Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday 14 October 2010

CERITA NAIK PANGKAT, NAIK KERJA, TUKAR BILIK BARU..

Salam...

13hb Oktober yang lepas, aku naik keje balik. tu pun selepas 2 bulan berpantang, bercuti, bersukaria, berjalan2 dan segala macam ber yang aku buat. And aritu aku anik ofis ngn bangganya walaupon lambat 1 minit ( sebab lift ofis punya pasal...grrrrr) x pasal2 punch card aku merah utk hari pertama aku naik kerja..adessss..seb baik boss beso x de, kalau x mesti da dapat sound maut dr dia...hahhahaha..



Tapi kali ni aku naik ofis dengan pangkat yang baru...alhamdulillah...Lahirnya my lil caliph bersama rezeki yang tidak kami sangka. Aku dapat naik pangkat di ofis yang sama ( dengan pertolongan seseorang yang bersimpati la konon ngn aku..hahahha) iaitu sebagai Pembantu KANAN Undang-Undang (L32) .



Ini bermakna tugas aku makin banyak n tanggungjawab shud b makin berat la..x leh la nak buat2 nakal macam dolu2..tp kenakalan dengan aku ni dah x boleh dipisahkan, macam mana? x reti pulak aku nak jadi pmpuan skema yg kontrol2..may b aku bukan macam tu kot n lebih senang jadi diri sendiri. Alhamdulillah aku masih punya rasa malu dan punya kawan2 yang mampu menegur aku kalau aku terlebih dudaaa(setakat ni x pernah la...)

Akibat dari kesan naik pangkat tersebut, maka aku telah men'decide' untuk bertukar bilik..(konon naik pangkat bilik pon kena tukar, x tukat pon x pe) ..hahhaha..bukan apa, bilik lama aku tu telah diserang oleh mizz RAT dan konco2 nye..abis barang2 aku..adess n najis2 meraka dibuang sesuka hati..tu yang malas nak stay kat bilik tu lagi. Kalau kira tu memang port best sebab belakang sikit, senang nak buat apa..a.k.a tido la tu..ngeh3...hahhah..tp disebabkan masalah utama tu lah aku tukar niat..lantak depalah nak cakap apa...






Tu satu cerita...cerita lain pulak semenjak naik keje ni, ada pulak secret admirer ...sms aku cakap suka tengok n perhatikan aku...kuang3...n dat person tau aku ni isteri orang, beranak 4 pulak tu...cuma dia juz nak bkawan jek..Adesss..lemah sungguh. Cuba untuk membayangkan cerita2, detik2, babak2 yang mungkin berlaku kalau aku melayan. Isshh..mintak jauh la. X mo2..x sanggup den..mati idup semula pon x nak den menduakan Husband den yang ala2 Farid Kamil tu..( ayat x tahan..hahahha) ...lagipon x sanggup nak tanggung dosa akibat zina kecil, zina perasaan yang may b berlaku sepanjang "KELAYANAN" aku pada dat person...

Teringat kat satu hadis ni....antaranya bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. dikatakan: Tidak ada yang kuperhitungkan lebih menjelaskan tentang dosa-dosa kecil daripada hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Allah telah menentukan bagi anak Adam bagiannya dari zina yang pasti dia lakukan. Zinanya mata adalah melihat [dengan syahwat], zinanya lidah adalah mengucapkan [dengan syahwat], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [pemenuhan nafsu syahwat]. …” (HR Bukhari & Muslim)

Takut sebab Rasullullah SAW bsabda yang Allah pasti akan ada zina yang akan anak Adam lakukan...maknanya kalau kita x cuba elak, macam2 zina boleh terjadi....sebab kita berurusan dengan manusia, manusia ni punya perasaan yang tidak kita jangka, maupon diri kita sendiri. Sebab tu kalau boleh aku x nak terlibat dengan benda2 macam ni n x nak suami, anak2, maupon adik aku terlibat dengan zina kecil maupun besar...Naudzubillah..

Dalam surah Al-Isra' ayat 32,Allah berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). "

Nabi saw telah bersabda bahawa agama ini mudah..maka tidak mungkin akan jadi susah, memang betul agama ini tidak susah sekiranya kita telah jelas dengan hukum syariat Islam dan patuh tehadanya berserta taat kepada syariat agama itu sendiri...tetapi,,setinggi mana pun susah itu,, sekiranya hukum itu telah datang daripada Allah dan RasulNya,, kita wajib dengar dan patuh kepada hukum tersebut.. tambahan pula,, jika seperti di ataslah Syariat Islam ini,, tetap wajib kita mematuhinya kerana hidup kita di atas dunia ini memang penuh dengan ujian.. dan Nabi saw juga pernah bersabda bahawa "Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman(percaya)" .....lihatlah pada firman Allah dalam surah Al-Baqarah ini:284.

لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ ۖ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya(sama ada baik ataupun buruk), nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Perhatikan kepada ayat dan makna yang telah diboldkan tersebut,, apakah perasaan kita apabila dengan hanya terlintas sahaja di dalam hati,, perkara tersebut akan diambil kira oleh Allah ta'ala?

Dan Imam Qurtubi mengeluarkan di dalam tafsirnya riwayat daripada Muslim:Ibnu 'Abbas berkata: setelah turunya ayat وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ (jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya(sama ada baik ataupun buruk), nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu.) para sahabat pun merasai kesusahan terhadap bebanan ini. lalu Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu katakan: Kami dengar, kami patuh dan kami berserah diri"

Kemudian(setelah mereka berbuat demikian) Allah ta'ala menanamkan keimanan didalah hati mereka lalu diturunkan ayat ini :
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
(Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.) Aku segera melakukannya, lalu setelah itu, diturunkan lagi ayat رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ (Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.) lalu aku juga segera melakukannya. kemudian,,telah diturunkan lagi lanjutanya رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.) lalu aku melakukan yang ini juga.

Di dalam riwayat yang lain dinyatakan: Setelah ayat tersebut, para sahabat pun berusaha melakukannya lau Allah ta'ala menghapuskan ayat tersebut dan menurunkan firmannya لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا (Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.)...

La..melalut dah...nak story pasal zina kecil je tadikan...tapi itulah yang sebenarnya...Islam itu indah dan mudah....it's in your hand..nak buat dosa atau nak buat pahala..pilih jek~

Tulah serba sedikit apa yang berlaku sepanjang 2-3 ari naik keje ni..interesting gak la..pada aku..pada orang lain x tau la..sekadar berkongsi je..

N last but not least;;;;;;;;
"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"


dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

No comments:

Post a Comment