Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, 28 August 2010

alhamdulillah....




Salam buat semua...^___^

Hari ni hari ke 15 ...anor confinement day..kuang3..alhamdulillah..selepas melahirkan Syed Aqeef Mukhreez pada 14hb Ogos 2010 yg lalu..badan ni cepat sangat sembuh n kembali sihat.

Alhamdulillah, doa aku selama ini didengar Allah..memang aku nk cepat2 sembuh n sihat sebab aku berpantang sendiri. So that , aku kena uruskan diri ( kata nk cun n selim melim..) nak urus makan pakai abang, n nk urus anak2 terutamanya Aqeef.


Dalam pada itu, ramai jugak yang bising kat aku sbb knp buat semua kerja kat umah, n kerja2 lain, even turun bawah beli makanan time x de lauk spare..n kuo jalan2 balik umh mak mertua..kalau dulu, x sebulan x kuo..ni seminggu aku dah sihat n kuo umah..siap make up lagi..wawawawa...mmg degil!




Tapi..ada perkara yg mengusutkan fikiran ni ha...kenapa pusat aqeef x tanggal2 lagi..nak kata aku x letak spirit, tiap kali tukar pampes aku sapu spirit, sambil selawat Nabi..tp knp x jugak nk tanggal? kesian dia..mesti sakit jugak tu...puas aku pk..knp ek. Tanya kat hubby masa tanam uri tu ada silap apa2 ke..sebab masa Putra dulu, abang tutup bekas periuk tanah tu, n mnyebabkan pusat Putra jugak lambat tanggal..sikit aje...bila korek balik, n bukak tutup periuk tanah tu, jam tu jugak pusat dia tanggal..tp Aqeef punya ni x pulak ditutup..then..apa masalahnya...

Walau apapun, bersyukur sangat pada Allah...Aqeef lahir ke dunia dengan mmbawa rezeki yang melimpah ruah..last wik Tuan Pengarah JBG call aku n maklumkan aku dapat naik pangkat...alhamdulillah..cuma tempat x tau kat mana lagi..n abang jugak dapat sit for PTK untuk mlayakkan dia juga naik pangkat...alhamdulillah..dalam pada itu, side2 income abang jugak lebat..ada je orang nk beli kereta, sewa kereta ..so abang dapat la job...

Sesungguhnya rezeki itu memang dari Allah..kita cuma perlu mohon pada Dia je..mohon pintu rezeki dibukakan, n rezeki kita dimurahkan dan yg penting rezeki tu halal...dan juga berkat...Semoga Allah sentiasa berkati keluarga kami dan murahkan rezeki kami...amin~~


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Saturday, 21 August 2010

KENAPA AGAKNYA BUNGA RAYA JADI BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA YE? KENAPA TAK BUNGA ROS KE?


Salam ukhuwah buat sesiapa saja...jom ucap syukur pada Allah atas nukamt yang paling besar iaitu nikmat ISLAM n IMAN...bukan senang nak dapat..juga syukur krn masih diletakkan , ditakdirkan jadi MUSLIM n BERIMAN...


semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT. Hari ini kalam ini ingin berkongsi berkaitan dengan bunga raya (bunga kebangsaan), tahukah anda kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebanggsaan negara kita ? Bukankah bunga-bunga lain masih banyak dan lebih cantik untuk dipilih ? Kenapa tidak dipilih bunga ros atau bunga matahari dan lain-lain lagi, kenapa ? Cuba anda berfikir sejenak…he he he…

Sempena bulan kemerdekaan ini kalam ini ingin berkongsi info dengan pengunjung budiman berkaitan bunga kebangsaan, ini kerana sepanjang pengamatan penulis, bunga raya tidak lagi popular berbanding bunga-bunga lain. Cuba anda tengok sendiri dihalaman-halaman rumah jiran anda, berapa banyak pokok bunga raya ditanam jika dibandingkan dengan bunga-bunga lain. Pernah penulis bertanya kepada seseorang, kenapa tidak menanam bunga raya ? Katanya saya tidak minat, lagipun bunga raya tidak cantik seperti bunga-bunga lain. Ya…Minat dan citarasa memang berbeza.


