni nnt, mereka akan bsatu hati, kasih syg sesama sendiri...amin!

Senang aje, makcik ni mmg x pnh wat donut...
tp makcik teringat resepi yang Noriana , LS41 kat opis ..dia bg pada Sabrina, kawan makcik..
makcik topanng dengo...sambil2 ingat resepi tu..tp mana yg makcik ingat je la...makcik reka2 n memandai sendiri pn ade..hehehehe
so, smalam makcik pn wat la...
nk tau resepi dia mcm mana? nah ni dia...(kalau wat x jd jgn salahkan makcik tau..sbb makcik wat jd!)

  • 1/2 kg Tepung gandum
  • 1/2 paket Ibu roti Brand Mauripan 
  • 4 sudu makan gula Pasir
  • 1/2 sudu kecil garam Halus
  • 1/2 cawan susu tepung ( nk guna susu sego pn ok gak)
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk Penaik / Baking Powder
  • Air secukupnya
Cara penyediaan
  1. Isikan 1/2 cawan air suam dicampur dengan 1 sudu kecil gula pasir dan 1/2 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang.[ JGN GUNA AIR PANAS TAW..NNT MATI LA IBU ROTI TU!]
  2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
  3. Gaul adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
  4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang dan tidak melekat pada tangan u olz..
  5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
  6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
  7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
  8. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
  9. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit. Jgn lama sangat , nnt maasuk angin balik...nk goreng x cantik..
  10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
  11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Api bio kecik je...lau x nnt itam lak..ngeh3...Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan.
  12. Angkat dan toskan serta taburkan gula halus keatas donut.
  13. Boleh jugak hiaskan donut dengan topping coklat mengikut citarasa yang disukai…..
  14. Donut ni sangat sesuai untuk minum petang atau breakfast!

Pg td , lps subuh, makcik pon mula la mggoreng...makcik kejut teeha n putra supaya dorang tgok..Azky makcik kejut x mo bangun.... .last2 da siap dia tau bangun n nk ngap kueh..heheheh
Teeha n Putra xcited n epi sbb dpt tolong makcik gaulkan donut ngn gula...suke dorang..mmg dorg penggemo donut n yg manis2...nama pn bebudak..

Feedback yg makcik dpt dr teeha, .."sedap!!.macam nenek kat kantin convent jual!" [dia nk kata umi ni mcm nenek ke?kuang3...]

Makcik bawak g opis 3/4 biji, bg sifu Norin n Noorul Badariah , kak ina, zila, fairus rasa....sume kata ..sedap n ok la 4 pes timer mcm makcik! kire makcik lulus dgn jayanye la....(yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaaaa)

Cuma makcik lom dengo ape kata pak engku makcik a.k.a My Kanda...ade lagi kt dlm esbox lps makcik goreng sparuh masak...kunun2 makcik wat cam frozen la...ngeh3....nnt ptg karang , makcik balik keje, makcik nk goreng n bg dia rasa!! Bio dia tau effort makcik utk dia n anak2...

Memproses Donut...ngeeeeee..jadi ke x ni ek?

Smalam makcik makan Donut yg dbuat oleh kawan makcik kat opis....
sedap sgt...lembut, n gebu....
( nak2 makan time betul2 lapo, bukan ol-ol nye lapo..)

So...kunun2 makcik plan nk wat sendiri memandangkan anak4 makcik mmg suke bedal n blasah donut stiap kali kami singgah g kedai kuih...
n lps pick up My Kanda kt balai td...makcik ajak g kedai tuk beli apa yg patut..hehehhee..


jap g makcik nk try wat..nk try proses...
kalau jadi, sedap...makcik cite...
kalau makcik x cite...maknenye x jadi, n x sedap..
kata kawan makcik, Sabrina...dia wat jugak ritu...tp x jd...donut dia mggerutu..kahkahkah~
sl...doakan donut makcik mnjadi ye!


mcm sedap......hihihihi..