Menulis mengikut rasa hati...mengikut apa yang hati rasa, mengikut apa yang hati alami. Dan sebenarnya aku x punya banyak kekuatan untuk menulis dalam beberapa hari ini. Rasa kuat yang sentiasa aku pamerkan, aku cuba terapkan dalam diri, juga dalam diri anak2ku punah sekejap. Tugu kuat yang aku bina rupanya belum cukup kuat dan teguh...nyata hati ini sentiasa milik Allah dan pasti milik Allah maka dengan Allah lah harus aku sandarkan harapan, titipkan doa agar diri sentiasa kuat , hati sentiasa sabar dan teguh walau apa jua yang datang..
Pada awalnya hati ni memang menolak keras mahu melibatkan diri dalam masalah yang sedang bkecamuk dalam hidup 2 org insan yang bergelar kawan bagiku..namun kerana semangat sayangkan kawan dan semangat "ini masa orang, esok masa kita" aku gagahkan, ikhlaskan diri untuk cuba sama2 menyelami masalah dan perasaan mereka....
Cuba untuk bersikap adil dan memahami. Cuba untuk memberi nasihat dan bertindak umpama tongkat kepada kawan yang sedang buta ...namun hasilnya, diri, hati, benak kecewa, sakit, malah tugu hati yang dikatakan persis kuat, akhirnya kecundang dengan undangan air mata yang dah sekian lama menemani aku. ( agak serabut dan tulisan pun jd serabut kot ni)
Benarlah kata abah...kalau kita buat sesuatu , jangan harapkan balasan, jangan harap orang akan kenang, orang akan ucap terima kasih. Sebaliknya sentiasa doakan yang diberi pertolongan itu akan sentiasa tenang dan sentiasa diberi hidayah oleh Yang Maha Esa. InsyaAllah...Namun, bila pesan abah tidak pernah jadi makanan dalam hati, akhirnya aku kecewa dek kerana nasihat yang aku berikan, pertolongan yang diberikan tidak dihargai...akhirnya aku menangis....ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......malas nak pk! Menyesal.......Beribu sesalan jugak menjadi pilihan halwa telinga , peneman hati...
Sudahlah...malas untuk memikirkan sesuatu yang tidak penting dalam hidup untuk difikirkan , untuk disemakkan dalam fikiran. Biarlah kawan2 ku itu bahagia atau merana dengan cara mereka lah!!!
dilullabykan oleh noordotyrasulkhan
sabar puan.....biar dia org lalui sendiri....x perlu difikirkan sgt...
ReplyDelete