Apa yang merisaukan kita adalah generasi akan datang, mungkin mereka tidak lagi mengenali bunga kebangsaan negara kita. Hal ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil serius tentang hal ini. Mungkin generasi akan datang datang tidak mengenali sama sekali apa itu bunga raya, kenapa dia dipilih menjadi bunga kebangsaan, apa kepentingannya dan apakah maksud yang tersirat disebalik kemerahan bunga raya itu ?


Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.

Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

Justeru itu, dengan penulisan ringkas ini harapan penulis agar dapat memberi sedikit info yang bermanfaat kepada semua pengunjung kalam ini supaya semangat cintakan negara terus kekal di dalam hati sanubari kita. Akhir kalam..Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia…MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Wednesday, 18 August 2010

KISAH ORANG BARU....:)








Salam...

Agak seminggu jugak kot aku x update blog ni...rasanya kali terakhir masa 13hb lpas..time tu perut tengah mengeras2 , rasa nk bsalin kejap datang kejap hilang...mmg surprise masa tu..macam tunggu apa je..
Akhirnya pada 14hb tu, paginya bila tgok kat sluar, ada tanda sikit...n aku pon apa lagi..mulalah mngerjakan kerja2 yang sepatutnya sebelum aku tinggalkan umah nnt..( untuk admit 2 de hospital laaa)

Abang pulak masa tu bz siiikiiiit ngn kerja projek kete dia tu....erm.....kul 6 ptg abang ajak balik kota tinggi. Dalam keadaan sakit2 tu, aku gagahkan diri n tawakal aje..takut n cuak jugak bila fikir jammrd jalan nk ke Kota Tinggi tu...tp kami sampai di Hospital Kota Tinggi kul 7.15 mlm....masa orang tengah azan...n bila nurse tu ajak aku check2 kat katil dia ..aku dah cuak ...dalam ati la...tp demi anak n demi suami..aku kuatkan semangat..aku mintak doa pada Allah agar percepatkan n permudahkan segalanya...Bila cik misi tu check...nak tau dah 6cm dah jalan dah ada...means nak kna tunggu sikit aje lagi untuk sampai 9cm / 10 cm...

Then, aku diajak terus check in kat labour room..uisshhh...debaran makin bertalu2..seb baik sempat cium abang td..n tengok teeha puas2.. ada gak terfikit mana tau kot2 mati ke nanti...
Baring je atas tilam yg x brapa nk best tu, aku tgok jam je..sakit kejap datang, kejap ilang, adalah dlm 10 minit sekali ia dtg..then makin lama makin cepat...

Kul 9 , ada mak cik misi datang untuk "serom" ntah betul ntah ejaan dia..tp tu la istilah yg aku dengar..rupanya kata dua budak student tu ( sempat bkenalan.) maknanya pecahkan air ketuban.. haaaa...lepas tu..sakit dia makin kuat...air kuar bnyak sangat..jantung makin laju...muka abang pon x muncul2..

Tepat kul 10 aku rasa nak neran sangat2..n mak cik misi tu panggil abang....nampak je muka abang, aku rasa kuat n nangis..nangis x tahu knapa..tp cakap kat abang....abang maafkan ayang dunia akhirat , redhakan ayang ....abang usap2 kpala aku n cium dahi aku....abang kata ayang kuat..n mulalah perjuangan aku ...push3....lagi3..da nmpak2 kepala baby...lagi...abang makin galak support...kalimah Allah x pernah putus dalam hati. Mulut n tenaga meneran , sambil hati mengingat Allah dan memohon agar segalanya berakhir dengan senang dan cepat...aku mintak jugak Allah hijabkan rasa sakit ..bagi sikit2 sudala..:)

Then 14minit lepas tu...aku dengar suara baby..aku nampak badan dia..merah mnyala..air banyak..n aku mula menggigil2....abang cium dahi aku n say terima kasih sayang.. dalam keadaan penat, sejuk, gabra aku sempat bisik kat abang..anak apa abang...abang senyuuuuuuuuuuuum aje..aku tau la...baby boy!

