Search This Blog

MY suke dengar list...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, 16 June 2011

Maha Bijaksana Maha Hebat ciptaanNya....

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam

dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan dan kebijaksanaanNya)

bagi orang -orang yang berakal"

(Ali Imran : 190)


First o all credit n special thanks to my reminder , kalau dia x ingatkan 16hb Jun 2011 hari terjadinya Gerhana Bulan , sah aku lupa lg...n biasanya aku sentiasa dpt kesempatan utk info2 sbegini....alhamdulillah! Sayangnya aku x dpt nk wat solat sunat khusuf sbb keadaan x mengizinkan...namun doa2 yg sepatutnya tetap aku panjatkan, aku titipkan dan semoga Allah mendengar langsung menerima doa2 mereka yg bdoa pd waktu2 tersebut..amin~

n yok...ni ade sikit pkongsian tentang kejadian yang hebat dan mmbuktikan Kekuasaan serta Kebijaksanaan Allah. Kejadian gerhana bulan merupakan salah satu bukti kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t. Fenomena yang menakjubkan ini berlaku apabila bumi berada sesatah dengan garisan bulan dan matahari ketika fasa purnama.

Menurut hitungan, gerhana bulan penuh kali pertama tahun 2011 akan berlaku pada 15 Jun 2011 bermula jam 5.24 petang Waktu Antarabangsa (UT). Ini bersamaan dengan 16 Jun 2011 jam 2.22 pagi Waktu Malaysia. Manakala di Mesir, gerhana bulan penuh akan berlaku pada 15 Jun 2011 jam 7.24 petang waktu Kaherah. Gerhana ini dijangkan akan berlaku selama 1 jam, 40 minit dan 12 saat dan boleh dilihat di Mesir dan di negara-negara Arab. Sila copy atau klik link yang telah dilampirkan untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara solat dan perkara-perkara sunat yang lain untuk gerhana bulan.

Saksikanlah gerhana yang bakal berlaku ini, betapa taatnya makhluk Allah ini mematuhi ketetapan Allah (Sunnahtullah) hingga tidak mungkir walau satu saat pun.

Ketika terjadinya fenomena gerhana ini, kite dituntut untuk melakukan perkara-perkara berikut:-

1. Mandi sunat gerhana, sepertimana mandi sunat hari Jumaat. Ianya dilakukan sebelum melaksanakan solat sunat gerhana.

2. Menunaikan solat sunat gerhana, iaitu solat sunat 2 rakaat sama ada secara berseorangan atau berjamaah. Kaifiat melaksanakannya ialah setiap rakaat mengandungi dua kali qiam (berdiri), dua kali membaca Al-Fatihah serta surah, dua kali rukuk dan dua kali iktidal. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut).

3. Membaca khutbah gerhana, setelah selesai menunaikan solat sunat gerhana.

4. Memperbanyakkan istighfar, zikir, doa dan amalan-amalan sunat yang lain.

Hadis Abdullah bin Umar r.a:

Rasullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedu-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang".

(Riwayat Imam Muslim


syukur kerana Allah beri kesempatan untuk menikmati saat2 ini, detik2 ini, rasa2 ini dan segala apa yg Allah kurniakan...suka, duka, sayang, cinta, kasih, benci, sedih, rindu, takut...alhamdulillah untuk semua rasa2 itu....semoga Allah x jemu memandangkan aku dan kawan2 yg rapat denganku, SK, my bff, my famly, my friends, my teachers n all muslimin....amin..






dilullabykan oleh noordotyrasulkhan

No comments:

Post a Comment