Assalamualaikum.....
Jom kongsi n telusuri sama2: moga smua dpt mnafaat~
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
ACTUAL: Doa supaya laki sayang adinda sorang saja dan bukan orang lain spt mentua, ipar dan bini bini yang lain. sayang mau lebih lebih dan elaun dan duit pasar dan credit limit mau kasi lebih lebih jugak.
2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
ACTUAL: Laki bau hari, busuk dan belengas, bau asap dan diesel. Nak sentuh pun takut. Nak tegur tapi suami muka semacam saja, sebab boss sudah marah di opis. Baik diam saja dulu.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)
ACTUAL: Laki sudah satu hari berdepan dengan client dan boss boss, ni nak terangkan pulak pada adinda bini pasai kerja dan kegiatan. Nak cakap pun otak dah tepu.
4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
ACTUAL: Adinda Bini pun nak cerita jugak apa yang terjadi di rumah atau di opis. Dua dua nak cerita tak dak sapa nak dengar. Mungkin kucing boleh dengar kot ? Bertanya mana pernah yang tepat, simpang sana dan sini. Rupa rupanya malam ni adinda nak tutup dapur dan nak pi makan di Bangsar... la kesitu pulak.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
ACTUAL: Untuk Adinda Bini yang memang sama handal macam laki dia, bila ada masalah, adinda ingat nak tolong selesaikan sama. Maka bermacam macam solution yang diberikan. Pemikiran adinda di opis sudah bawa balik kerumah... jadi problem solver sokmo...
6. Ruangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
ACTUAL: Laki tak pernah ada dirumah habis lagu mana? Laki balik saja, makan cepat cepat kemudian keluar ke masjid dan terus pi dengar ceramah UMNO ?? Bila balik dah lewat malam.
7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
ACTUAL: Mentua, ipar dan duai tak pernah beli hadiah, lagu mana nak tanya. Kalau tanya pun laki nak hadiah yang susah nak cari. Nak golf set baru, nak Enkei rim, nak Sheikh Abdul Basit punya cd set.
8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.
ACTUAL: Mentua asyik nak makan kari saja siang malam. Adinda dan anak anak mau makan itu masak lemak asam ler...
9. Beri pujian terhadap penampilan suami.-- rambut, wajah, pakaian-- kacak, kesederhanaan dan seumpamanya
ACTUAL: KAlau adinda puji itu laki, laki ingat adinda mengada ngada dan nak duit lebih. Atau laki ingat adinda nak kutuk laki.
10. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
ACTUAL: Kalau laki asyik nak merajuk saja... sampai empat lima kali sehari, sapa nak layan laki tu.. bukan budak budak umur 4 tahun.
11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai.- sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
ACTUAL: Laki mesti dan wajib tahu semua benda. Kalau laki tak tahu pun dipaksa jugak repair laptop dan mesin basuh. Kena bantu la ni jugak, malam ni jugak.
12. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
ACTUAL: "Wei cik abang, kalau awak sanggup tunggu saya sampai 2 tahun sebelum masuk meminang, tunggu 20 minit pun tak boleh ka ? "
13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
ACTUAL: dah la adinda kena balik awal dari opis nak masak masakan special, pi pasar malam sorang sorang, laki buat buat sibuk pulak tak nak balik. "Oi tok sah balik terus lagi senang la, tidoq la di opis tu.. besok pagi boleh tolong pak guard bukak opis, nanti saya hantarkan berus gigi"
14. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )
ACTUAL; Adinda pun kerja jugak di opis dan kerja lagi pulak dirumah. Kerja dirumah lagi banyak tak terkira dan tak campur nak bela yang berbin kan si laki tu. Kalau baju sehelai pun tak tau nak sterika, susah la lagu ni.
15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
ACTUAL: Adinda dah ucapkan sayang berbuih mulut, sampai masuk ke screen saver. Tapi laki buat dunno saja. Habis camne?
16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
ACTUAL: Adinda bini yang solehah tak akan marah tak ketahuan hala. Kalau marah pun sebab laki yang start dulu. Laki yang banyak salah dan buta perut dalam rumah tangga.
17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.( jika boleh )
ACTUAL: Laki nak bercakap tak berenti henti. Suka bagi komentar bila tengok berita di TV3 atau NTV atau suka bersyarah macam dalam meeting... so sapa nak dengar. Kalau dok ulas apa yang Tok Guru kata, boleh jugak tumpang telinga.
