> " Salam...doty, ada kat umah x malam nanti? nak datang la..alya n mohd nak
bg present kat teeha, putra, aqeel n baby aqeef."
>" ada kak leen..datang la...ngeh3.."
****************************************************************
Tu antara sms yang aku terima dari biras aku lewat petang tadi...sambil2 menyapu hall umah ni aku reply sms kak leen...n terus update ngn Teeha," Scha(konon..panggilan teeha yg terkini )....Alya n Mohd nak dtg mlm karang..nk bg present..
Melompat katak la si teeha dapat tau kazen2 dia nak mai umah..n sibuk cakap " Umi, kemas2 sikit eh..Alya nak datang ni..ok, teeha nak siap jap..umi kemas2 k.." Amboi..bukan main lagi si sulung ni..padahal yang nak datang tu dah selalu jumpa...tapi may b ukhuwah antara anak2 kecil ni lebih indah dan suci jika nak dibandingkan dengan ukhwah orang2 dewasa yang kadang2 ada jugak yang x suci..
Sabda Rasulullah SAW antara lain maksudnya, tidak beriman seseorang itu selagimana dia tidak menyayangi orang lain sebagaimana ia kasih akan dirinya sendiri. Hadis ini jelas sekali menuntut kita berkasih sayang antara sesama makhluk malah juga kepada haiwan2..dan daripada mahabbah/kasih sayang inilah RAHMAT Allah boleh terhasil..( teringat kata2 Abu Razeen a.k.a. Penolong Pengarah Kanan @ ofis...)
Lebih kurang kul 9 lbh macam tu la Alya n Mohd sampai..apa lagi..menjerit2 la bila jumpe kasen kuzinya tu...kalau ada Putra mesti lagi kecoh..apakan daya, Putra kat umah abib n babah nya...
Hadiah2 yang anak2 aku terima malam ni membuatkan mereka senyum..n yang pasti Aqeel hanya duduk je kat sofa main mainan...manakala "Scha" pulak berangan dengan prsent dia....ni la namanaya kanak2..x perlu fikir masalah apa2. Hanya tau susu, main, seronok dan apa saja yang bkaitan dengan naluri seorang kanak-kanak..
" Umi, ni tete mecedis adik ..adik nak tuntuk abi,...mana abi ni umi, abi teje ke? " c manja Aqeel asyik dok ulang ayat ni....memang aqeel ni minat bab2 kereta( tete ..bahasa aqeel ), macam abi dia sebijik...kalau dapat dok kat stereng kete, wah...mmg dia suke..lagi2 kalau nampak mercedes benz kat jalan2 ..mesti riuh dalam kete....Anak-anak kecik yang dikurniakan Allah dalam sesebuah rumahtangga tu sebenarnya ujian yang Allah kirimkan untuk kita sebagaimana yang Allah dah perJELASkan dalam Surah Al-Anfal iaitu antara lain maksudnya;
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28)
Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.
Dan atas sebab itulah aku sentiasa mengamalkan doa yang diamalkan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s seperti dalam firman Allah :
Maksudnya “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
Semoga anak2 cahayamata kurniaan Allah kepad aku dan suamiku ini mampu kami didik menjadi anak yang bguna kepada agama , bangsa dan negara dan yang penting anak yang mampu mendoakan kami setelah kami tiada nanti....
p/s: Crdt 2 anty leen, ami cin, alya n mohd oso de baby 2 born sebab make my kids day...
dilullabykan oleh noordotyrasulkhan
No comments:
Post a Comment