Bila kak misi tu angkat dia, letak kat badan aku, aku tengok merah sungguh, rambut lebat x sama ngan teeha, putra n aqeel... then dia amek baby g timbang n cuci kot...then dalam keadaan kak misi tu tengah"kerjakan" aku...aku dengar misi lain jerit...3.8kg. 51sm..huuh? Semangatnya anak aku....adess...patutla rasa penat n ilang tenaga yang amat...

Selesai semuanya, aku dibawa ke katil yg best sikit kul 11 mlm...then abang n sahabat setia kami ASP Hakim datang....pas tu Yanty pulak masuk..huhu..penat....

Kami namakan anak kami Syed Aqeef Mukhreez...semua kawan2 doakan yg terbaik untuk kami sefamly..amin n tq to kawan2 semua....Semoga kehadiran Aqeef akan bawa rahmat , bahagia n mnambahkan rasa kasih sayang antara aku n suamiku...juga kasih sayang anak2 kami yang lain..


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Friday, 13 August 2010

MASANYA SUDAH TIBA~

Salam..

Sambil sakit2 aku gagahkan jugak sbb nak update blog ni..Sejak smalam perut aku ni mengeras aje. ..sakit sangat. pas tu asa kuar tanda sikit..tp aku sabarkan diri dan arini pon still sakit. Pagi td kat panty pon ada kuar tanda jugak..tp aku simpan sakit ni sbb x nak g spital awal2 sgt..sure jalan baru je bbrapa cm baru bukak...
Abang malam tadi keje 24jm..setiap setengah jam dia call n update ngn aku..." ayang, ok x?" sampai penat aku nk mnjawab n abis bateri nset...so, terpaksa bangun duduk untuk pick up phne dia..huhu~~
Ya Allah..percepatkan lah n permudahkanlah urusan kelahiran aku kali ini....hijabkanlah rasa sakit sewaktu kelahiran seorang lagi hambaMu dan pengikut umat Muhammad SAW... selamatkanlah babyku dan panjangkanlah usiaku untuk membesarkannya...



dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Tuesday, 10 August 2010

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH ~~PART 1


Salam...

Sekadar nak berkongsi atau memanaskan balik atau recall balik antara kelebihan apabila kita solat terawih ~~ (Malam pertama hingga ke sepuluh)


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.




dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Saturday, 7 August 2010

RAMADHAN YANG DINANTI....JUGA ORANG BARU YANG DINANTI...

Salam Ahad sekali lagi....alhamdulillah..syukur pada Allah kerana memberiku nikmat ISLAM dan IMAN yang tidak ternilai besarnya. Terima kasih juga pad Allah atas segala rasa yang diberikan sejak pagi tadi..tenang dan sejuk aja rasa...

11hb Ogos 2010 nanti umat Islam di Malaysia khususnya akan menyambut Ramadhan, atau lbh dikenali dengan bulan pose...huhu...tapi nampaknya aku x sempat nak puasa kot n 4sure x puasa abis coz aku jugak mnanti baby Syed AQeef Mukhreez yang bakal lahir ntah bila2 masa je..sebab aku dah cukup bulan..

Banyak persediaan yang nak kena buat sempena nak sambut baby n nak ugak sambut pose ni..abang mesti nak dilayan makan minumnya, dan sudah tentu aku kena jugak pantau anak2 dlm keadaan keterbatasan sebab aku kan akan berpantang nanti..maknanya makan minum abang kena aku jaga, begitu jugak utk diri sendiri n anak2..


Nabi SAW ada bagi khutbah semasa hayat Baginda ..khutbah tentang meyambut Ramadhan dan aku nak kongsikannya dengan sahabat2 sekalian..


"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh
keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya. Didalam bulan
Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan
dibelenggu seluruh syaithan. Padanya ada suatu malam yang terlebih baik
dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam
itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."


"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan penghulu segala bulan, maka "Selamat datanglah" kepadanya."


Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu kewajiban, dan qiam dimalam harinya suatu tatawwu'.

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu didalam bulan yang lainnya. Barangsiapa menunaikan sesuatu fardhu dalam bulan Ramadhan samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu dibulan lainnya. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertulungan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin didalamnya.

Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir korma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan, dan akhirnya kemerdekaan dari neraka. Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (yang membantunya) niscaya Allah mengampuni dosanya. Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara dibulan Ramadhan.

Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepada-Nya.

Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan
perlindungan dari neraka. Barangsiapa memberi minum orang yang
berpuasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk kedalam surga."

dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

DOA HILANGKAN RASA MARAH / MGHADAPI ORANG YANG SEDANG MARAH



Salam.. bertemu kembali dalam hari yg baru...syukur pd Allah atas semua nikmat terutama nikmat IMAN dan ISLAM..alhamdulillah....

dalam kerja sehari2 kat opis ke, kat umah ke, x kira la situasi apa pun kita, mesti ada perkara yang membengangkan kita @ membuat kita marah @ orang yang marah kat kita..so..ada x doa yg boleh kita amalkan utk kurangkan rasa marah kita, rasa angin kita @ doa utk kita bhadapan ngn org yg tgh marah? Ada...n kat bawah ni doa dia:



Doa Menghilangkan Rasa Marah :

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”


Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :

La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.

Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”

Doa Menjauhkan Permusuhan :

Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.

Artinya: “Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”


Jom sama-sama kita amalkan...


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

Tuesday, 3 August 2010

YANG DITUNGGU2, YANG DINANTI2 BAKAL TIBA..

Salam...

Jumpe lagi kita....aku masih lagi kat ofis tika dan saat in...bersama peneman setia selalu, sapa lagi Sharifah Fateehah Sofea la...tunggu abi datang jemput , sambil2 tu siapkan keje apa yang patut...abi g Kota Tinggi, antar Aqeel balik umah babah dia..smalam abi bawak dia balik sbb nak tdo ngan dia..dia dah rindu ngn anak dia la tu...anak ksayangan la katakan..yang si Aqeel pon tdo bpelukan ngn abi dia..x de chance umi nk take part...huhu~~

Arini dah 3 Ogos 2010, means dat ada lagi 7 ari nak puasa, ari yg kelapan tu kita x kira sbb malamnya dah kena g tarawih n sahur kan..huhu...tapi ntah la..x bestnya sbb tahun ni aku kena berpantang dlm bulan Ramadhan kareem ni....rugi nye..tapi may b Allah tahu yg terbaik dan ada yg lbh baik agaknya menanti aku...

Dalam pada kmeriahan dan persediaan nk sambut puasa, hati ni gusar, risau, kaco sbb mikio kan bila la baby ni nk tgok dunia.....pnt da nunggu..huhu...x sabar nk tgok muke baby ni..n xa sabar nk hug dia...eiiiiiiiiii..geram..!!~:P

Harap semuanya berjalan dgn lancar dan semoga Allah permudahkan, percepatkan proses kelahiran seorang lagi hambaNya n umat kekasihNya....Muhammad SAW... Harap baby ni dapat jd peelngkap dalam umhtangga aku nanti...

Haaa....aku dah mula berangan nk pakai tema kaler apa untuk raya ni....dah terbayang teeha, putra, aqeel pakai baju melayu / kurung kaler apa..n aku dah nmpk dah satu baju tu..kaler kuning, not too yellow la, but sweet n kena la ngn taste, yg untuk lelaki pon ok gak ...kira matching la...eiii..best2!! x sabar nk sambut puasa n raya...n tgok umh cantik..tp ingat2 lps raya nk pindah umh sbb dah x larat nak dok apartment lagi..tinggi n lif slalu wat hal..sian anak2ku...

Abi kata ada jumpa rumah aritu, kat Taman Suria, sewa dlm Rm500 lbh..ok la...@ least kat tanah n ada compound budak2 nak bmain...nak basuh kete, nk tanam pokok...hehehe..berangan lagi..tp tu la..nak jugak ingatkan abi pasal nk pindah ni..really2 nk pindah..so, raya ni x leh la nk cantik2 kan umh sgt nmpaknya...ala kadar je la..cat hall dpn je la...hasil keje seni tangan teeha, putra ada kat dinding tu..comot!!

Ok la...nak bhenti solat maghrib dulu...abi ni mana daa.....untill I make anor post again..maas salamah..salam!!~











dilullabykan oleh noordotyrasulkhan