18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
ACTUAL: ALlah telah memberi manusia kepandaian dengan mencipta telefon bimbit, cellular phone, satellite phone, voice mail, email tapi laki ni tak mau dengar dan buat buat lupa... adinda suruh beli ice cream SODA laki pi beli ice cream magnolia satu baldi, habis macam mana nak buat ayaq sarbat...
19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
ACTUAL: Tok sah tanya... mana mana laki nak tidur dia akan tidur. Di meja komputer tengah baca Hizbinet atau bila tengah kemas dalam kereta pun laki tumbang.
20 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
ACTUAL: Ini rosak adinda punya tudung/jilbab dan rosak laki punya ikatan tali leher. Adinda punya jilbab bau minyak attar saja.... nanti salah sangka opismate suma.
21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
ACTUAL: 1. Pelanggan dan anak buah punya call pun tak sempat nak jawab, ini pulak nak call laki.. ATAU
2. Laki ni kena telefon selalu nanti dia lupa pulak kena beli barang itu dan ini. Kalau tak pun.. laki lupa terus semua benda, sebab ikut boss atau client pi duk buang masa.... tebas rumput 18 holes..
22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
ACTUAL: Apa lagi yang kena fikir... makan, pakai, rumah dan anak anak adinda yang jagakan. Kewangan adinda yang managekan. Kerja laki cari rezeki saja. Kalau dok fikir pasai umat atau pasai Yaumul Kiamat tak pa jugak ni dok pikiaq pasai nak improve handicap dan nak tambah lagi satu... bini...
23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
ACTUAL: Laki tu kalau tak diberi sokongan moral atau dirasuah dengan apekebende maka tak siap la benda yang dibuat tu lebih lebih lagi di rumah. Maka kena sokong selalu. Jerita macam tengok WWF....
24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaanyang sebenar selepas dia sejuk.
ACTUAL: Laki tu asyik nak marah saja. Dengan hujan pun marah, dengan kucing pun marah, semua benda amarah, sapa nak melayan laki tu. Adinda yang tak berdosa dan bersalah pun kena pitnah. Nak tunggu laki tu sejuk, sampai raya posa baru sejuk...
25. Bila meminta bantuan suami :-
* terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan.
* Beri pilihan kerja yang disukainya.
* jangan menyuruh-nyuruh
* gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
ACTUAL: Laki punya kewajipan ialah membantu adinda bini dalam semua benda dan semua hal. Mana boleh pilih pilih pulak. Laki patut tau dan arif dan mahir dalam serba serbi. Lain kali kalau tak tau jangan tipu sebelum kawin dulu..."kato abe tau lako lako.. hah buat ler"
26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
ACTUAL: Laki WAJIB, MUST telefon bini bila outstation. Jangan buat buat lupa pasai anak bini dirumah. Laki WAJIB dimarahi kalau lupa telefon rumah. Adinda bukannya orang gaji duk rumah sokmo.
27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
ACTUAL: Kalau adinda sorang saja nak berdandan tapi laki asyik pakai pelikat busuk dan baju pagoda berlubang tak aci la lagu ni...
28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
ACTUAL: pendapat laki tak pernah yang sama dengan orang lain... habis camna. Kalau laki asyik kata UMNO parti Islam paling wahid saja.. nak buat lagu mana adinda.. adinda kena la jugak bangkang...
29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
ACTUAL: Adinda pegang sikit saja, dia nak lebih lebih. Adinda nak peluk peluk dan cuddle sahaja... tak lebih dari tu. Dah tu water heater tak berbaiki lagi.. nanti pneumonia lak .
30. Bila keluar berkereta:
- Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.)
- jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian.
- jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu.
- bersangka baik apabila tersesat jalan.
ACTUAL: Laki kalau tak ditegur maka makin sesat jalan, jadi sebelum mula berjalan pi cari peta dulu di map. com atau biar adinda yang drive.. laki boleh ngorok sebelah diam diam. Laki punya left brain kadang kadang tak jalan dan bini punya left brain lagi bagus.
31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
ACTUAL: Laki punya masalah adinda kena dengar. Adinda punya masalah laki buat dunno saja. Lagi pulak laki punya masalah, laki sendiri yang cari penyakit.
32. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
ACTUAL: Suami asyik nak tengok berita tipu dan tengok bola saja. Adinda nak tengok saloma dan sarimah. "Oi pi beli tv satu lagi la di Court Mammoth, tengok la bola sampai mimpi bola..."
33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
ACTUAL: Adinda yang solelehah tak pernah malukan laki depan sapa pun, baik orang awam dan mentua dan sahabat handai. TAPI sang laki yang bersifat amarah tak kira masa, kira mau tiu saja tak kira time.
34. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
ACTUAL: Laki yang pemalu, tak mau pegang tangan. Takut opis mate dan orang masjid nampak. Berjalan pun laki 3 ela didepan dan adinda dibelakang macam orang Wahhabi yang depa dok bincang siang malam di Hizbinet.
35. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
ACTUAL: Adinda buat air sampai sejuk tapi laki lupa minum. Asyik sibuk dengan internet atau basuh kereta saja. Adinda akan buat air 5 gelen dalam peti sejuk dan laki boleh panaskan sendiri.
36. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.
ACTUAL: Laki asyik nak ke Kg Pandan makan kepala ikan saja. Mana tahan lagu tu. Adinda nak makan buffet la di NPC, PJ atau Continental.
37. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
ACTUAL: Adinda memang tahu berkelakuan dikhalayak ramai. Mak bapak adinda memang cukup ajar adinda bab ni. Masalahnya laki tu yang tak tau... mengaji saja tinggi, baca kitab banyak pun masih tak tau beretika... budak jaga kereta dan waiter pun laki boleh maki hamun.
38. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.
ACTUAL: Baju adinda cuma tiga jenis saja, baju kurung labuh, maxi atau jubah.. memang tak lama punyer.. jadi bersabar la sat. Laki tu nak pakai serban dan trim misai mau 1 jam masih senget lagi oi..
39. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
ACTUAL: Laki tu pun sama macam anak anak..2 X 5 jugak. Cuma besar saja sikit. Layan laki memang lebih dari anak anak. Tapi laki tak pernah layan adinda macam permaisuri pung ??? Habis guano mu nih ?
40. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa:- tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.
ACTUAL: Apa yang adinda beli tak pernah yang kena. Semuanya salah. Habis tu pi la beli sendiri. Duit laki sendiri jugak.
41. Tolong suami buat kerja dia di rumah.- cuci kereta, potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.
ACTUAL: "Oh banyak cantik. laki punya kerja adinda kena tolong. Ini kerja didapur ni laki tak mau tolong. Oi ada hamba sahaya ka dalam rumah ni, dalam akad nikah tak dak sebut pasai bini kena masak dan kemas rumah" Kalau laki potong rumput sikit pun penat baik tok sah buat kerja la... pi panggil mamat Indon di rumah panjang tu buat kerja la..
42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.
ACTUAL: Adinda dah layan laki macam raja hari hari tapi adinda haram tak dapat satu apa pun. Pahala adinda melayan laki, malaikat dah tak larat nak calculate dah. Adinda suruh beli jam Raymond Weil pun laki kata membazir...
43. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
ACTUAL: Adinda dah ajak dah nak pi rehlah, piknik, tamrin dan vacation tapi laki asyik sibuk saja. Asyik kerja kerja kerja. Kalau laki cuti pun nak pi cula undi saja atau ikut rombongan nak tengok bola..
44. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau " pulangkan paku buah keras ".
ACTUAL: Laki ni kalau tak ingatkan dia akan lupa. Laki akan buat kesalahan yang sama. Jadik kalau tak marah tang tu jugak.. la tu jugak, laki tak akan ingat punya.
45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
ACTUAL: Adinda dah hantar macam macam kad ucapan dari yang 12 riyal Hallmark sampai ke hotmail cybercard.. tapi laki tak pernah nak balas balik... Sedih la adinda bini. Dulu sebelum nikah laki asyik hantar kad dan bunga. La ni bunga plastik di Chowkit pun laki tak mau beli.
46. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
ACTUAL: Adinda nak urut dan massage therapy, nak pulih kan urat dan kesihatan. Laki pulak asyik salah sangka dan salah tangkap signal.
47. Layan suami sepertimana kita melayannya semasa baru2 kenal.
ACTUAL: Adinda yang solehah dah memang melayan laki macam raja TAPI laki ni yang lupa pada adinda. Laki ingat adinda ni hamba sahaya dan amah duk dirumah saja dan take adinda for granted.
Sekian lah sahaja. Semoga ada manafaatnya buat renungan semua...
Tidak bmaksud mengenakan sesiapa...cuma sekadar pemerhatian dan pengamatan dr kehidupan sendiri dan kenalan2 lain~ Wallahu a'lam..
dilullabykan oleh noordotyrasulkhan